Cerita Ita: 2026                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2026

Hari Pertama Sekolah, Putrajaya, Planner Cantik dan Rezeki

  Hari Pertama Sekolah Assalamualaikum semua, hari ni semua kena keluar awal dari rumah. Bak kata Adam malam-malam hari lagi kita dah keluar. Ayat sebenarnya dia nak cakap kami keluar waktu hari masih gelap. Ianya sebab hari ni hari pertama bersekolah di Johor. Ini merupakan tahun kedua anak-anak bersekolah bermula hari Isnin. Nampak anak dah terbiasa juga dengan rutin ni walau dulu Johor mula sekolah pada hari Ahad. Semuanya ceria hari ni walaupun hati aku sedikit gundah sebab tak dapat intai Adam bersekolah pada hari pertama. Alhamdulillah syukur dia baik-baik je hari ni. Mesyuarat di Putrajaya Aku pulak kena bergerak awal sebab nak ke Putrajaya. Ada mesyuarat petang tadi di ibupejabat. Jadi aku kena bergerak awal sebab Shah nak hantar aku ke tempat kerja. Aku sampai tadi dah malam sebab tu dia nak jemput. Jadi tak perlu la aku memandu ke pejabat. Cuma kena bergerak awal serentak dengan anak-anak la. Planner Yang Cantik Kebetulan pulak aku bergerak tadi terlupa nak bawak buku not...

Festival Layang-Layang Sedunia ke 28 di Pasir Gudang 2026

 Fe stival Layang-layang di Pasir Gudang Assalamualaikum semua, kalau sebut pasal festival layang-layang ni. Terus terbayang pelbagai jenis corak dan bentuk layang-layang gergasi yang diterbangkan tinggi di langit. Kami pernah jugaklah pergi ke festival layang-layang ni sekali je dulu. Kena gigih ya nak ke festival ni. Satu sebab kena datang awal untuk dapatkan tempat letak kereta yang dekat. Kedua kena sedia modal banyak sebab jualan dia semua best kat situ. Muzium Layang-Layang Yang jadikan dianya unik dan best ialah pelbagai layang-layang yang diterbangkan tu bukan saja dari Malaysia tapi dari seluruh dunia. Aku pernah jugak pergi Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang ni selain dari musim festival dunia macam ni dulu. Kat situ ada satu muzium layang-layang yang mempamerkan semua jenis layang-layang terutama layang-layang dan wau di Malaysia. Cantik-cantik semuanya. Muziumnya agak luas jugak. Baguslah untuk pengetahuan am anak-anak pasal layang-layang. Promosi Festival Layang-layan...

Adam Dah Naik Sekolah!

Adam dah jadi Abang! Assalamualaikum semua, macam tak percaya je lagi. Anak kami yang bongsu, si Adam dah naik sekolah tahun 2026 ni. Takde lagi dah baby Adam kami. Adam dah jadi Abang! Orientasi Tahun 1 Sekolah Rendah Bulan lepas ada sesi orientasi Tahun 1 di sekolah rendah. Murid-murid dibawa ke keliling sekolah untuk kenal kawasan sekolah, tandas dan kelas mereka. Suka betul dia walau jumpa kawan sekejap je. Tapi ada hal lebih menyedihkan. Aku lupa bawakan beg dan alat tulis dia macam yang cikgu pesan. Ia adalah tragedi untuk mak-mak ok.. lagi la bila ianya berlaku pada anak yang terakhir sekali melangkah ke alam persekolahan. "Jammed" la bila fikir.. anak aku sorang je ke yang tak bawak? Kekal Tenang Tapi alhamdulillah, Adam anak yang baik dan bijak. Dia tetap kekal tenang je. Aku berkali-kali la mintak maaf. Dia kata takpe je.. Adam tau ummi terlupa. Adam ok je.. adam pinjam kaler kawan Adam. Syukurlah dia sangat pandai menyesuaikan diri. MUS di Darjah 1 Sekolah Agama Jo...