Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan Coconut ? - Cerita Ita                                                             Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan Coconut ? Langkau ke kandungan utama

Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan Coconut ?

Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan Coconut ? 

Coklat Cadbury Pandan Coconut
Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan?


Assalamualaikum semua,  korang dah pernah rasa coklat Cadbury Pandan Coconut  baru tu tak? Aku terpandang coklat Cadbury Pandan Coconut  ni masa kami balik ke Kuantan baru ni. Tengok macam sedap. 

Lebih best lagi bila masa tu ada jualan promosi untuk coklat Cadbury Pandan Coconut ni. Aku pun belilah satu bar. Konon nak la rasa apa rasa coklat Cadbury Pandan Coconut  ni kan.. Tapi sampai sudah coklat tu masih belum dibuka pun lagi. Kekeke. 


Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan?

Yang coklat Cadbury Pandan Coconut yang aku tunjuk ni kebetulan ada promosi clearance stock kat KS Supermarket kat Taman Intan masa aku cari telur tadi. Eh kat sini ada sentiasa telur tau. Kalau telur Gred B tu RM12.90 je sepapan. 

Laa tercampur cerita telur la pulak.. ok balik semula ke review : apa rasa coklat Cadbury Pandan Coconut  ni. Tadi aku rasa nak beli sebab murah sekali cashier tu lupa tolak yang diskaun tu. Jadi aku masih bayar dengan harga asal. Coklat Cadbury Pandan Coconut  ni harganya RM2.89 satu. 


Sedap ke coklat Cadbury Pandan Coconut ?

Sedap ke Cadbury Pandan? 


Sempatlah aku cuba rasa coklat Cadbury Pandan ni sebab nak tau apa rasanya. Pada aku dia ni macam coklat Cadbury yang versi milk biasa tu cuma dia ada tambahan bau pandan sikit-sikit dan parutan kelapa kat dalam dia. 

Haa.. rasa ni yang agak unik ni.. makan coklat ada kelapa parut. Pada aku macam sedap jugaklah. Kira macam berbaloi la cuba coklat Cadbury Bar Pandan Coconut ni. Cuma tak berbaloi sebab tak dapat harga diskaun tu.. jauh tu beza RM2.89 dengan RM1.80 kan.. RM1.09 lari tu.. 

Sedap oii coklat Cadbury baru ni


Apa pun aku dah cuba la rasa coklat Cadbury Bar Pandan Coconut yang baru ni. Kira tak terkilan la kalau anak-anak habiskan stok Cadbury yang ada kat rumah. Haha.. Korang boleh la cuba kalau korang peminat coklat kelapa dan coklat milk. Selamat mencuba! 


Ceritaita

Ulasan

  1. Tak prnah rasa lagi...macma sedap plak...kena cuba la ni nak tau best ke tak kan

    BalasPadam
  2. alamak rasanya aku tak berapa gemar coklat yg ada kelapa2 ni huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum