Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia - Cerita Ita                                                             Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia Langkau ke kandungan utama

Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia

Assalamualaikum semua, ada sesiapa yang follow instagram dan facebook aku kat sini? kalau ada korang mesti perasan hari tu aku ada muatnaik gambar di Instagram dan Facebook pasal buku reka bentuk dalaman kan? ala buku reka bentuk dalaman yang kini boleh dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.. haa ada la tu yang nak cakap tak percaya.. ala korang baca la dulu.. sebab aku yakin ianya bermanfaat terutama buat korang yang berhajat nak ubahsuai rumah dari reka bentuk sedia ada tu  

 


Cabaran membina IDW

Ala aku malas nak cerita panjang merepek sebab nak masukkan cerita best yang sebenar ni.. Mula- mula aku nak ceritakan macamana kisah awal buku reka bentuk dalaman IDW yang aku tunjuk dalam gambar ni dihasilkan dulu la.. Korang patut tau sebenarnya syarikat IDW atau nama penuhnya IDW Design & Build (IDW) ni dimulakan oleh satu pasangan iaitu Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah pada tahun 2007, pada ketika ni kedua-duanya baru berusia 21 tahun.. kagum ok.. aku masa umur 21 tahun masih lagi meneruskan perjuangan di universiti.. Mereka ni pun baru je menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam..

2 insan penting dalam penubuhan IDW


Pada aku penubuhan syarikat ni pun agak menarik.. penubuhan syarikat mereka didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1 juta.. hebat kan.. dalam usia yang begitu muda.. bila mencecah usia 23 tahun pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70,000.. projek ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.. tapi seperti perniagaan lain jugak.. bukan hanya mendapat kejayaan manis sahaja.. disebabkan oleh faktor umur dan pengalaman mereka, pasangan ini juga seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.. 

Tapi betul la kata orang kegagalan sebenarnya bukanlah titik akhir sebaliknya ianya adalah pembuka peluang kejayaan di masa hadapan.. pasangan ini bertekad menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan kemudiannya ke peringkat Sarjana.. tapi dalam masa yang sama mereka tetap menguruskan perniagaan IDW ini.. Di dalam pengajian juga mereka diuji, Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen semasa dalam pembelajaran..

Masih berdepan dengan masalah kontraktor yang suka mengambil kesempatan akhirnya menyebabkan pasangan ini terpaksa menanggung kerugian.. Mereka bagaimanapun terus bertekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 setelah bersama-sama mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan..

 
IDW Design & Build Sdn Bhd

Tragedi Kebakaran

Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 merupakan pengalaman ngeri yang akhirnya membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW.. Ini adalah kerana dalam kejadian itu, rumah penginapan yang diduduki oleh mereka sekeluarga ketika percutian keluarga telah hangus dijilat api serta hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarganya.. Bertitik tolak dari tragedi ini, pasangan ini menjadikannya sebagai 'push factor' untuk mereka cekal dalam mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW.. Mereka bertekad untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman yang cantik dan juga sempurna..


Fenomena COVID

Umum telah tau, tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus Covid.. akibatnya seluruh negara berhadapan dengan arahan 'total lock down' dan semua individu diarahkan untuk hanya duduk di rumah.. berbekalkan dengan sikap sentiasa bersedia mendepani apa jua cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.. 

Sasaran utama mereka untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.. Peluang menyebelahi mereka juga, disebabkan arahan kawalan pergerakan memyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman yang lebih selesa dan tidak membosankan.. kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.. 'New Normal' ini mencetuskan inspirasi kepada IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian melalui penerbitan Design Collection.. haa buku ni la yang aku tunjuk gambarnya di facebook dan Instagram tu..





Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan.. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati citarasa pelanggan, membuktikan setiap perlaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenalpasti citarasa dan rekaan yang berkualiti.. 

Disebabkan harga yang ditawarkan untuk servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6,000.. ianya kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.. oleh itu dengan adanya penerbitan buku IDW Design Collection, IDW yakin boleh membantu merealisasikan impian ramai pemilik kediaman dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.. Buku ini menawarkan sehingga 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi..
 



Secara peribadinya pendapat aku yang dah baca dan tengok setiap helaian dalam buku Design Collection ini, aku memang rasa ianya sangat membantu pemilik kediaman memilih reka bentuk dalaman yang sesuai dengan citarasa dan mengambil tau juga kesesuaian dengan saiz ruang kediaman.. sebab dalam buku ni setiap reka bentuk yang ada telah disediakan ukuran yang jelas dan mudah difahami.. 




aku nak kongsikan la kenapa buku macam ni perlu untuk membuka mata pemilik serta dapat berinteraksi dengan mudah dengan kontraktor yang akan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian.. dulu ada seorang kawan aku ni.. dia nak buat ubahsuai dalaman rumah dia.. bila dah siap lukis pelan sesuai dengan citarasa dia, akhirnya kontraktor kata reka bentuk yang dia pilih tu tak sesuai disebabkan saiz ukuran ruang kediaman rumah dia.. kemudian dalam masa terdesak dia diminta memilih reka bentuk yang akhirnya tidak kena dengan citarasa dia.. 

agak tak seronok la bila duduk dalam rumah yang reka bentuknya bukan menepati citarasa yang pemilik mahukan.. sebab tu aku kata dengan adanya buku Design Collection ni tentunya dapat membantu pemilik kediaman.. terutama mereka yang sebelum ini belum pernah terlintas reka bentuk bagaimana yang menjadi citarasa mereka.. sekurang-kurangnya dengan melihat 200 reka bentuk yang disediakan di dalam buku ini akan memberikan lebih cetusan idea kepada pemilik.. betul tak?




lebih lagi pulak buku ni ada juga mengandungi setiap jenis ruangan rumah kediaman.. dah dibahagi sesiapa ikut ruang tamu, bilik tidur,  ruang makan, ruangan laundry.. sampaikan ruangan solat juga diselitkan dalam 200 reka bentuk yang ada dalam buku ni.. jadi korang cuma tinggal pilih je reka bentuk yang mana yang korang nak je.. 




kalau korang nakkan info lanjut mengenai buku Design Collection serta maklumat lanjut dari IDW boleh dapatkan melalui channel di bawah ni..

Instagram : IDW Design & Build

Ceritaita






Ulasan

  1. suka tgok id hias-hias ni.. kdng tu tak dek akal mcm mana dapt idea design macam tu.. suka tgok

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat