Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos! - Cerita Ita                                                             Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos! Langkau ke kandungan utama

Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos!

Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos!


assalamualaikum semua, dah berazam sejak awal berblog dulu nak ceritakan kisah anak-anak.. nak coretkan jugak sesuatu supaya bila mereka besar nanti ada sesuatu untuk dikenangkan.. manalah la tau jika apa yang berlaku, harap ada sesuatu untuk kenangan anak-anak.. jugak nak perbaiki cara mendidik anak-anak dengan komen dan perkongsian rakan-rakan yang sudi berkunjung dan membaca..

berselera kakak makan pizza


dan kali ni aku nak kongsikan kisah aktiviti kakak husna untuk tahun ni di Tabika Perpaduan.. alhamdulillah banyak aktiviti yang kakak dapat ikuti sejak berpindah di sekolah baru ni.. banyak hikmahnya rupanya kisah terpaksa berpindah sekolah dulu.. sejak awal tahun dan 2 kali ada rawatan pergigian di sekolah kakak.. dan bermacam aktiviti yang melibatkan ibubapa jugak.. ada sekali hari tu ada gotong royong tapi kami tak dapat nak hadiri.. dan kemudiannya ada sambutan hari guru dan harijadi anak-anak.. dan sehari sebelum tu ada lawatan dari Bomba ke sekolah kakak.. ini dah kali kedua kakak jumpa abam Bomba ni.. ada sekali dulu tahun lepas di Pasti.. 


tengok la siap ada apa di kepala minah vogue tu

peace!



dan hari semalam pulak kakak berpeluang hadiri program belajar buat pizza di Dominos Pizza di Taman Tas.. meriah melihatkan pada gambar yang dihantar oleh cikgu.. 








dan kakak pun seronok bawak balik pizza yang dibuatnya.. siap cerita, "saya bawak balik 3, cikgu kata untuk ibu dan ayah... tapi saya dah makan kat rumah ibu.." dan bila sampai rumah dia tunjuk pizza ni..

hasil pizza kakak husna


elok je lepas dia tunjuk pizza tu.. terus keluar ayat.. "saya makan ye ummi"... aah sudah.. yang mana untuk ummi ni.. hahaha.. kelakar kakak ni.. sudahnya memang dia makan sampai licin.. memang selama ni Dominos Pizza memang kegemaran anak-anak.. terutama yang di cawangan Taman Tas tu.. sangat sedap dan tak kedekut toppingnya tu..

terima kasih cikgu, staf kesihatan, Bomba dan Dominos Pizza atas keperihatinan semua dan budi baik semua.. semoga atas jasa kalian anak-anak ini akan jadi anak yang berguna satu hari.. insyaAllah..



Ulasan

  1. Bestnya dpt peluang buat pizza sendiri. Bukan semua boleh merasa buat pizza tu. Boleh lah lps ni kakak ajar ummi pulak ye. Hehe

    BalasPadam
  2. Bestnya kecik-kecik lagi dah ada pengalaman buat Pizza. Takpe mama tak dapat makan boleh beli. hehe

    BalasPadam
  3. Seronok berkongsi aktiviti anak-anak di blog kan.. mana tau umur panjang boleh kita sama-sama baca balik entri masa depa kecik kan..

    Bagus sekolah nie, ada macam-macam aktiviti ya..

    BalasPadam
  4. Comelnya depa.. hehe nampak muka happy bila dapat explore benda baru kan .:)

    BalasPadam
  5. Anak2 kecil memang suka bila ada bomba datang sekolah...teruja mereka.

    Hihiii....bahagian umi pun kena ngap ya...sedap sangat lah tu sebab buat sendiri kan.

    BalasPadam
  6. memang syok pun kalau gi balai bomba kan.

    BalasPadam
  7. Happening nya rombongan kakak husna. Confirm berhari2 cerita kan

    BalasPadam
  8. budak2 mesti teruja kan..mcm anak saya pun minat bomba dan suka masak juga. Harap2 nt dorang berkesempatan utk join aktiviti mcm ni

    BalasPadam
  9. Sure seronok budak budak tu dpt naik lori bomba. Mesti tak habis habis cite pasal bomba kakak tu.

    Selalu makan mama order dpt pizza buat sendiri sure puas hati

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum