Nak jadik Ultraman Tiga!...erkkk... - Cerita Ita                                                             Nak jadik Ultraman Tiga!...erkkk... Langkau ke kandungan utama

Nak jadik Ultraman Tiga!...erkkk...

assalamualaikum semua,

tadi pagi sempat hantar abg long ke hospital HTAA sekejap untu temujanji dia...sebenarnya temujanji dia bulan 8 tapi disebabkan masalah teknikal dan mak bapak pelupa nasiblah kena anjak tarikh lain...
alhamdulillah...perkembangan abg long makin ok.. kencing dan bersih seperti biasa dan tiada masalah lain... syukur Ya Allah...

dan doktor bagi tarikh lagi 6 bulan untuk ujian dan temujanji susulan..semoga yang itu pun ok jugak sebab kalau ok doktor kata boleh discharge terus...mengharap...

dan ada cerita best waktu jumpa doktor tadi...

nak dijadikan cerita disebabkan sekolah cuti hari ni disebabkan jerebu maka aku pun ajak je la dua adik dia lagi...abg ngah dan kakak husna ikut sekali...ok je la diorang tadi... abg ngah siap malu-malu bila kakak ajak main gelunsur..siap keluar ayat dia...takkan saya nak main lagi kan ummi... hehehe...dia rasa dah besar sangat dah kot...

tapi tak sampai 5 minit pun...sudahnya dia join sama dan terlebih over pulak dah....hahahah....dan masa jumpa doktor tadi macam biasa sambil periksa keadaan abg long doktor tu tanya-tanya la soalan senang-senang...

Doktor Selva : dah besar nanti nak jadi apa?


Abg long : heheheh...sambil sengih-sengih (dia memang pemalu)



Aku : jawablah doktor tanya tu...



Doktor Selva : hah..nak jadi apa?



Abg long : saya nak jadi angkasawan...



Doktor Selva : wah....hebat tu..



Aku : kena belajar pandai-pandai tapinya kan doktor...



Doktor Selva : Angguk-angguk...



Abg Ngah : Saya nak jadi ahli bomba.. (tetiba je dia jawab)



Kakak Husna : Aya nak adi otomen iga...



Doktor Selva : hah..nak jadi apa?



Aku : (sambil control gelak)..hah...kakak nak jadi Ultraman Tiga?



Kakak Husna : Aah (angguk dengan sangat yakin ok..)



sudahnya riuh bilik doktor dengan doktor dan kami semua gelak.... hahaha... gila ko anak perempuan tu.. tak terbayang aku...

masa nak keluar bilik tu pun doktor masih tergelak bila tengok muka kakak....

hahaha....kakak...kakak.....



p/s 20 hb ni pulak temujanji adik hadi... harap keputusan yang baik2 jugak....

Ulasan

  1. Haha.. ! Kemain tau cita2 dia tu :P

    BalasPadam
  2. haha.. kelakar husna.. semoga abg long cepat sihat

    BalasPadam
  3. semoga dapat mencapai capai cita cita nak ... bagus tu , nak selamatkan manusia di muka bumi, tewaskan raksasa .. niat dah murni tu , kipidap

    BalasPadam
  4. Budak2 ni kadang2 jawapan yang doberi buat kita tergelak

    BalasPadam
  5. Ita, samalah ngan the only daughter saya ni. Dek krn sukanya dia nonton citer ultraman kat youtube, dia pun nak jadi ultraman. Saya jadi raksaksa. Byk dia punya resaksa. Saya kata saya naga kuat api kot molot. Kih3.. Bebudak memang bijak kan?siap ceriakan doktor lagi.. Hahahahahahhah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum