Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 25 Oktober 2017

Tips menghadapi cuaca panas dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Tips kekal sihat di musim panas dari Kementerian Kesihatan Malaysia


assalamualaikum semua,  hari semalam aku ada bertanyakan kawan-kawan di facebook pasal suhu kat tempat masing-masing.. rupa-rupanya ramai kawan sedang alami musim panas di tempat masing-masing.. tapi minggu lepas aku balik johor pun sama.. panas tak terkata.. kami bersyukur kat Kuantan ni nampaknya cuaca agak sejuk sikit.. boleh kata hari-hari ada hujan..


Tips Kekal Sihat di Musim Panas


tadi aku ada terbaca pasal tips untuk kekal sihat di musim panas yang melanda Malaysia sekarang ni.. yang aku baca ni tips yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. jom kita tengok apa tips yang disarankan tu.. 

Tips Kekal Sihat di Musim Panas

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

  1. Pakai topi / payung - untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan.
  2. Banyakkan minum air - minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.
  3. Pakai pakaian yang sesuai - pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  4. Guna kipas / pendingin hawa - untuk menyejukkan badan.
  5. Tidak duduk dalam kenderaan tertutup - tanpa menggunakan pendingin hawa.
  6. Lebihkan masa di rumah - berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar.
  7. Kurangkan minuman yang tidak sesuai - minuman berkafein, alkohol dan bergula.


penting untuk ikut semua tips yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ni.. terutama kalau korang rasa memang sangat panas cuaca kat kawasan korang tinggal tu.. kalau yang terpaksa bekerja di luar yang memang sangat panas tu pandai-pandai la sediakan diri dengan air yang banyak.. kalau untuk anak-anak pulak pastikan yang korang bekalkan anak-anak dengan air secukupnya.. banyak kes anak-anak yang mudah hadapi kesan cuaca panas ni.. kalau nak tips galakkan anak-anak minum air korang boleh baca entri pasal ni dulu..

jaga diri masing-masing ok! dan kalau ada masa rajin-rajinkan diri baca doa untuk mohon Allah turunkan hujan.. macam kat bawah ni.. 







Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Good sharing Ita.. Kak Sue memang risau kan anak-anak nie. Asyik dok ingatkan aja minum air banyak dan mandi lebih kerap..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sekarang cuaca tak menentu mmg kena take precautions dah