Hadiah harijadi untuk isteri?

12:55:00 PG

Assalamualaikum semua, baca tajuk pun mesti boleh jadi kontroversi kan? perlu ke bagi hadiah harijadi untuk isteri? perlu ke hadiah harijadi untuk perempuan yang bergelar isteri ni? mesti akan ada je pertanyaan macam ni nanti.. percayalah.. sebenarnya pendapat aku sangatlah bagus amalan memberi hadiah buat isteri atau anak-anak.. kalau dalam Islam pun memang disarankan kita bagi hadiah kepada keluarga terdekat dulu baru diberikan kepada orang lain.. jadi siapa lagi kalau keluarga terdekat kalau bukan isteri dan anak-anak kan? ada la jugak ibubapa dan adik beradik.. itu buat sesiapa yang belum mempunyai keluarga sendiri..

Hadiah Harijadi Untuk Isteri 


sebenarnya ramai je orang yang menulis cadangan hadiah harijadi untuk isteri ni.. eh menarik jugak kalau aku senaraikan apa hadiah yang sesuai kenapa aku tetiba je mengeluarkan isu hadiah harijadi untuk isteri ni kan.. sebabnya nak bagitau je yang aku dapat hadiah hari lahir dari suami sendiri.. cerita bulan 1 aritu pun.. dah 3 bulan baru sempat cerita.. 

bukan hadiah yang mahal sangat pun atau berjenama tapi aku bersyukur sangat tau dapat hadiah ni.. walaupun hakikatnya aku cuma bawak beg pasar je ke tempat kerja hari-hari sejak arena Covid-19 bermula ni tapi aku sangat hargai hadiah yang diberi kepada seorang isteri ni.. terima kasih bang atas hadiah yang diberi.. semoga Allah terus murahkan rezeki abg seumpama air zam-zam yang tak pernah putus.. amin.. 

Ceritaita




You Might Also Like

2 Luahan Ikhlas

  1. Alhamdulillah cantik beg itu. Pemberian ikhlas dan tidak dijangka yang buat kita terharu.

    BalasPadam
  2. walau sekecil hadiah pun tetntu kita akan hargai kan.. tanda ingatan dan kasih sayang.. hadiah peck kat pipi pun dah cukup

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini