Jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson

1:36:00 PTG

Assalamualaikum semua, dah masuk pertengahan Ramadan dah pun sekarang ni.. lagu raya pun dah mula dipasang di sana sini.. walaupun masih dalam situasi wabak pandemik Covid-19 tapi suasana hari raya tu masih dirasai di sana sini.. ada yang dah sibuk buat persiapan membeli baju raya.. ada juga dah sibuk buat persiapan kuih raya.. ada juga yang dah siap ambil cuti raya.. walaupun SOP musim perayaan belum lagi diumumkan masing-masing dah menyimpan hasrat nak berhari raya sama macam sebelum dilanda oleh Covid-19 satu ketika dulu.. pastinya masing-masing dah rindu nak berjumpa sanak saudara.. maklumlah tahun lepas semuanya kena beraya dalam norma baharu yang tidak membenarkan rentas negeri mahupun rentas daerah.. dan seperti yang semua tahu.. kerajaan baru sahaja mengumumkan pada 27 April baru ni yang rentas negeri tidak dibenarkan sehingga Aidilfitri.. ini bermakna sekali lagi kita terpaksa melalui musim perayaan Aidilfitri kali ni dengan norma baharu.. tiada lagi istilah berebut untuk balik kampung.. 

Jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson


Ramai yang sedang menyimpan kekecewaan sebenarnya.. tak kurang juga yang berkongsi cerita akan kesunyian di pagi hari raya.. memang tak dapat la nak dinafikan kalau duduk sorang-sorang tu nanti boleh jadi lagi gundah gulana hati tu nanti.. aku sekadar nak buat cadangan.. bagi sesiapa yang tak dapat nak balik beraya macam biasa tu.. apa kata korang rancang sesuatu yang lain di musim perayaan ni.. sesuatu yang mungkin akan dikenang oleh korang atau keluarga korang sampai bila-bila nanti.. cadangan aku ialah apa kata kalau korang cuba jalan-jalan beraya di Lexis Hibiscus Port Dickson ke.. cuba la sesuatu yang lain untuk mengisi masa dan bagi kenangan best untuk keluarga.. ambik peluang untuk me-time pun ok jugak ni.. rasa suasana beraya di hotel pulak macamana rasanya.. ambik peluang berjalan ke tempat yang cantik dan ambik gambar kenangan banyak-banyak.. tentunya akan jadi lebih seronok sebab takkan raya sorang-sorang dan pastinya akan dihidangkan dengan hidangan hari raya yang bermacam jenis nanti..




Bila kita berjalan atau bercuti atau staycation yang menenangkan ni sekurang-kurangnya dapatlah mengubat hati yang sedang sedih atau mengalihkan sedikit pandangan dari kesedihan.. kedudukan Lexis Hibiscus Port Dickson yang berada di tepi pantai ni tentunya boleh mendamaikan hati sesiapa sahaja yang singgah.. laut tu kan memang boleh beri ketenangan kepada sesiapa pun yang melihatnya.. betul tak? Kalau tak percaya cubalah berehat dan ambil peluang pandang ke laut.. kalau dulu pun masa kami duduk di kawasan tepi pantai memang sangat suka saja-saja untuk pergi dan tengok laut.. rindu dah pandangan laut yang sangat tenang.. tetiba pulak terasa macam nak bercuti dan ambik peluang untuk tatap pandangan laut yang luas.. sambil hadap kolam renang yang menyajikan pandangan laut luas sambil melayan perut dengan ketupat, lemang dan rendang yang terhidang.. pehh.. lain benar raya kali ni.. pastinya akan jadi kenangan zaman-berzaman..



Yang lagi best bila kita tak payah pun nak susah payah memasak semua juadah tu.. semuanya dah terhidang di depan mata menanti untuk kita menjamu selera.. membayangkan pun dah rasa best.. tak payah nak susah payah cari buluh.. tak payah nak susah payah jaga api.. semua tinggal makan je.. korang tak teringin ke?

Ceritaita


 


You Might Also Like

3 Luahan Ikhlas

  1. Twringin nak gi bercuti kat sini . Tempt pun best kan . Bila lah covid akan reda ni

    BalasPadam
  2. Ntah bila.la covid ni nak reda..x sabar nak pi bercuti ni...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini