Setahun Sudah Mak Kembali - Cerita Ita                                                             Setahun Sudah Mak Kembali Langkau ke kandungan utama

Setahun Sudah Mak Kembali

Genap Setahun Berlalu

Assalamualaikum semua, tahun ni mood berblog semakin menjauh. Mungkin sebab kekangan emosi dalam diri aku sendiri. Kalau dulu aku selalu merasa kuat. Sekarang ni bila diuji aku rasa terlalu rapuh. Mungkin juga sebab usia makin bertambah... entahlah... yang pasti selepas genap setahun semuanya berlalu, aku makin rasa kosong.



05.08.2025

Selamanya tarikh ini akan menjadi tarikh keramat dalam hidup. Mak kembali kepada penciptaNya. Juga pencipta kita semua. Nak menulis terasa sangat berat. Memang rasa separuh nyawaku hilang. Kerana selama ni maklah tempat aku bercerita, mengadu walau dalam banyak ketika mak cuma mampu mendengar tanpa ulasan apa pun.


Bulan Julai hingga Ogos setiap tahun sentiasa akan berada dalam ingatan kami sekeluarga. Bermula dari mak dimasukkan ke wad hinggalah kehilangan mak buat selamanya.

Gambar selfie terakhir dengan mak masa mak sakit


Alhamdulillah kami semua adik-beradik berjaya sempurnakan jenazah mak dari memandikan sehinggalah dikafankan dan dikebumikan. Syukur ya Allah kerana Kau beri kami kesempatan ini. Kesempatan yang tak mungkin kami sia-siakan. Lembut badan mak macam mak tengah tidur je waktu kami selesaikan sehingga ke liang lahad. 

Gambar terakhir bersama mak

Setahun Berlalu

Rindu pada mak tak pernah hilang, walau apa jua angah cuba buat mak. Lagi la bila ada orang yang berbuat tak baik pada angah, terus ingatan pada mak memang tak berhenti. Masa mak ada dulu mak selalu menyabarkan angah. Angah memang tak akan pernah ada kesabaran yang tinggi macam mak. Takkan pernah.

Insan Penyabar

Mak insan paling penyabar yang angah kenal dalam hidup. Penyabar dan taat pada suami. Angah susah betul nak ikut teladan mak yang ini. Mak pun tau kan, anak mak ni paling kuat melawan. Sampai mak selalu pesan, sabar... diam je kalau rasa nak lawan. Jangan diikutkan rasa nak melawan tu. 

Doa buat Mak

Angah dah tak mampu nak teruskan menulis lagi mak, akan akan selalu selitkan doa buat Mak di sana. Semoga Allah ampuni semua dosa-dosa mak, angkat darjat mak di sisi orang-orang yang beriman, jauhi mak dari seksaan kubur dan api neraka. Dan Allah kasihi mak sebagaimana mak mengasihi angah sewaktu angah masih kecil... amin..

Cerita Ita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA : Ben Ashaari

salam, join segmen lagi...boring dah ke? kalau boring korang skip je dan baca entry lain ye... segmen ni senang rugi tak join... memula dia suruh letak header... pastu dia suruh letak tajuk...siap! nak join jugak? leh gi SINI