Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Piala Malaysia : Pahang vs JDT : Pahang Juara

semalam kecoh sana sini pasal bola..
dan aku tengok gak masa masa tambahan dan penalti tu.. pahang menang dengan penalti 5-3..tahniah pahang..

dan paling best pahang dapat cuti peristiwa untuk isnin ni..tapi aku pening sebab abg long ada peperiksaan esok..jadi ke tangguh la kan? anggap gitu je la...

sibuk-sibuk orang cerita bola..ada kisah lain lagi...che ta atau rozita che wan selamat lahirkan anak yang sangat-sangat comel ok..tak pernah jumpa budak baru lahir comel gitu..kalau aku ngandung kompom nak tengok hari-hari gambo anak dia bg kenan..hahaha...

tapi tengok si hadi comel ni pun dah cukup tenang dan bersyukur rasa hati..alhamdulillah..

p/s saya org johor tp secara jujurnya saya menyokong phg mlm ni..bukan kerana semangat kenegerian saya telah hilang..saya masih tetap dengan sambal kicap dan mee siput saya..cuma tak bape gemor dgn keegoan setengah org yg makin tinggi.. Majulah sukan untuk negara..

Ulasan

  1. kalau pahang isytihar cuti, spm macam mana ek? hehe saya org nogori, tapi support johor.. hahaha tapi x tgk pun match

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus