Hilangnya Nanggala 402

11:57:00 PTG

Hilangnya Nanggala 402

Assalamualaikum semua, hari ni kita dikhabarkan satu lagi kisah meruntun jiwa di bulan Ramadan yang mulia ini.. bermula dengan kisah kehilangan kapal selam Milik Indonesia yang berusia lebih 40 tahun umurnya.. Hilangnya Nanggala 402.. satu berita yang cukup menyedihkan aku walau aku tak pernah kenal seorang pun dari mereka yang terlibat.. 



sejak berita kehilangan Nanggala 402 aku dengar,  hati tak henti berdoa semoga Allah berikan satu keajaiban.. sama seperti keajaiban wabak Covid19 yang sedang melanda dunia ketika ini.. diberitakan pula kapal Malaysia MV Mega Bakti dikirimkan sebagai salah satu kapal yang akan membantu dalam pencarian.. masa tau berita ni katanya kapal Malaysia akan tiba lokasi pada hari Isnin 26 April 2021.. tapi ternyata.. semangat setiakawan antara dua negara ni nampak utuh bila terima berita MV Mega Bakti telah tiba pada jam 12.30 tengahari 25 April 2021.. sehari awal dari jangkaan.. dapat dibayangkan resah yang dirasa selagi tak tiba membantu apa yang sepatutnya.. 

Kronologi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402

Kedalaman kedudukan KRI Nanggala 402

53 orang awak kapal KRI Nanggala 402



sejak dari semalam apabila Panglima TNI menunjukkan bukti serpihan barangan yang ditemui dipercayai dari kapal selam Nanggala 402 yang hilang itu.. serta merta misi menyelamat telah bertukar kerana status kapal yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai submiss ditukar kepada subsink.. akhirnya misi bertukar kepada misi pencarian dan bawa pulang.. 



dan lebih menyedihkan lagi.. dalam beberapa jam yang lepas Panglima TNI sekali lagi membuat pengumuman yang hilangnya Nanggala 402 adalah kerana kapal selam ini telah tenggelam ke dasar laut di kedalaman 835 meter.. dan telah dibuktikan yang kapal telah terbelah 3 apabila tenggelam ke dasar laut berdasarkan pemerhatian.. dengan itu juga disahkan 53 anak kapal telah terkorban dengan hilangnya Nanggala 402 ini.. ditemukan juga baju keselamatan yang menunjukkan anak kapal sempat memakainya bagi perlindungan diri.. 



satu berita yang bukan saja menyedihkan buat ahli keluarga dan seluruh negara Indonesia.. ianya juga menyedihkan buat kami di Malaysia.. innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga semua pejuang syahid ke jalan Allah.. dan didoakan semoga keluarga mereka yang terlibat dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tiada batasnya.. salam takziah.. 


Berehatlah kamu wahai pejuang.. semoga amal kebaikkanmu diangkat bersama kemuliaan permergianmu.. Rehatlah Nanggala 402 bersama pejuangmu.. 

Ceritaita





You Might Also Like

1 Luahan Ikhlas

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini