ST Rosyam Mart rasmi buka pasar raya pertama di Johor - Cerita Ita                                                             ST Rosyam Mart rasmi buka pasar raya pertama di Johor Langkau ke kandungan utama

ST Rosyam Mart rasmi buka pasar raya pertama di Johor

Pembukaan ST Rosyam Mart sambut lebih 15,000 pengunjung dalam tempoh 24 jam pertama!

Lebih 10,000 ahli baharu mendaftar sepanjang tempoh pembukaan
Membawakan pengalaman membeli-belah borong dan runcit 24 jam

bertaraf 5 bintang ke wilayah Selatan



Dari kiri: En. Alan Ho Cheng Yek, Pengarah Eksekutif, Kumpulan Sri Ternak; Pn. Tee Geok Lan, Pengasas Bersama, Kumpulan Sri Ternak; Dato’ Sri Edwin Tan Pei Seng,
Pengarah Urusan, Joland Group; Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Kumpulan Sri Ternak; YB Tuan P. Pannir Selvam,
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor; Datuk Rosyam Nor, Pengarah, ST Rosyam Mart Sdn Bhd; Dato’ Sri Godwin Tan Pei Poh,
Pengarah Eksekutif, Joland Group; Cik Rae Teo, Pengurus Besar, Kuopacific Group Malaysia; dan En. Williem Ho Cheng Yen, Pengarah, Kumpulan Sri Ternak.

ST Rosyam Mart Tampoi menerima lebih 15,000 pengunjung dan lebih 10,000 pendaftaran ahli baharu sepanjang tempoh pembukaan.


ST Rosyam Mart secara rasmi membuka pasar raya pertamanya di Johor dan wilayah Selatan di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026, sekali gus menandakan pengembangan jenama ini ke wilayah Selatan.

Pembukaan ini menerima sambutan yang amat menggalakkan, dengan lebih 15,000 pengunjung dalam tempoh 24 jam pertama, manakala lebih 10,000 ahli ST baharu mendaftar sepanjang tempoh pra-pembukaan dan pada hari pembukaan.
Majlis peluncuran ST Rosyam Mart Tampoi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan P. Pannir Selvam, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, bersama Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Sri Ternak Group, serta Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd. Majlis tersebut turut dihadiri oleh para jemputan, rakan niaga, wakil media dan orang ramai. 

ST Rosyam Mart Tampoi menampilkan reka bentuk moden dan kontemporari dengan laluan yang luas serta susunan seksyen produk yang teratur dengan lebih 40,000 pilihan produk. Cawangan ini turut dilengkapi ruang pembelian borong, kaunter khidmat pelanggan khusus, kaunter pembayaran layan diri (SCO) dan kaunter juruwang yang mencukupi, disamping kafe dan bakeri miliknya sendiri, ST Cafe, dan seroti. Kesemuanya direka bagi memberikan kemudahan, keselesaan dan pengalaman membeli-belah yang lancar kepada pelanggan.

Selain rangkaian produknya yang luas, ST Rosyam Mart Tampoi turut menampilkan Celebrity Corner, yang menghimpunkan produk daripada lebih 30 selebriti tempatan, serta Malaysia Selection, yang menawarkan makanan ringan, minuman, hadiah dan cenderamata buatan tempatan. Peniaga kecil, pengusaha restoran dan katering juga boleh membuat pembelian secara borong pada harga borong, manakala pelanggan boleh menikmati lebih 20 perkhidmatan percuma, termasuk penggunaan pinjaman power bank, air minuman, perkhidmatan memotong daging, mencuci topi keledar, peti sejuk simpanan, bantuan jump-start bateri kereta, pam tayar dan banyak lagi.

Berkongsi mengenai pembukaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, berkata, “Kami amat teruja untuk meraikan satu lagi pencapaian penting apabila ST Rosyam Mart secara rasminya membuka cawangan pertama di Johor dan wilayah Selatan. Johor merupakan pasaran yang pesat membangun dengan jumlah pengguna yang besar, manakala kedudukannya yang strategik berhampiran Singapura menjadikannya satu langkah penting dalam perjalanan pengembangan kami.

“Di Sri Ternak, matlamat kami sentiasa jelas — untuk membantu masyarakat dan perniagaan menjimatkan wang, masa dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Joland Group dan Kuopacific Group atas kerjasama dalam merealisasikan visi ini. Lokasi yang strategik ini membolehkan kami menawarkan barangan keperluan harian yang dipercayai, Halal dan mampu milik kepada masyarakat Johor, khususnya komuniti Tampoi, serta pengunjung dari negara jiran, Singapura. Kami juga amat menghargai dedikasi pasukan kami serta sokongan berterusan daripada rakan niaga dan pelanggan, dan kami berharap dapat terus menawarkan pengalaman membeli-belah 24 jam yang selesa, bertaraf 5 bintang pada harga borong,” tambah Dato’ Raymond Ho.

Majlis Pembukaan Rasmi ini turut menandakan kejayaan Misi “Menawan” Tampoi, sebuah inisiatif berfokuskan komuniti yang diperkenalkan pada Julai lalu untuk menawan hati masyarakat Tampoi dan membina keterujaan menjelang kehadiran ST Rosyam Mart di Johor.


Dato’ Raymond Ho, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, bersama Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart, menyambut para tetamu sempena sambutan pembukaan.

Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor, berkata, “ST Rosyam Mart Tampoi bukan sekadar satu lagi langkah pengembangan syarikat. Ia mencerminkan tanggungjawab kami untuk memastikan barangan keperluan harian lebih mudah diperoleh dan mampu dimiliki oleh semua. Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat adalah satu janji yang kami pegang dengan serius. Sebab itu, sempena pembukaan ini, kami telah bawakan ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen kepada 5,000 pelanggan pertama, sebagai tanda penghargaan kami kepada masyarakat Johor yang menyambut kehadiran ST Rosyam Mart.”

“Kami memahami setiap orang mempunyai keperluan dan rutin yang berbeza. Ada warga Johor yang pulang lewat selepas bekerja di Singapura, ada yang bekerja syif malam, malah selepas pulang dari masjid pun pelanggan masih boleh singgah untuk membeli barangan keperluan harian. Sama ada anda seorang suri rumah yang membeli keperluan keluarga, peniaga kecil, peniaga makanan tepi jalan, pengusaha restoran atau hotel, mahupun syarikat besar yang membuat pembelian secara borong, kami beroperasi 24 jam supaya anda boleh membeli-belah mengikut keselesaan sendiri dan mendapatkan barangan yang diperlukan pada harga borong.

“Ketika kami melancarkan Misi “Menawan” Tampoi, misi kami mudah — untuk menawan hati masyarakat Tampoi. Hari ini, kami dengan bangganya boleh katakan: misi kita telah pun berjaya. Namun, ini hanyalah permulaan. Kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada komuniti Tampoi dan mengalu-alukan warga Johor serta pengunjung dari

Singapura untuk menikmati pengalaman membeli-belah 24 jam bertaraf 5 bintang pada harga borong,” kata Datuk Rosyam Nor.

Bersempena dengan Pembukaan pada 12 September, ST Rosyam Mart telah menawarkan ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen kepada 5,000 pelanggan terawal. Sambutan hari pembukaan turut dimeriahkan dengan acara Balloon Drop yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000, pertunjukan bunga api, sesi merasa makanan, hiburan secara langsung, pemberian hadiah serta pelbagai aktiviti keluarga.


Promosi ayam segar seekor pada harga 8 sen, antara tarikan utama sempena Pembukaan ST Rosyam Mart Tampoi. 

Turut memeriahkan sambutan, ST Rosyam Mart memperkenalkan maskot baharunya, Jalak dan Lenteng, yang membuat penampilan sulung sempena pembukaan tersebut. 



Sambutan Pembukaan diteruskan dengan lebih 200 barangan promosi pada harga serendah 8 sen, 48 sen dan 88 sen sehingga 27 September. Pelanggan juga berpeluang menyertai Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan lebih 350 hadiah bernilai lebih RM1 juta, termasuk sebuah kondominium, kereta dan motosikal, serta Misi Mencari Raja Konten Selatan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000. Pembukaan ini turut menyaksikan tayangan perdana episod akhir “Misi Untuk Rakyat”, drama web AI 10 episod terbitan ST Rosyam Mart yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada Misi “Menawan” Tampoi.

ST Rosyam Mart Tampoi terletak di Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor, dan beroperasi 24 jam setiap hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai ST Rosyam Mart, layari www.sriternak.com atau ikuti Facebook, Instagram, dan TikTok









Sambutan luar biasa sempena Pembukaan ST Rosyam Mart Tampoi.


PROMOSI & AKTIVITI PEMBUKAAN RASMI

Masih terdapat promosi dan aktiviti selepas pembukaan rasmi pada 12 September yang lepas. Antaranya ada lebih 200 barangan promosi yang dijual dengan harga serendah RM0.08, RM0.48 dan RM0.88, dan banyak lagi. Pelanggan boleh mendaftar menjadi ahli ST Member dengan hanya bayar RM15, pra-pendaftaran tersedia dengan memuat turun aplikasi ST Card melalui Google Play atau App Store atau di kaunter khidmat pelanggan. 
Promosi Khas di ST Rosyam Mart Tampoi pula membolehkan pelanggan mendapat beg guna semula PERCUMA, 1 KOPI PERCUMA [ dari tarikh 12-20 September 2026] serta berpeluang memenangi 20 tiket ke LEGOLAND [12 September - 11 November 2026] dengan berbelanja minimum RM150 sahaja.


Peraduan Stamp & Menang 2.0 [ bermula 12 September 2026 hingga 11 September 2027]


Terdapat 350 hadiah bernilai lebih RM1 juta untuk dimenangi. Hadiah utama termasuk kondominium, kereta, motosikal dan banyak lagi.

Cara menyertai peraduan amat mudah, pelanggan perlu belanja minimum RM300 dalam satu resit untuk mengumpul 1 cop digital. Kemudian imbas kod QR pada poster peraduan untuk daftar & muat naik resit pembelian. Pelanggan perlu menggumpul 10 cop digital untuk kelayakan 1 penyertaan.


Cerita Ita







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA : Ben Ashaari

salam, join segmen lagi...boring dah ke? kalau boring korang skip je dan baca entry lain ye... segmen ni senang rugi tak join... memula dia suruh letak header... pastu dia suruh letak tajuk...siap! nak join jugak? leh gi SINI