Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Kerana bekal cantik BON 900 Cafe aku tergoda!

Imej
 Assalamualaikum semua, hari ni aku masih cuti dan masih berada di kampung.. ada urusan keluarga yang perlu diuruskan.. esok akan naik kerja insyaAllah.. adalah harinya yang aku akan berulang dari Kluang ke Johor Bahru buat masa ni.. bukan hal ni aku nak ceritakan pun tapi kisah makanan.. ye la.. Ceritaita dan makanan kan temanya berpisah tiada.. hahaha.. kali ni aku nak cerita pasal kerana bekal cantik BON 900 Cafe aku tergoda.. haa gitu tajuknya..  Kerana bekal cantik BON 900 Cafe aku tergoda!  macamana aku boleh tergoda dan terjebak ni? macam ni la bila selalu lalu lebuhraya bila nak balik rumah mak abah.. selalu la tersinggah hentian yang ada di sepanjang laluan yang ada.. satu hari tu tersinggah di Hentian Sebelah Kulai yang menghala ke selatan.. terpandang la pulak iklan kat BON 900 Cafe tu.. kaler mengancam tau.. kuning diraja.. huhu.. terus terpikat la yang memandang..  apa lagi aku pun intai la apa yang ada.. BON 900 Cafe ni menghidangkan menu ala-ala Cafe atau warung la bagi

Hadiah harijadi untuk isteri?

Imej
Assalamualaikum semua, baca tajuk pun mesti boleh jadi kontroversi kan? perlu ke bagi hadiah harijadi untuk isteri? perlu ke hadiah harijadi untuk perempuan yang bergelar isteri ni? mesti akan ada je pertanyaan macam ni nanti.. percayalah.. sebenarnya pendapat aku sangatlah bagus amalan memberi hadiah buat isteri atau anak-anak.. kalau dalam Islam pun memang disarankan kita bagi hadiah kepada keluarga terdekat dulu baru diberikan kepada orang lain.. jadi siapa lagi kalau keluarga terdekat kalau bukan isteri dan anak-anak kan? ada la jugak ibubapa dan adik beradik.. itu buat sesiapa yang belum mempunyai keluarga sendiri.. Hadiah Harijadi Untuk Isteri  sebenarnya ramai je orang yang menulis cadangan hadiah harijadi untuk isteri ni.. eh menarik jugak kalau aku senaraikan apa hadiah yang sesuai kenapa aku tetiba je mengeluarkan isu hadiah harijadi untuk isteri ni kan.. sebabnya nak bagitau je yang aku dapat hadiah hari lahir dari suami sendiri.. cerita bulan 1 aritu pun.. dah 3 bulan baru

Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia

Imej
Assalamualaikum semua, ada sesiapa yang follow instagram dan facebook aku kat sini? kalau ada korang mesti perasan hari tu aku ada muatnaik gambar di Instagram dan Facebook pasal buku reka bentuk dalaman kan? ala buku reka bentuk dalaman yang kini boleh dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.. haa ada la tu yang nak cakap tak percaya.. ala korang baca la dulu.. sebab aku yakin ianya bermanfaat terutama buat korang yang berhajat nak ubahsuai rumah dari reka bentuk sedia ada tu     Cabaran membina IDW Ala aku malas nak cerita panjang merepek sebab nak masukkan cerita best yang sebenar ni.. Mula- mula aku nak ceritakan macamana kisah awal buku reka bentuk dalaman IDW yang aku tunjuk dalam gambar ni dihasilkan dulu la.. Korang patut tau sebenarnya syarikat IDW atau nama penuhnya IDW Design & Build (IDW) ni dimulakan oleh satu pasangan iaitu Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah pada tahun 2007, pada ketika ni kedua-duanya baru berusia 21 tahun.. kagum ok.. aku masa umur 21 tahun masih lagi m

Hadiah istimewa buat blog Ceritaita

Imej
Hadiah istimewa buat blog Ceritaita Assalamualaikum semua,  bulan ni tetiba je aku rasa nak bagi hadiah istimewa buat blog Ceritaita.. mulanya terfikir apa kata kalau aku buat rupa baru kat blog ni kalau jumlah pengunjung dah cecah ke 3 juta pengunjung.. dan kat situlah muncul idea nak tukar template blog dan cari warna baru buat aura baru kan.. mana la tau..  template blog baru.. lebih bertenaga la kan..  salah satu sebab aku terasa juga jumlah pengunjung agak berkurangan.. mungkin sebab template blog yang aku guna tu ialah template blog yang agak dah lama.. yang tu aku tukar pada tahun 2015 atau 2017 kalau tak salah.. kiranya macam serentak dengan bersempena Ceritaita ada domain blog sendiri.. masa tu tak terfikir pun nak guna warna pink.. aku ambik memana template yang aku rasa cantik dan suka tengok je.. masa tu kira cantik sangatlah siap dengan gambar yang ada slide-slide bergerak.. bila lama sikit aku rasa macam dah tak sesuai dah dengan umur aku template blog sebegitu.. aku min

Makanan Halal di Ipoh - 5 Restoran Terbaik Yang Harus Dikunjungi

Imej
Assalamualaikum semua, Ipoh adalah destinasi yang agak tidak diketahui di Negeri Perak antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tetapi jumlah pelancong terus bertambah untuk bangunan kolonialnya, warisan budaya dan pemandangan sekeliling. Ipoh banyak dengan gua-gua.  Di Ipoh ini juga sangat banyak tempat makan yang menarik dan di sini akan di kongsikan beberapa restoran makanan terbaik berstatus halal yang harus dikunjungi.  1. Restoran Pakeeza  Mengkhusus kan diri dalam masakan India Utara, ini adalah restoran keluarga yang disahkan Halal di Ipoh. Pakeeza menyajikan makanan India dan Pakistan yang lazat dan pedas. Antara menu yang menjadi pilihan ramai di sini adalah Naan Kashmir dan Mutton Vindaloo.  Pakeeza banyak menggunakan campuran rempah India yang sempurna untuk menu-menu mereka.  Jangan risau kerana Pakeeza menawarkan makanan dengan harga yang berpatutan. Mereka juga mempunyai set makanan Biryani daging lembu dan kambing yang disajikan dengan kari pekat. Jangan lupa untuk merasai

Resepi Burnt Cheese Cake Sedap

Imej
Resepi Burnt Cheese Cake Sedap Assalamualaikum semua, kami baru je selesai adakan majlis besar kat rumah mak abah aku kat kampung aritu.. lama dah takde kenduri besar terasa betul penatnya macam lepas membanting tulang kat ladang agaknya.. berbuah betis ni rasanya.. tapi nantilah kita cerita pasal kenduri.. kita nak cerita pasal resepi dulu ni..pasal resepi Burnt Cheese Cake..  Resepi Burnt Cheese Cake  Aritu masa sibuk viral aku tak terbuat jugak.. tapi sebab dah ada gajet baru.. eh lupa nak tulis pasal gajet baru.. nanti ya kita cerita.. sibuk benar rasanya sejak akhir-akhir ni.. tambah pulak makin berusia ni, makin cepat rasa penat.. mehlah kita cerita pasal resepi Kek keju terbakar ni.. haha..  Pada aku resepinya senang dan sangat ringkas.. tapi bahan dia tu je la.. agak mahal harganya.. macam aku ni pun aku beli yang dalam kuantiti besar.. yang 2 kilo terus.. jadi dapat la buat banyak kali.. maklumlah mak anak ramai macam ni la.. meh la kita tunjuk resepinya..  Resepi Burnt Cheese

Adab Dalam Berniaga

Imej
assalamualaikum semua, baru-baru ni aku terkejut bila dimasukkan ke dalam satu group jualan pakaian di telegram.. pelik juga bila terfikir aku tak pernah pun minta dimasukkan ke dalam group sebegini.. sebab itulah terasa nak tulis pasal adab dalam berniaga.  Adab dalam berniaga Kebetulan waktu tu ada seseorang yang mesej di dalam group yang sama.. menegur tindakan admin memasukkan semua contact number ke dalam group tanpa kebenaran tuan punya nombor.. sedikit sebanyak aku setuju dengan teguran.. cuma aku selalunya ambik pendekatan 'left group' tanpa kata-kata.. begitulah aku buat dalam group tu jugak..  telegram tu pun aku gunakan untuk group sekolah anak-anak dan ilmu online sahaja.. faham-faham je la bila ramai anak ni.. group pun banyak jugak.. bila dimasukkan ke dalam group sebegini sebenarnya agak menganggu jugak..  aku akui aku ada jugak join group jualan lain tapi itu di atas kerelaan aku sendiri.. admin tu guna cara yang aku tulis di bawah dan yang dah ada dalam group s

Zipping into More Chocolate and Better Wafer with Cadbury

Imej
  Zipping into More Chocolate and Better Wafer with Cadbury Assalamualaikum semua, Cadbury Malaysia, under the global food company MondelÄ“z International, has launched its all-new Cadbury Zip. This delightful snack comes with an improved, mouth-watering new recipe as part of the brand’s strategy to refine their line of products.  With Malaysians staying at home for most parts of the day due to current circumstances, these sticks of goodness can be enjoyed by everyone in the family, used in dessert recipes or even served as the perfect tea time snack to have with friends over Zoom to Zip through dull moments.   So what’s different with this new Cadbury Zip as compared to its predecessor? The original chocolate base is now replaced with Malaysia’s favourite smooth & creamy Cadbury Dairy Milk. It is also enhanced with 20% more chocolate than before as the new recipe ensures every bite is packed with chocolatey goodness. Not stopping there, Cadbury also developed a recipe to ensure th

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus