Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar dan rumah. Nak parking pun

Berniaga di bazar Ramadan BBU

Imej
Assalamualaikum semua,  dah melepasi pertengahan Ramadan dah sekarang ni.. aku lupa nak cerita yang tahun ni merupakan tahun kedua kami berpuasa di negeri Johor.. negeri kelahiranku.. tak pernah terfikir atau termimpi nak dapat peluang bekerja di negeri sendiri.. tetiba dah tahun kedua berpuasa pulak.. rezeki tu memang tak pernah salah alamat kan.. Allah dah atur cantik.. cuma kadang-kadang tak kena dengan apa yang kita rancang.. jadi tu kita jadi susah nak terima setiap aturannya.. begitu juga cerita shah berniaga di bazar Ramadan..  Berniaga di bazar Ramadan BBU  Tahun pertama berpuasa di Johor terasa lain sebab waktu tu PKP 1.0 tengah dilaksanakan.. masa bulan puasa tu memang susah juga shah nak berniaga.. oh lupa nak bagitau.. shah sejak berhenti kerja sebab sakit belakang ni, dia tumpukan pada urusan anak-anak dan berniaga air balang..dia jual air kelapa laut Man Java.. masa baru berpindah ke Johor aritu terhenti sekejap sebab tempat baru.. kemudian dapat peluang hantar air ke ked

Jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson

Imej
Jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson Assalamualaikum semua, dah masuk pertengahan Ramadan dah pun sekarang ni.. lagu raya pun dah mula dipasang di sana sini.. walaupun masih dalam situasi wabak pandemik Covid-19 tapi suasana hari raya tu masih dirasai di sana sini.. ada yang dah sibuk buat persiapan membeli baju raya.. ada juga dah sibuk buat persiapan kuih raya.. ada juga yang dah siap ambil cuti raya.. walaupun SOP musim perayaan belum lagi diumumkan masing-masing dah menyimpan hasrat nak berhari raya sama macam sebelum dilanda oleh Covid-19 satu ketika dulu..  Pastinya masing-masing dah rindu nak berjumpa sanak saudara.. maklumlah tahun lepas semuanya kena beraya dalam norma baharu yang tidak membenarkan rentas negeri mahupun rentas daerah.. dan seperti yang semua tahu.. kerajaan baru sahaja mengumumkan pada 27 April baru ni yang rentas negeri tidak dibenarkan sehingga Aidilfitri.. ini bermakna sekali lagi kita terpaksa melalui musim perayaan Aidilfitri kali ni dengan n

Hilangnya Nanggala 402

Imej
Hilangnya Nanggala 402 Assalamualaikum semua, hari ni kita dikhabarkan satu lagi kisah meruntun jiwa di bulan Ramadan yang mulia ini.. bermula dengan kisah kehilangan kapal selam Milik Indonesia yang berusia lebih 40 tahun umurnya.. Hilangnya Nanggala 402.. satu berita yang cukup menyedihkan aku walau aku tak pernah kenal seorang pun dari mereka yang terlibat..  sejak berita kehilangan Nanggala 402 aku dengar,  hati tak henti berdoa semoga Allah berikan satu keajaiban.. sama seperti keajaiban wabak Covid19 yang sedang melanda dunia ketika ini.. diberitakan pula kapal Malaysia MV Mega Bakti dikirimkan sebagai salah satu kapal yang akan membantu dalam pencarian.. masa tau berita ni katanya kapal Malaysia akan tiba lokasi pada hari Isnin 26 April 2021.. tapi ternyata.. semangat setiakawan antara dua negara ni nampak utuh bila terima berita MV Mega Bakti telah tiba pada jam 12.30 tengahari 25 April 2021.. sehari awal dari jangkaan.. dapat dibayangkan resah yang dirasa selagi tak tiba memba

Selamat Berpuasa dan Norma Baharu Akibat Covid19

Imej
Assalamualaikum semua,  hari ni agak santai sikit.. tak sempat dari aritu nak ucapkan selamat berpuasa pada semua pembaca Ceritaita.. apa yang disibukkan pun tak tau la.. haha.. tapi sejak dari awal tahun rasanya segala berlaku tak ikut sangat dah dengan perancangan.. sedikit sebanyak kemunculan virus Covid19 ni agak menganggu segala perancangan.. tapi itulah.. apa pun kehidupan perlu diteruskan kan? Itulah dipanggil kehidupan di norma baharu akibat Covid19.. Selamat Berpuasa dan Norma Baharu Akibat Covid19  Suasana agak berbeza di norma baharu ni.. semua orang tiba-tiba tidak boleh lagi bersemuka  macam biasa macam dulu.. kena berjarak di sana sini.. semuanya disebabkan katanya virus ini boleh berjangkit apabila ada kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti virus ini.. tapi rasanya macam banyak juga kepelikan yang kita nampak.. ada yang dijangkiti tapi tidak menjangkiti langsung orang yang serumah dengan dia walaupun tidur di katil yang sama.. semua orang tak selesa dengan norma baha

Happy World Veterinar Day 2021

Imej
Happy World Veterinar Day 2021 Assalamualaikum semua, setiap hari dalam setahun sebenarnya ada hari untuk meraikan para veterinarwan yang ada di dalam dunia ni.. tetapi ianya tidaklah diuar-uarkan sangat seperti hari bagi meraikan golongan kerjaya yang lain.. tahun ini ianya juga disambut secara meluas di seluruh dunia.. sana sini orang mengungkapkan Happy World Veterinar Day 2021.. Hari Veterinar Sedunia ni disambut secara umumnya pada setiap Hari Sabtu terakhir di dalam bulan April dalam setiap tahun.. dan secara rasminya hari Sabtu terakhir jatuh pada hari ini 24 April 2021..  Happy World Veterinar Day 2021 Sambutan di Malaysia juga tidak terkecuali.. walaupun tidak disambut secara meriah di dalam negara namun ianya ditunjukkan dengan jelas melalui posting yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melalui laman facebook mereka.. korang boleh layari facebook DVS untuk lihat postingnya secara terus.. aku tampalkan juga di sini gambar-gambar berkaitan untuk rujukan.

REALME WILL BE MAKING A SEASON 3 GRAND LAUNCH FOR ALL YOUR FAVOURITE AiOT

Imej
Realme Watch 2 and Cobble Bluetooth Speaker being first to launch globally in Malaysia In conjunction with Hari Raya festivities, realme will be launching a total of seven new AIoT devices ranging from earbuds, bluetooth speaker, lifestyle products and wearables. All seven devices will bring you to a whole new Dare to Leap experience as you’ll be more stylish and trendy. realme will broaden its audio field and Malaysians can expect amazing audio quality from realme Buds Q2, realme Buds Air 2 Neo as well as realme Cobble Bluetooth Speaker thanks to its Bass Boost+ technology and many more. In terms of wearable devices, realme will be bringing its realme Watch 2 with 90 sports mode, large screen and strong battery life. To bring out the personality of young Malaysian fans, realme is introducing the realme Watch S Master Edition in a collaboration with famous Korean pop cultural artist, Grafflex.  Apart from that, realme Malaysia is proud to be bringing home and lifestyle devices like rea

Sambutan ulangtahun hari lahir abg long yang ke 14

Imej
Assalamualaikum semua,  lamanya tak menulis.. bulan ni semua berlalu macam cepat sangat-sangat.. semuanya terasa sangat cepat sangat berlalu..  rindu nak menulis setiap hari macam dulu.. insyaAllah semoga ada ruang dan peluang nanti.. kali ni nak coretkan pasal kisah sambutan ulangtahun hari lahir abg long yang ke 14 baru -baru ni..  Sambutan ulangtahun hari lahir abg long yang ke 14 Bukan sambutan yang besar pun cuma ada adik-beradik dia dan beberapa orang sepupu dan saudara terdekat je.. potong kek kecil je untuk abg long.. eh kek dia sedap tau.. ada walnut dalam tu.. hadiah dia request pun belum sampai lagi.. haha.. tapi itu pun dah cukup untuk buatkan seorang anak tersenyum gembira..  tak perlu pun habiskan duit beribu.. walaupun dah cecah 14 tahun, rupanya nampak jelas seorang anak tu mengharapkan ibubapanya meraikan hari istimewa buat dirinya..   Mulanya aku cadang tak perlu buat apa-apa la.. sebabnya sejak kecik lagi anak-anak kami tak dibiasakan sangat sambut hari lahir ngam-ng

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus