Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Menu berbuka Kue Tiaw Tomyam dan Resepi

Imej
assalamualaikum semua, saja nak tunjuk menu berbuka kami waktu berbuka tadi.. sebabnya aku taknak la sampai korang terliur kalau aku tunjuk gambar Kue Tiaw Tomyam waktu siang esok kan? hahaha..  tengok gambar, sendiri pulak rasa lapar.. haha tadi disebabkan aku dah tak tau nak masak apa aku godeh je la apa je bahan yang ada kat rumah ni.. tengok-tengok ada sayur-sayur dan jugak rempah tomyam.. walau bahan tak berapa cukup aku buat jugak la versi campak-campak apa yang ada.. meh tengok resepi tomyam mudah ni jom.. Resepi Kue Tiaw Tomyam sumber : ceritaita Bahan-bahan: Kobis panjang Kacang peas Kobis bunga Brokoli Lobak merah Bebola ikan Tomato Perencah Tomyam Adabi Kue Tiaw  Daun Limau purut Bawang besar Bawang putih Air secukupnya Kiub pati ayam Garam  Ajinomoto Cara-cara: 1. Rebus air dalam periuk. 2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan perencah tomyam adabi. 3. Sebelum mendidih tu aku masukkan sayur yang keras macam l

Facebook pun nak berbuka?

Imej
assalamualaikum semua, semalam aku perhatikan ada tetiba waktu maghrib atau waktu berbuka ada di belah atas wall facebook masa aku scroll facebook.. pelik jugak, takkan facebook pun nak berbuka? waktu matahari terbenam dan maghrib di Facebook rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya.. baru la aku tau bila aku tekan butang seterusnya..  ini sebabnya ini sebabnya rupanya facebook dah mula bagi peringatan pada semua waktu matahari terbenam dan menandakan masuk waktu berbuka berdasarkan kawasan kita duduk tu.. ooo.. macam tu.. ok la jugak kan? maknanya ada la peringatan selain dari kita tengok kalender masuk waktu dan dengar pengumuman waktu imsak dan berbuka tu kan.. tapi aku ni jenis suka dengar azan dari surau atau masjid atau lagi senang kami pasang je radio Pahang FM tu.. haaa yang tu memang yakin lebih dah la.. korang guna cara macamana pulak?

Apps Hotel Kuala Selangor pilihan hotel murah yang best!

Imej
Pilihan hotel terbaik di Kuala Selangor assalamualaikum semua, tetiba je pulak teringat tak cerita lagi pasal trip kami bercuti singkat ke Kuala Selangor lepas habis majlis photoshoot raya KBBA aritu rupanya.. punyalah lama.. dah selamat berjalan abis pusing Kuala Selangor dan dah siap balik kampung ronda JPO lagi tu.. hahaha.. bertabahlah baca cerita imbas kembali dalam blog Cerita Ita ni ye.. gini la rupa kalau bukan blogger sepenuh masa dan menulis bila ada masa terluang.. gambar ihsan google ok kali ni disebabkan kami cari dalam masa yang agak singkat dan bajet tak berapa nak ada sangat, maka kami buat keputusan nak duduk kat hotel yang murah-murah je la.. hotel memula pilihan kami ialah Apps Hotel Kuala Selangor.. bunyi macam pelik je kan? macam aplikasi kat telefon pintar pulak dah.. haha.. tapi hotel ni serius best dan berbaloi.. asalnya konon aku nak bawak adik aku Azza join sama photoshoot dan kami menginap terus la kat Kuala Selangor tapi kemudiannya dia tak

Promosi Pizza Domino's untuk hari Selasa

Imej
assalamualaikum semua, korang dah plan apa menu untuk berbuka korang hari ni? tadi aku dah cerita pasal kesedapan menu berbuka hari kedua kami kan? haa.. yang tak baca lagi gi selak balik.. kali ni aku nak cerita pasal menu promosi pizza Domino's untuk hari Selasa je tau! promosi pizza Dominos korang yang rasa belum tau apa nak makan untuk berbuka nanti boleh la tinjau-tinjau.. boleh terus ke laman web dia nanti.. sementara tu meh aku ceritakan apa yang best selain tawaran pizza personal yang sangat murah macam kat atas tu.. memang harga menjunam la sebab pizza personal cuma berharga RM3.90 je.. terkejut bila tengok tadi.. murah betul! promosi tambahan dan bila korang dan klik yang promosi tu dia akan keluar promosi lain yang lebih best tau.. yang mana memang sangat murah la.. promosi untuk pizza lain yang korang cuma kena tambah harga untuk pizza yang lebih besar.. harga pun berbaloi.. pizza large atau bersaiz besar cuma RM14.90 je satu tau..  tap

Menu berbuka pada hari kedua ramadhan

Imej
assalamualaikum semua, dah masuk puasa hari keempat dah hari ni.. alhamdulillah abg ngah masih bertahan sehingga hari ni.. walaupun semangat dia dah makin agak merundum bila dah nak sampai petang.. siap nangis-nangis kata saya tak mau puasa dah.. tapi dia tetap teruskan jugak nampaknya.. yang aku puji dia tak curi-curi pun nak makan ke minum ke.. sangat bagus! siap periuk sekali keluar.. hahaha tapi kali ni aku bukan nak ceritakan pasal abg ngah berpuasa pun.. yang tu dah cerita hari tu .. kali ni nak kongsikan dengan korang pasal makanan berbuka kami pada hari kedua umat Islam berpuasa aritu.. kami kat kampung mak shah dari hari pertama berpuasa aritu.. jadinya berpeluang la berbuka beramai-ramai.. entri pasal hari pertama aku dah tulis jadinya ini hari yang kedua.. aku tak akan tulis setiap hari pun terutama bila aku dah balik rumah sendiri dan mula bekerja dan masak sendiri.. sebab selalunya bila dah balik kerja tu rebut-rebut memasak sorang-sorang jadinya menjelan

Perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang

Imej
Perlaksanaan azan 2 kali di Pahang. assalamualaikum semua, dah masuk 3 Ramadhan dah hari ni.. korang sihat tak setakat hari ni? mana yang tak sihat tu aku doakan semoga Allah pulihkan kesihatan korang dan semoga kita semua dapat menjalankan ibadah sebaiknya dalam bulan yang mulia ni.. mana taknya.. beribadat di bulan Ramadhan ni akan dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda dari bulan yang lain.. sumber - freemalaysiatoday website tapi aku bukan nak ceritakan pasal ganjaran beramal di bulan Ramadhan ni sebenarnya.. ada je aku tuliskan aritu pasal amalan yang baik dilakukan pada bulan Ramadhan kat blog.. ada pun amalan yang sangat mudah nak dibuat.. tak perlukan kemahiran apa-apa pun.. walau kita takde asas agama yang kukuh pun boleh je buat.. takde pengecualian.. yang penting perkara yang kita buat tu dapat memberi manfaat pada diri kita dan orang lain tanpa kita sedar pun.. yang aku nak ceritakan hari ni ialah mengenai perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang.. se

Membaca hobi yang sihat!

Imej
Membaca hobi yang sihat! assalamualaikum semua, selama ni kalau ditanya pasal hobi, aku selalu menjawab hobi aku adalah membaca.. tapi memang hakikatnya aku sangat suka membaca.. sejak dari kecik dan mula pandai membaca lagi aku dah suka membaca.. aku akan baca apa saja benda yang aku jumpa walau kadang-kala dianggap tak penting oleh orang lain.. antara 10 buah buku yang aku nak baca dan sekarang ni pun aku masih suka membaca.. tak kisah buku apa pun asalkan ianya mendatangkan ilmu, aku akan tetap baca.. dan sekarang ni aku sedang cuba nak capai sasaran membaca 10 buah buku setahun.. antara buku yang aku senaraikan dan akan dibaca ada kat gambar atas ni.. setakat ni aku baru habiskan satu je.. korang doakan la semangat aku kuat ye..  pada aku minat membaca ni boleh dipupuk.. terutamanya pada kanak-kanak.. masa aku kecik dulu aku memang suka baca semua benda termasuk yang tertulis pada label makanan jugak.. nampaknya tabiat tu dah ada menurun pada abg long jugak.. ada

Segmen zikir dikir bersama papaglamz

Imej
Segmen zikir dikir bersama papaglamz assalamualaikum semua, hari ni nak join segmen pulak.. terima kasih papaglamz anjurkan segmen zikir dikir ni.. sesuai sangat dengan kehadiran bulan Ramadhan ni.. meh la semua join sama! Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!! Syarat-syarat 1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye. 2. Mainkan video youtube di

Menu berbuka puasa hari pertama

Imej
Menu berbuka puasa hari pertama assalamualaikum semua, untuk awal ramadhan tahun ni kami berpeluang untuk balik ke kampung untuk sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa bersama ahli keluarga tersayang.. kali ni kami balik rumah mak shah dan berkumpul beramai-ramai..  antara juadah yang ada memang setiap tahun jadi kebiasaan berkumpul dan merasai kemeriahan berbuka puasa macam ni.. seronok rasanya bila dapat berkumpul beramai-ramai.. yang paling seronok tentunya anak-anak la.. dan semalam semua adik beradik shah kecuali adik yang nombor 4 ada bersama.. sampai tak muat rumah jadinya.. ditambah pulak dengan kehadiran bapa saudara shah yang jugak duduk di kampung yang sama kat sini..  dan semalam aku sempat la masak soto untuk juadah kami berbuka.. tapi disebabkan masing-masing mencari nasi untuk pilihan berbuka memasing jadi kurang sambutan.. tapi tetap laris sebab bila dah lepas solat isyak memasing mencari pulak makanan lain..  close up alhamdulillah bo

Pengalaman berpuasa kali pertama

Imej
Pengalaman berpuasa kali pertama assalamualaikum semua, dah masuk 2 ramadhan dah hari ni.. alhamdulillah, syukur masih diberikan oleh Allah untuk sama-sama merasai kemanisan bulan Ramadhan bersama insan yang tersayang.. niat berpuasa di bulan Ramadhan sangat bersyukur rasanya lebih-lebih lagi bila terbaca berita pasal ada keluarga yang terlibat kemalangan sebelum berbuka puasa semalam dan pasangan suami isteri tu meninggalkan anak-anak yatim piatu.. semoga ahli keluarga ini terus kuat menghadapi ujian..  cerita pasal ujian ni aku nak ceritakan pasal abg ngah yang baru pertama kali belajar berpuasa tahun ni.. pengalaman berpuasa ni sangat baru buat abg ngah.. sebelum ni tahun lepas aku kejut jugak untuk bangun sahur dan berpuasa tapi setiap kali kejut akan berakhir dengan tangisan.. hehehe.. jadi aku putuskan dia tak bersedia lagi.. tahun ni awal-awal aku dah bagi tau dia dah..  cerita di facebook aku tapi bila aku kejut bangun semalam memang agak drama..

Amalan Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelang Ramadhan

Imej
Amalan Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelang Ramadhan assalamualaikum semua, bersempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia serta ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di dunia.. semoga kita semua dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan dan sihat sepanjang bulan Ramadhan supaya kita dapat beribadah sebanyak mungkin..  Sumber info dan gambar dari Laman Rasmi Mufti WP dan di sini aku nak kongsikan amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelangnya bulan Ramadhan.. antaranya ialah doa yang dilakukan oleh baginda iaitu: Ya Allah Ya Tuhanku, naungilah kepadaku dengan kedatangan Ramadhan ini, dengan kebaikan, keamanan, dan juga keimanan dengan keselamatan dan juga keislaman, Tuhanku dan Tuhan kamu (wahai anak bulan Ramadhan) adalah Allah. dikongsikan oleh S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Cara Menyambut Ramadhan  (Info dari Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan) Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan

Terjebak dengan Goodreads!

Imej
Terjebak dengan Goodreads! assalamualaikum semua, siapa antara korang yang suka buku macam aku? atau yang sememangnya ulat buku? kalau ada korang wajib baca entri ni terutamanya kalau korang memang tak pernah dengar pasal Goodreads ni.. pasal aku dah terjebak dengan Goodreads ! hahaha.. ini semua angkara Lea Azleeya la ni.. haru betul!  aplikasi Goodreads kalau nak tau aku ni sememangnya ulat buku.. suka sangat dengan buku.. banyak buku aku ada sejak dari zaman sekolah.. tapi masa zaman sekolah kan aku ni orang susah jadi mana la nak dapat buku-buku yang biasanya aku nak baca dan beli.. kalau ada pun cuma buku-buku lama yang biasanya dijual dengan harga yang agak murah.. pernah sekali masa aku sekolah aku dapat peluang pergi ikut rombongan dengan rombongan sekolah ke Dewan Bahasa dan Pustaka.. masa tu rasa best gila walau aku dah banyak lupa pengalaman masa kecik tu.. cuma yang aku ingat aku ada beli sebuah buku sebagai cenderahati.. tapi memang buku murah la dan

King's aiskrim kegemaran kami!

Imej
King's aiskrim kegemaran kami! assalamualaikum semua, korang rasa panas tak sejak dua menjak ni? kitorang rasa panas betul tau.. mungkin jugak pasal musim panas yang kak SA ceritakan aritu.. tapi sebenarnya kat Kuantan ni memang dah lama pun panas melenting ni.. aritu ada la jugak dapat hujan selebat-lebatnya tapi itu je la sekejap lepas tu terus panas balik..  Aiskrim King's ~ abaikan sudu..hihi dan bila musim panas ni amat sesuailah kalau makan benda-benda sejuk kan? pehh heaven la kalau dapat tu.. kami pulak memang suka sangat makan benda sejuk secara berjemaah.. mengikat silaturahim katanya.. hahaha..  jadi stok aiskrim kira antara salah satu benda wajib ada kat rumah ni.. antara sebabnya ialah aku sendiri yang kaki makan aiskrim ni sebenarnya..  kalau nak tau aku ni jenisnya bila mengandung je mesti rasa nak makan aiskrim hari-hari tau.. gila eh bunyinya? ya tau.. dari aku ngandung anak pertama sampailah anak keempat gitu la pesennya.. memang tak

Resepi Sup Mudah

Imej
Resepi Sup Mudah  assalamualaikum semua, dah lama dah janji dengan seorang sahabat dari Group Memasak di Facebook untuk bagikan resepi sup mudah terutama untuk steamboat tapi asyik la tak berkesempatan.. kali ni kita kongsikan rahsia resepi sedap ni ye.. resepi ni paling kerap kami buat sebagai menu kami masa berbuka puasa.. tak sabar nak menanti bulan Ramadhan.. Marhaban ya Ramadhan .. Resepi Sup Mudah takde rahsia sebenarnya, ianya cuma sup biasa yang sangat mudah nak dibuat.. bahan-bahannya pun sangat senang nak dapat.. aku percaya semua bahannya ada je kat rumah korang.. dan masakan mudah macam ni biasanya terhasil dari kaedah campak-campak apa saja yang ada dan agak-agak.. sebenarnya aku rasa korang pun selalu jugak buat masakan dengan cara campak-campak ni kan.. jadi meh kita tengok apa je bahan dalam resepi sup mudah aku ni.. jom! Resepi Sup Mudah Ceritaita Bahan: 2 Bawang Besar 4 ulas Bawang Putih seinci Halia  (3 bahan asas untuk tumisan n

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus