Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Perjuangan baru bermula!

Imej
assalamualaikum semua, untuk tahun bermacam perancangan kami buat.. ianya perlu untuk keluarga kami...untuk pembangunan sahsiah anak-anak dan jugak untuk perancangan kewangan yang lebih sempurna...inshaaAllah.. semoga Allah permudahkan usaha kami..amin.. p/s kena hantar cepat..dengarnya cuma tinggal 15 je kekosongan..

17 CPUV Nuffnang?

assalamualaikum semua, walau lama tak bersiaran dan jarang-jarang bersiaran...tapi alhamdulillah..rezeki masih ada..tq nuffnang.. takde gambar nak disertakan ok..karang korang kata aku riak pulak.. ;p harap maaf bagi yang tinggal komen tapi tak berjawab..line sangat tak membantu..ditambah pulak dengan guna hp je ni...super lembab ok.. p/s eh...apa ke hal yg aku update blog pepagi buta ni...tido la ita wei... #saya ada anak kecik..harap maklum ok..

Roti oo roti..

Imej
assalamualaikum semua, kejap je rasa masa cuti dah makin habis..ala tak best betul la rasa.. semalam aku sempat buat roti.. sebenarnya dah bape kali dah buat..kemaruk makan roti buatan sendiri sekarang ni..aritu buat roti biasa..pastu roti sarang lebah..pastu semalam try roti manis belang-belang..haha.. resepi dia mudah je..tak mudah aku memang tak buat.. Resepi Roti Bahan-bahan 3 1/2 sudu teh yis serbuk (aku guna sebungkus  mauripan) 1 biji telur 1/4 air suam 1 1/2 cawan  susu uht 1 sudu teh garam 1/3 butter / marjerin ( aku guna shortening ) 1/2 cawan gula kastor ( aku lebihkan sikit jadi 2/3 cawan ) 5 cawan  tepung Cara-cara 1. rendam yis dalam air suam selama 5 minit sampai berbuih 2. campur semua bahan cair dulu sebatikan dan kemudian campurkan tepung 3. uli sampai doh tak melekat ke tangan sangat dalam lebih kurang 15-20 minit 4. tutup mangkuk doh bagi naik 2 kali ganda ( dalam 45 minit - 1 jam ) 5. tumbuk - tu

Exam bermula!

assalamualaikum semua, hari ni abg long hadapi exam hari pertama...keliru dia baca jadual exam untuk hari selasa tapi aku suruh dia baca untuk hari isnin..alahai anak...bape kali nak kena ulang..kan cuti semalam? semalam aku tanya dia.. aku : abg long .. rasanya boleh tak jawab soalan esok ni ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau .. aku : kalau soalan susah macamana ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau la ... aku : ....( manjang tak taunya ) pastu pagi tadi ada lagi.. abg long : ummi .. hari ni ada bahasa inggeris la .. aku : ye la petang .. abg long : saya tak pandai la bahasa inggeris aku : abis tu rasanya boleh jawab tak ni ? abg long : entahlah saya tak tau ... saya cuba je la .. aku : cuba je la .. patut aku sambung ayat tu..tapi aku tak sambung sebab sibuk bercakap dengan abg ngah pulak tadi..alahai anak..harapnya jangan la lunturkan semangat dia hari ni... ummi sentiasa doakan yang terbaik un

Piala Malaysia : Pahang vs JDT : Pahang Juara

Imej
semalam kecoh sana sini pasal bola.. dan aku tengok gak masa masa tambahan dan penalti tu.. pahang menang dengan penalti 5-3..tahniah pahang.. dan paling best pahang dapat cuti peristiwa untuk isnin ni..tapi aku pening sebab abg long ada peperiksaan esok..jadi ke tangguh la kan? anggap gitu je la... sibuk-sibuk orang cerita bola..ada kisah lain lagi...che ta atau rozita che wan selamat lahirkan anak yang sangat-sangat comel ok..tak pernah jumpa budak baru lahir comel gitu..kalau aku ngandung kompom nak tengok hari-hari gambo anak dia bg kenan..hahaha... tapi tengok si hadi comel ni pun dah cukup tenang dan bersyukur rasa hati..alhamdulillah.. p/s saya org johor tp secara jujurnya saya menyokong phg mlm ni..bukan kerana semangat kenegerian saya telah hilang..saya masih tetap dengan sambal kicap dan mee siput saya..cuma tak bape gemor dgn keegoan setengah org yg makin tinggi.. Majulah sukan untuk negara..

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus