Resepi Burnt Cheese Cake Sedap

10:49:00 PTG

Assalamualaikum semua, kami baru je selesai adakan majlis besar kat rumah mak abah aku kat kampung aritu.. lama dah takde kenduri besar terasa betul penatnya macam lepas membanting tulang kat ladang agaknya.. berbuah betis ni rasanya.. tapi nantilah kita cerita pasal kenduri.. kita nak cerita pasal resepi dulu ni..pasal resepi Burnt Cheese Cake.. 

burned cheese cake airfryer
Resepi Burnt Cheese Cake 


Aritu masa sibuk viral aku tak terbuat jugak.. tapi sebab dah ada gajet baru.. eh lupa nak tulis pasal gajet baru.. nanti ya kita cerita.. sibuk benar rasanya sejak akhir-akhir ni.. tambah pulak makin berusia ni, makin cepat rasa penat.. mehlah kita cerita pasal resepi Kek keju terbakar ni.. haha.. 


Pada aku resepinya senang dan sangat ringkas.. tapi bahan dia tu je la.. agak mahal harganya.. macam aku ni pun aku beli yang dalam kuantiti besar.. yang 2 kilo terus.. jadi dapat la buat banyak kali.. maklumlah mak anak ramai macam ni la.. meh la kita tunjuk resepinya.. 


Resepi Burnt Cheese Cake


Bahan-bahan


250 gram Cream cheese 

1/2 cawan whipping cream (label merah) 

1/2 cawan gula (aku guna gula castor) 

3 biji telur ayam 

2 sudu besar penuh tepung gandum

1 sudu besar jus lemon (aku ganti pati oren sunquick) 

1 sudu teh esen vanilla


bahan-bahan dia



Cara-cara


1. Kisarkan semua bahan dalam mesin pengisar. (Aku guna blender je) 

2. Sediakan loyang bersaiz 6 inci yang dah siap dialaskan dengan kertas pembakar.

3. Tuangkan kesemua adunan dalam loyang. 

4. Bakar pada suhu 180 darjah celsius untuk 30 minit. (aku guna Airfryer jadinya aku set masa 160  darjah celsius untuk 30 minit lepas tu tambah masa 10 minit lagi untuk 180 darjah celsius.)

5. Biarkan sejuk dan dah boleh potong dan hidangkan. 

tengoklah dia punya senyum tu.. 


senang kan resepi Burnt Cheese Cake ni kan.. kek ni sedap kalau korang makan sejuk-sejuk keluar dari peti sejuk tau.. kalau kat rumah ni memang sekelip mata je la anak-anak habiskan.. kegemaran abg chik dengan si super Adam ni.. sebiji tu diorang berdua je boleh habiskan.. 

Ini yang aku bawak balik kampung baru ni.. 


Aku suka guna airfryer nak masak kek ni.. dia mudah sejuk dan boleh masak kek dengan cepat.. mudah jugak nak guna banding oven.. korang patut cuba tau.. resepi ni terbukti sedap.. lembut dan cair dalam mulut.. 


Ceritaita




You Might Also Like

3 Luahan Ikhlas

  1. sedapnya ita oii.. nampak gebus tu.. gadjet apa tu.. oven ke air fryer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku guna airfryer adda.. meh la try.. aku rasa guna oven pun boleh

      Padam
  2. tengok pun nampak sedap haa

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini