Kenali Tanda-tanda Awal Strok Haba - Cerita Ita                                                             Kenali Tanda-tanda Awal Strok Haba Langkau ke kandungan utama

Kenali Tanda-tanda Awal Strok Haba

Kenali Tanda-tanda Awal Strok Haba


assalamualaikum semua,  baru haritu aku tulis pasal tips kekal sihat dalam musim panas yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. dan aku tetiba teringat pulak kes aku terserempak dengan salah seorang yang alami strok haba akibat terkesan dengan cuaca panas melampau waktu aku ke Pulau Pinang pada tahun 2015 dulu.. disebabkan itu aku nak kongsikan pentingnya mengenali tanda-tanda awal strok haba macam di gambar bawah ni.. 





Tanda - tanda awal strok haba


  1. Kerap sakit kepala
  2. Mudah hilang fokus
  3. Lidah menjadi bengkak
  4. Suhu badan melebihi 39•C
  5. Nadi berdenyut laju
  6. Tekanan darah rendah
  7. Badan lesu dan kerap pengsan
  8. Badan tidak berpeluh
  9. Kulit kering kemerah-merahan


meh aku ceritakan pulak pengalaman aku berhadapan dengan keadaan yang aku cerita kat atas tu.. waktu tu memang cuaca di Pulau Pinang dan seluruh negara Malaysia agak panas.. teringat Padang Brown di Pulau Pinang memang dah sangat 'brown' rupanya disebabkan cuaca terlalu panas dan kering.. aku ingat masa tu kami sedang berjalan-jalan untuk melihat dan mengambil gambar dengan patung replika Transformers Optimus Prime dan Bumble Bee.. di tepi kawasan patung tu ada restoran McDonald.. 

waktu aku tengah menunggu shah ambik gambar anak-anak aku tunggu di tepi tu.. ada seorang perempuan sedang berjalan menghala ke McDonald, tiba-tiba dia melayang macam nak jatuh dan terus pegang tangan sebelah dia kat tiang lampu yang ada kat situ.. aku dapat agak yang dia macam nak pitam atau pengsan sebab aku biasa rasa pitam dulu sebab tekanan darah yang rendah..

terus aku datang dekat dia dan tanya.. 



aku : "adik ok?"
perempuan : .. hanya diam sambil tunduk dan kerut dahinya macam tahan sakit..

tiba-tiba dia terus berpaut pada aku dan lemah badan dia.. aku terus rasa cuak masa tu.. terus aku cakap dengan shah.. tolong tengokkan anak-anak.. aku nak bawak perempuan tu ke Restoran McDonald di sebelah tu.. mulanya aku suruh dia duduk di kerusi bahagian luar.. tapi lepas aku tengok muka dia makin pucat aku terus mintak tolong staf kat restoran McDonald tu untuk bawak perempuan tu masuk kat dalam..

kami basahkan muka, tengkuk dan kepala dia dengan air yang berais.. dia pakai tudung jadi aku masukkan tangan untuk basahkan semuanya.. kami tanya dia ada tak telefon untuk kami rujuk sesiapa waris dia.. dalam masa yang sama pengurus restoran tu tolong telefon ambulan jugak.. kelam kabut jugak la masa tu.. dia mula cakap tak rasa kaki dia.. tak boleh nak nampak apa-apa walau dia bukak mata.. semua gelap.. lagi la kami rasa panik..

ambulan ambik masa juga nak sampai masa tu.. telefon bimbit dia jugak dah habis bateri masa tu.. kami cuma mampu tunggu dia bagi nombor telefon suami dia yang kalau-kalau dia boleh ingat masa tu.. dah la masa tu orang ingat aku ni kawan dia.. haha.. bila aku cakap aku cuma orang lalu lalang yang nampak dia nak jatuh dan aku cuma tolong.. rezeki dia agaknya tu jumpa aku untuk tolong dia masa tu..

tapi aku nak tekankan waktu aku jumpa dia tu memang suhu badan dia sangat panas tau.. dan ada beberapa simptom yang ada kat tanda awal strok haba kat atas tu ada pada dia masa tu.. cuma aku tak perasan pulak pasal lidah tu sebab masa tu aku takde pengalaman  dan pengetahuan pasal tanda-tanda awal strok haba ni.. aku tanya dia ada bawak air minuman tak.. tapi memang takde.. jadi aku nak pesan jugak korang kenalah bawak bekal air minuman ke mana-mana korang pergi dalam cuaca yang panas ni.. dan pastikan tetap kekal sihat dalam cuaca panas macam dalam entri tips kekal sihat sebelum ni.. dan jugak ambik tau pasal tanda-tanda awal strok haba..


Ulasan

  1. bw sini, info yang baik terutamanya dalam menghadapi cuaca yang tidak menentu pada masa ini. Semoga kita semua peka akan kesihatan masing-masing agar sentiasa 'ada' buat anak2 dan orang tersayang....

    BalasPadam
  2. Nasib ada Ita kan masa tu, Kak Sue pun risau kalau anak-anak banyak aktiviti kat luar rumah bila cuaca panas macam nie..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah sekarang cuaca mula sejuk sikit. Kalau musim panas boleh meroyan rasanya sebab bingit kat kepala. Air kosong kena minum banyak2...

    BalasPadam
  4. Strok haba ni boleh membawa maut, bahaya kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...