assalamualaikum semua, cuma tinggal tak sampai seminggu lagi untuk bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sedunia iaitu bulan Ramadhan akan tiba... ada rasa tak sabar di hati rasanya... rasa seronok dan terbayang-bayang kemeriahan suasana di dalam bulan penuh keberkatan ni... dalam bulan ini la biasanya akan terserlah kasih dan sayang sesama umat Islam... juga kasih sayang di kalangan anggota keluarga... dalam keluarga kami pulak biasanya bulan Ramadhan ni memang bulan yang cukup dinanti oleh anak-anak... bukan sebab mereka dah pandai berpuasa... tapi disebabkan suasana berkumpul menunggu waktu berbuka tu jarang sekali dapat dirasai di bulan yang lain... abg long sendiri dan mula belajar berpuasa sejak umur 6 tahun tapi tak berjaya... dan mulai tahun lepas baru dia belajar berpuasa dengan baik... walaupun ada juga hari-hari yang tertinggal tapi alhamdulillah semangat dia masih kuat menjelang Syawal... dia paling suka bangun untuk bersahur... dan paling senang juga...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.