Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2023

Catatan terkini

Sebab kenapa Abg Long hadir Temuduga Terbuka KV

Imej
Sebab kenapa Abg Long hadir Temuduga Terbuka KV Hadir temuduga terbuka KV  Assalamualaikum semua,  dah lama aku nak tulis pasal abg long hadir temuduga terbuka Kolej Vokasional Kluang ni. Sejak hari temuduga tu lagi. Tapi disebabkan jadual harian yang sangat padat.. akhirnya aku terlelap sebelum sempat menulis. Hari ni aku nekad nak tulis jugak terutama lepas tengok keputusan temuduga terbuka KV dia siang tadi. Mungkin rezeki awal Ramadan tahun ni agaknya. Syukur kami dapat sambut awal Ramadan dengan berita baik tahun ni.  Masa awal keluar borang permohonan ke sekolah khusus tu abg long memang mintak KV sebagai pilihan pertama dan ketiga tapi dia mintak aliran Komputer. Pilihan pertama di Sepang dan ketiga di JB.. tapi malang bagi abg long sebab keputusan tak berjaya. Kami terus tak buat rayuan dah.  Persediaan untuk pemohonan rayuan ke KV Lepas tu aku dapat tau pasal temuduga terbuka Kolej Vokasional Kluang ni minggu lepas lagi jadi aku mintak abg long isi borang online tu dan kami ta

THREE WAYS to maximize savings before your next payday

Imej
THREE WAYS to maximize savings before your next payday THREE WAYS to maximize savings before your next payday Assalamualaikum all, if you’re looking to save money while waiting for your salary to arrive, here are THREE WAYS to maximize savings before your next payday :  1. Make a Budget Before you start shopping, make a budget for how much you can afford to spend. This can help you avoid overspending and ensure that you only buy items you actually need. If you’re ordering online, check out ShopeeFood’s amazing deals that can help you to save up extra ringgits!  2. Plan your Purchases Look at the items that are on sale and make a list of the ones you want to buy. This way, it helps you to stay focused and avoid buying things on impulse.  3. Enjoy FREE delivery to the fullest Surprise your best pals with something savory or something sweet!  Let it be known that our free delivery vouchers are now up for grabs this ShopeeFood Day and PayDay! ShopeeFood PayDay Amazing Deals Just You!  Orde

Koleksi Buku Terbaru

Imej
Koleksi Buku Terbaru Koleksi Buku Terbaru Assalamualaikum semua, sebelum nak cerita pasal koleksi buku terbaru aku nak imbas semula kisah kami. Tarikh 30hb September 2021 akan sentiasa berada dalam lipatan sejarah kami sekeluarga. Waktu tu kami masih tinggal di Johor Bahru dan kami diuji dengan musibah banjir.  Semua barang kami habis rosak dan musnah akibat banjir. Korang boleh baca entri blog aku pasal banjir kat cerita banjir . Waktu tu hati bukan kepalang lagi rasa sedih sebab semua koleksi buku-buku yang aku simpan bertahun-tahun semuanya rosak. Hanya 3 buah buku je yang selamat.  Yang lain tu kami terpaksa longgokkan dan jual semuanya ke pembeli surat khabar lama bersama buku sekolah anak-anak. Habis semuanya. Dapatlah RM20 untuk semua buku dan kertas yang membukit macam kat bawah ni. Sedih kan? Timbunan buku yang dibuang ketika banjir Trauma bila kehilangan sesuatu yang kita sayang tu tak dapat nak dikata. Baru ni aku berasa ada semangat semula nak kumpulkan buku-buku buat kolek

Tahniah Abg Long Terima Anugerah

Imej
Tahniah Abg Long Terima Anugerah Tahniah Abg Long Terima Anugerah Assalamualaikum semua, minggu ni dah merupakan minggu terakhir persekolahan bagi sesi 2022-2023. Sekejap je rasa masa berlalu kan. Sejak minggu lepas banyak sekolah dah mula adakan majlis penyampaian anugerah bagi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang atau yang mengharumkan nama sekolah. Alhamdulillah rupanya tahun ni ada rezeki abg long terima anugerah lagi di sekolah. Tahniah abg long sebab terima anugerah ni. Walaupun keputusan peperiksaan abg long tak berapa baik tapi dia menduduki tempat pertama dalam kelas dia. Syukurlah ada juga rezeki abg long. Nampaknya abg long masih lagi berpeluang mencapai kejayaan yang lebih jika abg long berusaha. Tahniah juga buat abg long kerana berjaya walaupun asyik diduga kena berpindah sekolah ke sana sini. Ummi faham dugaan anak-anak yang asyik berpindah sekolah ni kadangkala akan buat anak-anak sedikit ketinggalan dari rakan-rakan sebaya yang lain.  Jadi selalunya ummi takkan mi

Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan Coconut ?

Imej
Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan Coconut ?  Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan? Assalamualaikum semua,  korang dah pernah rasa coklat Cadbury Pandan Coconut  baru tu tak? Aku terpandang coklat Cadbury Pandan Coconut  ni masa kami balik ke Kuantan baru ni. Tengok macam sedap.  Lebih best lagi bila masa tu ada jualan promosi untuk coklat Cadbury Pandan Coconut ni. Aku pun belilah satu bar. Konon nak la rasa apa rasa coklat Cadbury Pandan Coconut  ni kan.. Tapi sampai sudah coklat tu masih belum dibuka pun lagi. Kekeke.  Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan? Yang coklat Cadbury Pandan Coconut yang aku tunjuk ni kebetulan ada promosi clearance stock kat KS Supermarket kat Taman Intan masa aku cari telur tadi. Eh kat sini ada sentiasa telur tau. Kalau telur Gred B tu RM12.90 je sepapan.  Laa tercampur cerita telur la pulak.. ok balik semula ke review : apa rasa coklat Cadbury Pandan Coconut  ni. Tadi aku rasa nak beli sebab murah sekali cashier tu lupa tolak yang

Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap

Imej
Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap Assalamualaikum semua,  hujung minggu lepas abg ngah minta buatkan ayam goreng mudah dan sedap guna resepi ayam goreng mudah yang biasa aku buat sebelum ni. Teringin nak makan kata dia. Aku ni kalau anak dah minta tu tak sampai hati la kalau tak tunaikan permintaan anak-anak. Sebab anak-anak kat rumah ni jarang sangat buat permintaan. Jadi gigihlah ummi pesan dengan ayah suruh cari ayam segar untuk dibuat ayam goreng ala KFC. Sekali pergi beli kat pasaraya yang ada besar gedabak ya. Seekor tu dekat 2 kilo beratnya. Disebabkan malas menyelubungi, jadi aku hanya masak je ayam yang potongan besar tu tanpa potong kecik-kecik. Cepat sikit siap goreng.. hehehe.. Marilah aku kongsikan resepi ayam goreng mudah ni. Resepi aku ni main agak-agak je ya. Kali ni guna sukatan cawan. Sebelum ni aku guna sukatan kotak. Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap resepi asal Ayam Goreng Rangup Mudah Bahan-bahan 1 Ekor Ayam (siap dipotong,

Cara Semak dan Padam Broken Link

Imej
Cara Semak dan Padam Broken Link Dalam Blogspot Cara Semak dan Padam Broken Link Assalamualaikum semua, kalau ada yang perasan blog aku ni dah berubah wajah. Mungkin ada yang tak perasan sebab tengah sibuk aura AJL 37 kan.. Sebenarnya sejak bulan lepas aku dah mula ambik masa terluang untuk perbaiki prestasi blog Cerita Ita ni. Terutama bila tengok pageview agak sedih dan rupanya bila diselidik puncanya ialah 'broken link' yang terlampau banyak dalam blog ni. online brokenlink checker Bagi yang tak faham marilah aku terangkan dulu apa dia maksud broken link. Broken link ni ni ialah link atau pautan laman web yang tidak lagi wujud disebabkan pautan asal telah dipindahkan atau telah dihapuskan. Pautan tu wujud tapi tidak dapat diakses oleh pengguna lagi dah. Jadi bila ada broken link atau pautan yang tidak lagi wujud ni ianya akan menganggu prestasi blog untuk muncul dalam carian google. Cara yang terbaik adalah kena semak dan padam broken link atau hapuskan broken link yang ada

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Abg Ngah Hadir Ujian PKSK

Imej
Abg Ngah Hadir Ujian PKSK Abg Ngah Hadir Ujian PKSK Assalamualaikum semua,  kali ni giliran Abg Ngah hadir ujian PKSK pulak. Minggu lepas giliran Abg Long . Abg Ngah kali ni ni untuk ujian Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 pulak.  Dewan peperiksaan Abg Ngah semalam Tentunya lebih mudah sikit la tajuk soalan esei dia. Ini aku bandingkan dengan soalan yang Abg Long dapat untuk Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 4 ya. Adalah aku bincang-bincang sikit dengan Abg Ngah semalam.  Abg Ngah Hadir Ujian PKSK Sebelum ni adalah aku buat catatan contoh soalan PKSK yang bakal ditanya. Nanti aku tambah apa yang Abg Ngah kongsikan ni pulak kat entri sana. Kali ni skema peperiksaannya lebih kurang sama. Ada sesi soalan perlu dijawab menggunakan komputer. Dan juga ada sesi menjawab esei atau karangan cuma setakat tahap sekolah rendah iaitu 100 patah perkataan. Itu bezanya dengan kelayakan untuk tingkatan 4. Mereka perlu tulis sekurang-kurangnya 250 patah perkataan.  Ok

Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye

Imej
Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye Assalamualaikum semua, salam takziah dan doa dikirimkan kepada semua mangsa gempa bumi di Turkiye.  Aku baru je baca berita yang Turki atau Turkiye hari ni digegarkan dengan beberapa siri gempa bumi yang sangat kuat. Gambar bangunan sebelum runtuhan Gempa bumi ni  bermula pada waktu sebelum subuh di sana dalam pukul 4.17 pagi Isnin (waktu tempatan), 9.17 pagi waktu Malaysia. Gempa dengan kekuatan 7.4 skala richter disusuli lebih 20 gegaran susulan dalam masa 24 jam ini, dengan kedalaman yang sangat cetek iaitu 10km.  Lokasi gempa bumi di Turkiye  Gempa bumi ini meruntuhkan banyak bangunan dalam sekelip mata. Beberapa gambar dan video dikongsikan di laman sosial menunjukkan betapa kuatnya kesan sesudah gempa bumi berlaku. Gempa bumi terkuat berlaku pada pukul 6.24 petang Waktu Malaysia dengan kekuatan 7.8 skala richter. Bangunan ketika runtuh runtuhan bangunan dalam sekelip mata Ada juga video menunjukkan tsunam

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Johor

Imej
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Johor  Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2023 Assalamualaikum semua, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Johor atau World Kite Festival kembali lagi wei! Kali ni diadakan pada  22 Februari hingga 26 Februari 2023 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Harap kali ni kami ada rezeki la nak pergi. Asyik melepas je pergi. Tak kena tarikh je selalunya. Kali ni pulak kebetulan dianjurkan waktu cuti sekolah. Bagus betul, jadi sesiapa yang teringin nak datang tu boleh la atur plan sekarang ni. Boleh mula cari hotel berdekatan dan tempah. Risau nanti bila dah dekat masanya semua akan penuh. Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2023 aka Pesta Layang-Layang Antarabangsa Festival ni sinonim juga dengan nama Pesta Layang-Layang bagi penduduk tempatan. Waktu ni la biasanya akan meriah dengan pengunjung dari serata dunia. Dikhabarkan akan ada lebih dari 25 buah negara akan menyertainya nanti. Paling menarik la ni sebab dapat t

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus