"Dia r*gol-r*gol saya..." - Cerita Ita                                                             "Dia r*gol-r*gol saya..." Langkau ke kandungan utama

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua,

alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada....

tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu?

kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau...
sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU....adoiiii la...

apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii....

nak tau lanjut? ok meh aku cite...

ceritanya gini....

semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam...

dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh bahu ummi kau ni nak... memang sebijik rupa bibik la kalau shah lepas tangan je... dengan baju kerja serebeh-serebeh... anak lak berderet-deret..hish... tak leh bayang la...ok sila jangan bayang ok...mujur la shah tak lepas tangan....hehehe...

ok...ok....kita sambung cerita...

lepas tu semalam entah angin apa ntah kakak husna tetiba taknak pegang tangan aku...dia kata nak abg long pegang...jadi secara automatiknya aku pun pegang je la tangan abg long... tetiba....

abg long : aduh...tangan saya ni sakit la ummi..cuba ummi tengok...luka tau...siap darah-darah tadi tau....

aku : (tengok sekali imbas sambil nak jalan...sambil pikir anak aku ni berlakon kot kan)...hmmmm...luka kena apa pulak ni?

abg long : ada kawan saya tadi ...(dia sebut nama... aidil ke irfan ke aiman ntah ek semalam..nanti aku confirm balik ) dia nak r*gol-r*gol saya...


wah.....kalau korang la jadi aku apa reaksi?

aku tentulah terperanjat beruk ok... mana la pulak belajor perkataan bebukan ni....

ok sambung reaksi aku pulak...

aku : apa? hish... siapa yang cakap r*gol-r*gol ni? abg long tau tak apa r*gol tu?

abg long : saya tak cakap la ummi... kawan saya (again..dia sebut nama) yang cakap...dia nak r*gol-r*gol saya...

aku : abis kawan abg long tau ke apa r*gol tu?

abg long : entah..tak tau kot...saya cakap la saya bukan perempuan kan ummi...?

aku : aah... dia buat macamana abg long?

abg long : dia gosok-gosok dia punya k*n*k (XXX) dia kat saya la ummi...saya tengah diri tiba-tiba dia gosok-gosok macam ni.. (siap gaya ok)...

*aku kena tambah sebelum orang salah faham..takde adegan bukak zip ye..yang kena tangan tu zip tertutup...mungkin kena kepala zip..

aku : aduhai..abis tu abg long tak marah dia ke?

abg long : saya dah tolak dia ummi... tu yang luka tangan saya kena zip seluar dia tu...

aku : abis tu abg long tak marah ke?

abg long : dah ummi dia cakap saya bodoh...babi pulak...

aku : Allah... abis tak cakap dengan cikgu transit ke?

abg long : dah ummi...

aku : abis cikgu cakap apa?

abg long : tak cakap apa pun...(sedih je muka dia ko...aku rasa cikgu tak perasan kot dia mengadu...)


reaksi aku yang lain... terus aku cakap kat dia...lainkali orang buat macam tu abg long tumbuk je muka dia....hahaha...jahat tak aku sebagai mak?

cabaran betul budak-budak zaman sekarang ni...ini anak yang nak bukak mulut dan cerita...kalau anak-anak yang senyap?.....hari-hari doa supaya Allah jaga kami serta keluarga kami dimana sahaja kami berada...amin..

so kalau korang buat apa pulak?

*buat pengetahuan korang aku pernah cakap apa itu r*gol bila abg long tanya kat rumah masa tengah tengok drama gerak khas...aku jawab r*gol tu kerja orang lelaki jahat pada orang perempuan...jadi aku agak dia ingat kot...



p/s berangan nak open order untuk brownies kedut mini pack la.....agak2 ada yang berminat tak ye? ehem...mood meniaga datang lagi....


Ulasan

  1. Aduhai... memang nak pengsan akak baca entri ita ni...
    Takut lah anak buat macam tu..
    Siap buka zip tu lagi ye...
    Kalau akak suruh cikgu dia adukan pada ibubapanya..
    Sekurang2 nya ibubapa dia tahu perangai anak dia tu..
    Kekadang ibubapa tak tahu.. tapi budak2 sekarang tengok pada internet kot..
    tu yg bahaya kalau tak dikawal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak...kami nak tanya cikgu tadi tak sempat sebab dah lambat..minggu depan insyaAllah..

      Padam
  2. Ya Allah... seriaunya baca... harap2 anak2 saya kat sekolah tau la adabnya... takutnya la hai... hari tu pun kakak ipar saya ada cerita, katanya kalau duduk transit/nursery, dorang mandikan budak lelaki dan perempuan sama2... mandi bogel tau.. ada 2/3 budak laki kecik ni dok gesel2 dia punya "tut" kat budak2 perempuan... :'( sedih dgr... patutnya org dewasa mcm kita kena lebih prihatin pd benda2 macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah doa yang baik2 buat anak2 sentiasa...alhamdulillah setakat ni kat transit anak ni mandi bergilir..

      Padam
  3. ya allah.. bgtau abg long jgn kwn dgn budak tu. kena jauhkan diri dari dia. lain mcm bunyinya tu ita

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. tapi susah jugak nak pantau anak2 bila di luar kawalan kita..

      Padam
  4. mak aii... kecik2 lagi dah pandai buat aksi2 lucah macam tu,. dah la kita ni ada anak dara. berderau boleh luruh jantung mak ni nak

    BalasPadam
  5. Sebagai ibu sy pun prnah dengar ank sy punye cerite..versi die mmg same dn sy pun arahkan begitu jgk..klw tak smpat bgtau cikgu tumbuk muke die pastu lari dptkn cikgu then bgtau knape tbuk bdk tu..kene ajar untk mprtahankan dr jgk untk ank2 ni..

    BalasPadam
  6. kuss semangat .... habis tu macamana ? budak tu buat laki ke kat abang long ?

    BalasPadam
  7. macam2 kan budak skrg., mesti selalu tgk youtube lucah nih., huhu2

    BalasPadam
  8. Mak pun risau. Anak Mak semua lelaki, pening juga nak melayan perangai diorang setiap hari. TV dengan youtube memang tak bagi buka, kita subscribekan Durioo+ je untuk budak-budak. Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk anak-anak kita ya.

    BalasPadam
  9. Uit..syeram!!! Kena menjauhkan diri Dari kawan gitu...

    Kak..open order ke tu..hehe

    BalasPadam
  10. Allahu..memang terkejut la bila dgr anak kecil ckp perkataan tu kan...adoi la... berderau kejab kan

    BalasPadam
  11. ya Allah, mcmn ek anak2 boleh sebut perkataan itu dan buat begitu.. zaman skrg ibu bapa pantau betul2 pun dugaan begini tetap bertandang.. semoga Allah lindungi anak2 kita.. ameeennnn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat