Assalamualaikum semua, dah melepasi pertengahan Ramadan dah sekarang ni.. aku lupa nak cerita yang tahun ni merupakan tahun kedua kami berpuasa di negeri Johor.. negeri kelahiranku.. tak pernah terfikir atau termimpi nak dapat peluang bekerja di negeri sendiri.. tetiba dah tahun kedua berpuasa pulak.. rezeki tu memang tak pernah salah alamat kan.. Allah dah atur cantik.. cuma kadang-kadang tak kena dengan apa yang kita rancang.. jadi tu kita jadi susah nak terima setiap aturannya.. begitu juga cerita shah berniaga di bazar Ramadan..
Berniaga di bazar Ramadan BBU |
Tahun pertama berpuasa di Johor terasa lain sebab waktu tu PKP 1.0 tengah dilaksanakan.. masa bulan puasa tu memang susah juga shah nak berniaga.. oh lupa nak bagitau.. shah sejak berhenti kerja sebab sakit belakang ni, dia tumpukan pada urusan anak-anak dan berniaga air balang..dia jual air kelapa laut Man Java.. masa baru berpindah ke Johor aritu terhenti sekejap sebab tempat baru.. kemudian dapat peluang hantar air ke kedai runcit.. kemudian ada juga la sikit-sikit order dari luar yang gunakan runner untuk hantar..
Tapi bulan puasa yang lepas memang dugaan betul.. nak dapatkan stok pati air kelapa laut dari Man Java pun susah..berminggu nak sampai sebab masalah transport.. dan tertangguh juga stok jualan nak hantar ke kedai.. kiranya cukup-cukup je la menampung perbelanjaan kami.. mujur juga masa tu ada moratorium dari bank.. dapat la duitnya tampung perbelanjaan yang lain..
Bulan puasa kali ni pulak berbeza sikit.. shah dapat rezeki masuk bazar Ramadan di tapak Masjid Bandar Baru Uda.. syukur juga.. adalah dugaan kecil masa nak dapat tapak tu.. tapi ada kot hikmahnya.. cuma kali ni dugaan Covid-19 pulak.. kes makin naik jadi SOP diperketatkan.. memula buka tu agak susah la.. kemudian bila dah dipertimbangkan semula, peniaga boleh tarik nafas lega sikit la.. tapi cuaca pulak tak berapa menyebelahi.. musim hujan melanda Johor Bahru ni.. selalu hujan lebat tiba-tiba.. dari tengahari membawa ke petang..
Kadang-kadang tu sampai termenung je tengok hujan.. banyak hari juga shah tak buka gerai.. ada sehari tu langsung tak buka sebab rumah kami naik air.. banjir sekali lagi! kali ni lagi teruk.. abis penuh air dalam dapur.. mujurlah masa tu shah ada kat rumah.. aku masa tu ada kat kampung dengan anak-anak..
Lupa nak cerita.. sejak adik bongsu aku berpindah ikut suami dia aritu aku berulang setiap hujung minggu untuk balik rumah mak dan abah untuk uruskan keperluan yang wajib.. mak abah aku kan dah bertongkat keduanya.. dua-dua dah tak berapa sihat.. mak aku pulak lebih teruk dibandingkan dari abah.. kencing manis mak jadikan tangan kaki mak kebas.. lulut sakit dan susah nak berjalan.. kebanyakan masa mak akan pakai lampin pakai buang untuk memudahkan mak.. rasa sebak pulak bila tulis pasal ni..
Jadi dalam bulan puasa ni shah akan hantar kami balik setiap hari Khamis malam Jumaat dan kemudiannya balik semula pagi Jumaat untuk berniaga pulak di bazar Ramadan petang tu.. nanti shah akan datang pulak ambik kami bila sudah habis berniaga hari Sabtu tu.. kadang-kadang sampai rumah dekat pukul 1 pagi.. pernah juga la terlajak ke 2 pagi.. aku terhutang budi juga dengan shah.. terima kasih bang sebab ada waktu susah senang dengan ita.. ita hargai sangat-sangat apa yang abg buat untuk ita dan anak-anak..
Tak lama dah nak sambut raya pulak kan.. alangkah bagusnya kalau boleh merentas negeri.. rindu nak balik ke Kuantan jenguk rumah di sana yang lama terbiar.. rindu juga nak jumpa mak shah di Pekan.. semoga Covid-19 ni cepatlah berlalu pergi.. cepatlah kita hidup macam dulu balik.. Apapun aku nak tulis ni je.. tolong doakan semoga dipermudahkan urusan shah dan dimurahkan rezeki sepanjang berniaga di bazar Ramadan Bandar Baru Uda tu.. pengalaman berniaga bazar Ramadan di musim covid ni memang sangat menguji dan berharga.. kalau sesiapa free mehlah singgah.. air dijual dalam plastik dan juga botol..
Ceritaita
Allahu.. Semoga terus kuat mengharungi dugaan, semoga ada hikmatnya utk Ita sekeluarga
BalasPadamDahulu pernah tinggal di BBU.
BalasPadamHarap segala dipermudahkan. Amin.
Moha Allah permudahkan urusan dan perlimpahkan rezeki Ita dan Shah sekeluarga..aminn
BalasPadam