Happy World Veterinar Day 2021

9:25:00 PG

Assalamualaikum semua, setiap hari dalam setahun sebenarnya ada hari untuk meraikan para veterinarwan yang ada di dalam dunia ni.. tetapi ianya tidaklah diuar-uarkan sangat seperti hari bagi meraikan golongan kerjaya yang lain.. tahun ini ianya juga disambut secara meluas di seluruh dunia.. sana sini orang mengungkapkan Happy World Veterinar Day 2021.. Hari Veterinar Sedunia ni disambut secara umumnya pada setiap Hari Sabtu terakhir di dalam bulan April dalam setiap tahun.. dan secara rasminya hari Sabtu terakhir jatuh pada hari ini 24 April 2021.. 


Happy World Veterinar Day 2021


Sambutan di Malaysia juga tidak terkecuali.. walaupun tidak disambut secara meriah di dalam negara namun ianya ditunjukkan dengan jelas melalui posting yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melalui laman facebook mereka.. korang boleh layari facebook DVS untuk lihat postingnya secara terus.. aku tampalkan juga di sini gambar-gambar berkaitan untuk rujukan..


ucapan dari Ketua Pengarah DVS Malaysia

Sejak aku mula menceburi bidang veterinar ni dulu pun dah sedia maklum dengan persepsi masyarakat dengan kerjaya veterinar.. tapi aku tetap teruskan cita-cita kerana aku tau jiwa aku ada di situ.. biarpun seringkali dilabel sebagai kerjaya yang tak berapa menjamin masa depan berbanding kerjaya lain aku tak berapa kisah sangat pun.. yang penting kita tau peranan dan tujuan kita bekerja.. setiap hari aku tanamkan niat bekerjalah kerana Allah dan untuk kebaikan keluarga dan masyarakat.. insyaAllah akan ada kebaikan ke jalan yang diredhai Allah..


   


Sejarah bagaimana Hari Veterinar Sedunia ini disambut telah bermula pada tahun 1863, bila mana Professor John Gamgee dari Edinburgh yang merupakan tenaga pengajar di Kolej Veterinar telah mengetuai satu kongress antarabangsa yang dipanggil International Veterinary Congress di Jerman. dan pada Kongress ke 8 telah ditubuhkan "Permanent Committe" atau badan tetap yang menguruskan hal berkaitan kongress. Pada Kongress ke 15 pula badan ini akhirnya menyedari keperluan mengadakan satu persatuan tetap bagi para veterinarwan. Akhirnya pada mesyuarat yang diadakan pada tahun 1959 tertubuhnya satu persatuan yang dipanggil World Veterinary Association (WVA).. dan akhirnya pada tahun 2001 wujudnya World Veterinar Day atau Hari Veterinar Sedunia.. 

Persatuan Veterinar Sedunia atau World Veterinary Association sekarang ini dianggotai oleh lebih 70 bangsa di seluruh dunia dengan penyertaan himpunan persatuan veterinar antarabangsa di seluruh dunia.. Pada tahun 2008 pula telah diwujudkan satu anugerah bagi menghargai golongan Veterinarwan yang menyerlah sesuai dengan tema Hari Veterinar Sedunia yang diadakan setiap tahun yang dinamakan World Veterinar Award...Tema tahun ini ialah "The Veterinarian Response to the Covid-19 Crisis" atau dalam Bahasa Melayunya "Tindakbalas Doktor Haiwan Terhadap Krisis Covid-19"..


World Veterinary Day Award 2021

Penyertaan tahun ini masih dibuka dengan kategori 9 anugerah yang akan dinobatkan kepada 6 orang pilihan.. penyertaan masih dibuka sehingga 1 Jun 2021.. teruja juga nak tau siapa yang akan menang anugerah pada tahun ni.. tentunya orang yang banyak menyumbang sesuai dengan tema pada tahun ini.. terus terbayang ahli veterinarwan dari sesetengah negara yang sangat teruk dilanda wabak Covid-19 yang turut sama-sama menyumbangkan tenaga secara sukarela menjadi barisan hadapan sebagai orang yang bertindak sebagai pegawai saringan.. jauhnya aku kalau nak dibandingkan khidmat yang telah diberikan oleh golongan ini.. 

Albert Bourla, Chairman and CEO of Pfizer


Satu lagi yang paling ketara sumbangan veterinarwan dalam Covid-19 ini ialah penghasilan vaksin.. umum tau antara syarikat yang mengeluarkan vaksin ini adalah syarikat Pfizer.. tapi berapa ramai yang tau bahawa Pengerusi dan CEO syarakit ini adalah seorang Veterinarwan? Ya..Albert Bourla adalah seorang veterinarwan.. dia memulakan kerjaya di Pfizer di bahagian kesihatan haiwan pada tahun 1993 di Greece.. cukuplah rasanya cerita pasal ni.. apa yang aku nak jelaskan ialah mengenai sambutan Hari Veterinar Sedunia yang disambut setiap Sabtu terakhir dalam bulan April.. aku tulis supaya aku pun mudah ingat akan tarikh ni..

Ceritaita


You Might Also Like

1 Luahan Ikhlas

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini