Jalan-jalan Melaka dan Galeri Lebah
Assalamualaikum semua, ini kisah tahun lepas. Kami ada sesi lawatan tak rasmi sambil ikut Shah punya majlis konvokesyen Giatmara Johor di UTEM Melaka ni.
Masa tu dah awal-awal kami tempah homestay untuk duduk anak beranak. Kebetulan pulak adik aku yang bongsu nak ikut dan kami sarankan abah ikut sekali.
Alhamdulillah abah selesa sangat dengan homestay yang kami duduk tu. Abah dah siap promosi kat adik beradik lain kalau nak duduk situ lagi nanti. Yang tu nantilah aku cerita.
Lawatan ke Galeri Lebah Melaka
Kali ni nak cerita kisah kami melawat ke Galeri Lebah Melaka ni sebenarnya. Ianya terletak di Ayer Keroh Melaka. Maaf kalau salah ya. Sama jalan dengan Zoo Melaka. Kiranya kalau nak ke Zoo Melaka tu akan jumpa galeri ni dululah.
Ada Pelbagai Jenis Madu Dipamerkan
Ada banyak madu dijual di sini. Kami pulak puaslah jugak cuba semua madu yang ada kat situ. Dia letak kat area pameran tapi ianya boleh dirasa oleh pengunjung. Tujuannya untuk dirasa sebelum buat pilihan untuk membeli madu yang dijual dalam botol.
Betul-betul ianya merupakan pengalaman buat kami. Ada madu yang tak pernah kami makan seumur hidup. Berbaloi betul la datang ke galeri ni. Dahlah tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke galeri ni. Siap boleh merasa pelbagai jenis madu pulak lagi.
Tempat menarik di Galeri Lebah Melaka
Kawasan dia juga ada menyediakan ruang "instagrammable" iaitu sudut mengambil gambar istimewa untuk dipost di media sosial masing-masing. Kami pun tak ketinggalan jugak. Kami keluar dari tempat ni dengan senyuman. Satu lawatan yang berbaloi.
Cerita Ita







Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.