Cerita Ita: aktiviti                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aktiviti

Festival Layang-Layang Sedunia ke 28 di Pasir Gudang 2026

 Fe stival Layang-layang di Pasir Gudang Assalamualaikum semua, kalau sebut pasal festival layang-layang ni. Terus terbayang pelbagai jenis corak dan bentuk layang-layang gergasi yang diterbangkan tinggi di langit. Kami pernah jugaklah pergi ke festival layang-layang ni sekali je dulu. Kena gigih ya nak ke festival ni. Satu sebab kena datang awal untuk dapatkan tempat letak kereta yang dekat. Kedua kena sedia modal banyak sebab jualan dia semua best kat situ. Muzium Layang-Layang Yang jadikan dianya unik dan best ialah pelbagai layang-layang yang diterbangkan tu bukan saja dari Malaysia tapi dari seluruh dunia. Aku pernah jugak pergi Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang ni selain dari musim festival dunia macam ni dulu. Kat situ ada satu muzium layang-layang yang mempamerkan semua jenis layang-layang terutama layang-layang dan wau di Malaysia. Cantik-cantik semuanya. Muziumnya agak luas jugak. Baguslah untuk pengetahuan am anak-anak pasal layang-layang. Promosi Festival Layang-layan...

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi!

assalamualaikum semua, hari ni aku berpeluang untuk sama-sama merasakan kemeriahan program tahunan yang diadakan di AnCasa Royale Pekan Pahang.. sudah menjadi tradisi bila menjelang je cuti sekolah, Ancasa Hotels dan Resorts akan merangka satu program khas sempena cuti persekolahan.. Program yang dikenali sebagai AnCasa Junior Chef ni sebenarnya dah masuk tahun yang ke 8 penganjurannya.. lama kan? dan aku baru berkesempatan hadir untuk tahun ni.. terasa rugi jugak.. Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi! mesti korang nak tau apa yang menarik dalam program ni kan? macam aku la memula tau pasal pogram ni..macam tertanya-tanya jugak apa je pengisian program tahunan AnCasa Junior Chef ni sebenarnya.. mulanya ingat pertandingan memasak atau apa.. rupanya dalam program tahunan ni kita boleh saksikan chef- chef cilik beraksi menunjukkan bakat dalam bidang masakan atau kulinari dan jugak ada tambahan aktiviti menarik untuk penduduk setempat.. Antara peserta yang ambik bahagian...

Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best!

assalamualaikum semua, aku nak sambung kisah cuti sekolah anak-anak pulak kali ni.. ada waktu sebelum masuk kerja ni kita manfaatkanlah masa yang ada.. jadi marilah kita update blog.. tengok tajuk mesti rasa seram kan.. haha.. maklumlah berkubang tu biasanya untuk kerbau je orang guna kan.. tapi kali ni aku kata berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best..  takkan kerbau pegi sekolah pulak kan.. hahaha.. dah pastilah ni aktiviti anak-anak bukan kerbau tau..  Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best!  kalau nak tau bagi yang tak biasa kalau area tempat aku dibesarkan istilah berkubang tu lebih kepada merujuk aktiviti mandi di sungai atau parit yang berair la.. kalau sungai atau parit kering takde air tu tak pernah pulak kami panggil berkubang.. berkubang ni merupakan aktiviti kegemaran waktu kami kecik dulu.. selalunya memang tak rupa orang la kalau lepas balik berkubang.. tapi secara jujurnya aku yang anak perempuan masa tu selalu kena tinggal tau.. lelaki ...

Tak puas bercuti ke Planetarium Negara

assalamualaikum semua, ada satu lagi kisah percutian tak terancang kami tahun lepas.. kami secara tak sengajanya singgah beriadah di Planetarium Negara! Tempat yang mesti pergi kalau bercuti di Kuala Lumpur.. kami dah sampai ke Planetarium Negara ! haha.. jangan tanya kenapa boleh sampai sini ok.. antara sebabnya ialah lepas kami berulang alik ke hospital kami cadang nak bagi anak-anak gembira sikit sebelum kami balik ke Kuantan.. jadinya hari terakhir kami di Kuala Lumpur tu kami singgah la sekejap di Planetarium Negara.. ceritanya sebab aku dengan shah tak berapa ada bajet duit yang banyak nak bawak anak-anak berjalan.. jadi aku cuma survey je la tempat yang cuma akan guna bajet minimum tapi dapat beri kepuasan pada anak-anak..  peta ke Planetarium Negara dan lepas aku google dan cari maklumat terbaca la pasal Planetarium Negara ni.. macam best sebab tak pernah pergi lagi.. terus cadang kat shah untuk pergi sini.. macam biasa shah memang dah ban...

Drama Lara Aishah Full dan kisah gambar

assalamualaikum semua,  korang dah tido ke? aku belum lagi tengah menghayati episod terakhir iaitu episod ke 100 Lara Aishah di TV Prima 105.. tadi petang aku cuma dapat tengok sekerat je.. ada la tak sampai 5 minit gitu la.. tapi aku suka sangat sebab akhirnya pengakhirannya baik sangat..  antara adegan episod terakhir Lara Aishah buat korang yang tak dapat tengok Lara Aishah episod 96 hingga 100 full boleh tengok ulangannya esok petang dari jam 1 petang sampai pukul 6 petang.. jangan kata aku tak payung.. hehe.. tapi aku sebenarnya bukan nak cerita pasal Lara Aishah sangat tapi aku nak cerita pasal gambar yang jadi tanda tanya orang kat facebook aku hari ni.. ada iaitu gambar bawah ni.. gigih makcik tudung pink tu macam bertanding kan? ada yang siap tanya aku masuk peraduan sampul buku ke? haha.. kalau korang tengok gambar yang lain ni lagi kompom korang kata aku memang masuk pertandingan rasanya.. amacam..? ada gaya boleh menang tak? haha.. t...

Kunjungan kami ke Road To Maha

assalamualaikum semua, aritu aku dah ceritakan pasal Road to Maha sebelum ni kan... ada sejarah dan kunjungan pertama sebelum ni... dan kali ni aku nak cerita pulak hasil kunjungan rasmi dengan anak-anak dan shah... haruslah akan ada lagi banyak gambar dan cerita nak cerita dengan korang kan....meh layan... kami buat keputusan nak ke Road to Maha ni secara tiba-tiba sebenarnya... tiba-tiba sebab shah tiba-tiba je kata yang dia tak kerja hari Ahad baru ni... makanya otak aku ligat la cari idea mana boleh pergi dengan anak-anak... hahaha... nasib la ye bang.... dan cadangan aku adalah pameran Road to Maha Zon Timur yang sedang berlangsung masa tu... banyak benda menarik nak tunjuk dan nak bagi anak cuba... jadi dengan semangatnya selepas kami hantar abg long ke kelas teakwando pagi tu kami bergegas ke Pasar Besar Kuantan... tujuan adalah nak cari lauk untuk keperluan seminggu dua ni... beli kat pasar lebih murah... semuanya la... udang, ikan, ketam... dan kadang-kadan...