assalamualaikum semua, selamat pagi... semoga pagi kita membawa rahmat Allah pada kita semua...dan alhamdulillah pagi ni hujan rahmat dah membasahi bumi kuantan yang panas sejak beberapa hari lepas... terima kasih kepada yang sudi membaca entry dari blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga pada komen yang kalian tinggalkan... maaf tak dapat nak balas buat masa ni... malam tadi selepas selesai memasak sayur jantung pisang digoreng bersama kentang, tauhu dan soohoon dan dilawan pulak dengan jantung pisang dicelur cicah sambal tomato.....berhenti situ dulu... hehe... kami tak makan... lepas tu terus solat maghrib dan bersiap ke Klinik 1 Malaysia di UTC Kuantan... UTC Kuantan untuk pengetahuan masuk kali ni dah 2 kali aku ke klinik ini.. alhamdulillah perkhidmatan yang diterima sangat baik dan cepat...lagi cepat dari klinik swasta... dan malam tadi selepas dapat nombor giliran aku duduk tak sampai 5 minit pun dah dipanggil masuk untuk jumpa doktor... alhamdulillah...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.