Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Catatan terkini

Kisah Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Imej
Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Contents Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Korang suka tempe goreng ke, atau suka tempe dimasak sambal pedas tempe goreng yang garing-garing tu ke? Atau korang suka tempe dimasak dalam bentuk kuah macam asam rebus tempe atau masak singgang tempe atau masak lemak tempe atau masukkan je tempe dalam ramuan lain jadi macam kuah lontong. Hish, aku yang tulis ni yang terus rasa macam nak makan tempe. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari

Kenali Tanda-tanda Awal Strok Haba

Imej
Kenali Tanda-tanda Awal Strok Haba assalamualaikum semua,  baru haritu aku tulis pasal tips kekal sihat dalam musim panas yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. dan aku tetiba teringat pulak kes aku terserempak dengan salah seorang yang alami strok haba akibat terkesan dengan cuaca panas melampau waktu aku ke Pulau Pinang pada tahun 2015 dulu.. disebabkan itu aku nak kongsikan pentingnya mengenali tanda-tanda awal strok haba macam di gambar bawah ni..  Tanda - tanda awal strok haba Kerap sakit kepala Mudah hilang fokus Lidah menjadi bengkak Suhu badan melebihi 39•C Nadi berdenyut laju Tekanan darah rendah Badan lesu dan kerap pengsan Badan tidak berpeluh Kulit kering kemerah-merahan meh aku ceritakan pulak pengalaman aku berhadapan dengan keadaan yang aku cerita kat atas tu.. waktu tu memang cuaca di Pulau Pinang dan seluruh negara Malaysia agak panas.. teringat Padang Brown di Pulau Pinang memang dah sangat 'brown' rupanya d

Pemeriksaan kesihatan di LPPKN Kuantan dan Ujian PAP Smear percuma!

Imej
Pemeriksaan kesihatan di LPPKN Kuantan dan Ujian PAP Smear percuma!  Assalamualaikum semua,  tadi pagi entah apa mimpi kawan sepejabat ni ajak aku ikut ke LPPKN Kuantan untuk buat pemeriksaan kesihatan kat situ.. aku pun bersemangat nak ikut bila dia ajak.. sebabnya aku ada baca pasal ujian PAP Smear percuma di LPPKN ni.. jadi laju je la nak ambik peluang..  LPPKN Sampai kat situ kami pun tanya la.. eh lupa.. harus la selfie dulu.. hahaha.. bila dah selfie baru tarik pintu nak masuk.. tapi rupanya pintu dia pakai kunci yang cuma boleh dibuka dari dalam tu.. lepas tu kami tekan loceng dan ada staf yang tolong bukakan pintu.. kawan-kawan yang sama pergi tadi kami pun tanya la pasal pakej yang ada dan pasal iklan ujian PAP Smear percuma tu.. dan dapat info yang ujian tu cuma boleh dibuat pada hari Rabu setiap minggu.. promosi ni dah dibuka dari 1 September hingga 30 November 2017 di semua LPPKN di seluruh Malaysia tau.. dan bayaran memang percuma..  U

Tips menghadapi cuaca panas dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Imej
Tips kekal sihat di musim panas dari Kementerian Kesihatan Malaysia assalamualaikum semua,  hari semalam aku ada bertanyakan kawan-kawan di facebook pasal suhu kat tempat masing-masing.. rupa-rupanya ramai kawan sedang alami musim panas di tempat masing-masing.. tapi minggu lepas aku balik johor pun sama.. panas tak terkata.. kami bersyukur kat Kuantan ni nampaknya cuaca agak sejuk sikit.. boleh kata hari-hari ada hujan.. Tips Kekal Sihat di Musim Panas tadi aku ada terbaca pasal tips untuk kekal sihat di musim panas yang melanda Malaysia sekarang ni.. yang aku baca ni tips yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. jom kita tengok apa tips yang disarankan tu..  Tips Kekal Sihat di Musim Panas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Pakai topi / payung - untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan. Banyakkan minum air - minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal. Pakai pakaian yang sesuai - pakaian yang ringan, ber

Resepi Kek Coklat Mudah

Imej
Resepi Kek Coklat Mudah dan Sedap assalamualaikum semua, petang tadi aku sempat buat kek coklat mudah dan sedap guna pressure cooker.. memang serius mudah tau.. tak payah guna mixer pun.. cuma kacau-kacau guna hand whisk atau je tau.. dan bahannya pun sangat senang.. tak rumit la macam nak buat kek mahal tapi hasil aku gerenti sedap macam kek mahal jugak.. hehe.. paras keyakinan mesti tinggi punya..  Resepi kek coklat mudah dan sedap jom kita belajar macamana nak buat jom! senang je ni.. korang boleh buat selalu-selalu nanti.. insyaAllah.. yang ni pun resepinya aku pernah tulis tahun lepas .. memang takde ubah la.. cuma part susu je aku guna susu tepung hadi je yang aku bancuh 2 cawan ikut sukatan..  Resepi Kek Coklat Mudah  oleh Ceritaita Bahan-bahan bahan A 2 biji telur gred A (gred B pun boleh) 2 cawan susu cair @susu segar @ 1 cawan susu + 1 cawan air @ 2 cawan susu yang dibancuh dari susu tepung ( aku biasa letak 2 botol susu segar yang

Kari Telur lauk makan malam kami

Imej
Resepi Kari Telur : Hidangan makan malam kami Assalamualaikum semua,  malam tadi masa nak masak aku jenguk peti sejuk kat rumah ni.. rupanya dah takde apa yang boleh dimasak.. lupa pulak kami banyak masa takde kat rumah nak beli bahan basah aritu.. jadinya dah takde ikan atau ayam dah dalam peti..  Kari telur dan resepi aku pusing tengok atas almari ada lagi baki telur dalam tray.. terus laju masukkan dalam bakul dan basuh terus rebus atas dapur sebelum pergi solat maghrib.. siap solat elok tengok shah dah tolong asingkan telur rebus kat dalam bakul untuk tunggu sejuk.. terima kasih bang.. alhamdulillah syukur dapat suami yang ringan tulang sentiasa sudi nak bantu walau dalam apa keadaan sekalipun..  aku pun laju-laju siang bawang semua dan menumis untuk kuah kari.. kali ni buat kuah kari takde santan.. stail pekat likat macam kari mamak tu.. ada masam-masam sikit.. bukan takde santan nak letak tapi sebab shah beli santan yang kotak besar satu liter aritu jadinya ras

Terasa dibelai sepanjang hari dengan Enchanteur 24 hour Moist Perfume body lotion

Imej
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Enchanteur 24 hour Moist Perfume body lotion Belaian Menawan Sepanjang Hari! aku pernah tulis dulu pasal tips menggalakkan anak minum air sepanjang hari.. tapi macamana pulak kalau orang dewasa? rasanya selalunya tips macam ni tak terpakai la.. terutama kalau orang dewasa yang kerjanya sibuk dan takde masa nak ikut tips yang aku sarankan tu pun.. dan kadang-kadang dah minum air secukupnya tapi kulit masih tetap kering dan kusam..  Enchanteur 24 hour Moist Perfume body lotion Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan. Ramai

Aku dah jadi tokwan!

Imej
Assalamualaikum semua,  aku nak cerita pasal cucu pulak kali ni.. asyik cerita pasal anak je kan.. jadi kali ni kita cerita pasal cucu.. aku dah memang ada cucu dah pun.. tapi cucu sedara la.. anak pada anak sedara sepupu belah mak aku kat Pontian.. tapi kali ni bukan aku nak ceritakan pasal cucu tu.. aku nak cerita kisah Cucu Berbulu tau.. haha.. cucu baru kami.. nak bagi nama apa ye? (kucing comel) korang semua tau kan aku ada bela kucing kat rumah ni.. kami bela 2 ekor je pun yang kami dapat dari orang lain.. kami bela masa umur dia dah besar pun.. dalam 2 bulan macam tu la.. dan masa tu dah boleh dipisahkan dari emaknya pun.. jadi tak la rasa bersalah sangat.. yang ni bape kali ntah tukar nama.. sekarang kekal dengan nama Remy (yang jantan) dan Wani (yang betina).. bila dah bela 2 ekor ni rezeki untuk bela binatang agaknya makin meriah sampai ada kawan bagi seekor lagi yang diselamatkan dari kena langgar kereta.. yang kami panggil Meowt.. tapi umur Meowt tak p

Pengalaman kali pertama mencuba rawatan muka Chomo Led Mask !

Imej
Rawatan Chomo Led Mask di Cantik Persis Celebriti assalamualaikum semua, aku belum cerita lagi pasal aku buat rawatan muka baru-baru ni kat Cantik Persis Celebriti kan? meh aku cerita ya.. maklumlah.. ini bukan aktiviti yang biasa aku buat pun.. malahan ini adalah  kali pertama tau aku buat rawatan muka tau.. jangan tanya kenapa aku tak pernah buat sebelum ni.. anggap je la Cantik Persis Celebriti akhirnya dapat membuka pintu hati aku untuk mencuba rawatan muka.. cia..cia..cia.. hahaha.. ni aku masa tengah pakai Chomo Led Mask.. macam transformers tak? haha korang mesti nak tau rawatan apa je yang aku buat sebenarnya ni kan.. haa.. sebelum tu aku nak bagitau pasal Cantik Persis Celebriti ni yang dah menambat hati aku untuk mencuba rawatan muka kali pertama ni tau.. huhu.. sepanjang lebih 38 tahun wei.. ini yang pertama.. pecah rekod kan? Jadi meh kita kenalkan dulu apa dia Cantik Persis Celebriti ni.. Cantik Persis Celebriti ni sebenarnya sebuah pusat kecantikan di Sha

Permohonan sekolah berasrama secara online bagi lepasan UPSR 2017 dan PT3 2017

Imej
Assalamualaikum semua, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan?  dan yang terbaru ni ialah bagi anak-anak lepasan UPSR dan PT3..  walaupun dikabarkan peperiksaan kali ni agak mencabar bagi anak-anak berusia 12 tahun dan 15 tahun ni.. nak tak nak mereka terpaksa jugak laluinya sebagai cabaran hidup.. apa nak buat kan.. Permohonan sekolah berasrama secara online bagi lepasan UPSR 2017 dan PT3 2017 bila dah abis satu cabaran.. iaitu cabaran peperiksaan.. datang lagi satu cabaran yang lain pulak.. iaitu memilih sekolah yang baik untuk masa depan.. ini pun aku percaya akan jadi dilema untuk mak bapak jugak.. samaada nak hantar ke asrama atau tak.. atau nak pilih aliran agama atau perdana.. namun apa pun pilihan.. sebagai ibubapa jangan la kita ketepikan hak anak dalam membuat pilihan.. libatkan anak sambil kita sebagai ibu bapa bagi panduan apa yang terbaik untuknya.. insyaAllah akan ada jalannya..  dan kali ni aku nak kongsikan beberapa pilihan untuk permoh

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus