Catatan terkini

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan

Imej
5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery. Assalamualaikum all, with Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasameals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. Withdiscounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour.  Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order fromShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’tknow where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your mealsfrom: 1. Tiga Budak Gemok:  This restaurant serves generous portions of Malaysian comfortfood that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include NasiAyam Kicap Biasa + Tel

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked

cara untuk halang WhatsApp kena hacked
Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


Assalamualaikum semua, sejak akhir ni biasa pulak dengar cerita best sana sini akaun WhatsApp kena hacked. Tapi bukanlah cerita best pun, tapi menakutkan adalah. Itu yang buat aku cari cara elak WhatsApp kena hacked tu. 

Sebelum apa-apa berlaku baiklah ambik langkah berjaga-jaga kan? Pulak tu bila dah tengok macamana nak buat baru tau cara nak elak WhatsApp kena hacked ni senang je rupanya. Korang pun boleh buat sendiri punyalah.

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


Ok mari aku ajar macamana cara nak buat. Biasa kalau dalam handphone korang mesti ada salah satu aplikasi WhatsApp ni kan? Atau ada dua-dua aplikasi pun ok je, Korang tetap boleh elak WhatsApp dari kena hacked. 


Macam aku sekarang ni kebanyakan masa aku akan guna aplikasi WhatsApp Business. Tapi cara nak buat tetap sama macam guna WhatsApp biasa. Korang boleh baca nanti cerita best aku kenapa aku guna WhatsApp Business.


Langkah Cara Elak WhatsApp Kena Hacked

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


1. Pertama korang kena ada salah satu aplikasi di atas ni. Samada WhatsApp atau WhatsApp Business. Lepas tu korang bukalah aplikasi tu. 

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


2. Bila dah buka, boleh pergi kat bahagian atas sekali sebelah kiri tu. Tekan yang ada tanda 3 titik atas tu. 

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


3. Sesudah ditekan akan keluar semua fungsi macam gambar atas ni. Korang terus tengok dekat bawah sekali. Kat fungsi setting. 

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


4. Kemudian tekan setting tu dia akan keluar pulak  macam gambar atas ni jadi tekan pulak account tu. 

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


5. Dia akan keluar pulak macam ni dan tekan two-step v√©rification. 

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


6. Akan keluar paparan macam gambar kat atas ni pulak. Korang tekan kat perkataan "Turn On" kat bawah tu. Dia akan keluar satu paparan lain untuk korang set 6 digit nombor yang korang suka. Boleh pilih nombor yang senang korang ingat la. Yang ni takde gambar sebab dia tak bagi aku screenshoot. 

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


7. Bila dah set nombor pin keselamatan tu. Dia akan keluar paparan macam ni pulak. Maknanya aplikasi WhatsApp korang dah selamat dilindungi dengan cara two-step verification.

Cara Elak WhatsApp Kena Hacked


8. Kalau korang rasa dah tersalah pilih nombor yang susah nak ingat pulak. Janganlah panik sampai nak hempas-hempas telefon tu. Takpe pergi je balik masuk kat setting ulang semua langkah sampai jumpa paparan atas ni. Kemudian tekan "change pin". Haaa.. dah boleh la tukar semula nombor tu. 


Senang kan nak buat? Kacang je ni. Bagusnya kalau dah set dengan fungsi two-step verification ni dia akan keluar paparan untuk masukkan nombor pin pada bila-bila masa yang tak dijangka.  Terutama kalau ada buat update aplikasi atau WhatsApp tidak dibuka dalam jangkamasa yang lama. 


Sebenarnya bagus juga kalau setiap aplikasi dalam telefon ada langkah keselamatan macam ni. Takde la kita sebagai pengguna risau nak download apa-apa aplikasi pun. Tapi kalau korang risau macam aku korang boleh baca lebih info macamana nak tahu phone kita kena hacked ke tidak. Semoga bermanfaat! 


Ceritaita

Ulasan

  1. Terima kasih diatas infonya, nice sharing...senang-senang sharing dan link lagi ok...

    BalasPadam
  2. Sy pun dah lama buat.. kdg keluar pin.. kdg tak.. Tetapi bagus jugalah utk langkah berjaga2 kan

    BalasPadam
  3. saya dah buat... sebagai langkah berja jaga je...

    BalasPadam
  4. aku le tu ita selalu lupa katalaluan sendiri haha.. anyway tq for tips

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus