Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Balik kampung dan aktiviti cuti sekolah

Imej
assalamualaikum semua,  hari ni merupakan hari pertama naik sekolah setelah seminggu bercuti kan.. kebetulan pulak cuti hari raya aidiladha terselit tengah-tengah minggu lepas aritu.. jadinya aku ambik kesempatan bercuti jugak bersama anak-anak.. alhamdulillah setelah lama tak cuti raya lama kan.. dan hari ni nak coretkan sikit kisah balik kampung dan  aktiviti cuti sekolah  anak-anak waktu cuti sekolah yang lepas.. mehlah baca.. kami mula balik kampung hari Sabtu lepas.. kami gerak pagi Sabtu tu dan sempatlah tersangkut dalam kesesakan di Tol Gombak sekejap.. tapi alhamdulillah la tak lama.. lepas tu kami berkejar pulak nak hantar abg long gi ke Kem Rehlah anjuran KAFA lama abg long masa kat Kuantan dulu.. abg long tak mendesak pun nak pergi cuma aku je yang rasa dia patut diberi peluang untuk luangkan masa dengan kawan-kawan lama yang dia rindukan setiap hari..  lepas dari tu kami terus gi makan-makan kat Pantai Kempadang.. rindu nak lepak kat pantai ni.. banyak kenangan kami kat sin

Aidiladha, Rendang daging dan juadah raya

Imej
Assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni masih lagi kami menyambut hari raya aidiladha.. selamat hari raya aidiladha buat semua ya.. kami raya macam biasa je tahun ni tapi syukur sebab semua adik beradik ada untuk raikan raya korban tahun ni.. ramai masih lagi sibuk uruskan korban masing-masing tahun ni.. di kampung kami ni pun sama.. dengarnya ada 15 ekor lembu akan dikorbankan pada tahun ni.. kat sini majlis korban akan diadakan hari ni.. seronok la anak-anak dapat tengok lembu yang banyak.. ada jugak yang buat secara persendirian.. tapi lebih banyak la yang mengikut anjuran pihak masjid..  kalau raya tiap tahun rumah abah dan mak ni jarang la sunyi.. walaupun tak cukup semua yang ada nak sambut hari raya.. sebabnya masing-masing ada anak-anak kecik yang tengah membesar,  faham je la riuhnya macamana.. semalam je macam-macam aktiviti masing-masing buat.. siap abg ngah sempatlah hancurkan lulut seluar baju melayu dia siap pakej berdarah-darah.. huhu.. adik hadi pun dapat luka juga

Apa rasa Aiskrim Durian McDonald's?

Imej
assalamualaikum semua,  hari ni aku rasa mesti ramai yang tengah travel atas jalanraya dan di mana-mana pun mesti tengah sibuk dan sesak ni kan.. aku pun akan bergerak balik ke Johor malam ni.. ni masih ada di Kuantan untuk selesaikan berapa perkara penting terutama kemas rumah yang tinggal ni.. sementara berkemas ni aku terfikir jugak mesti ada yang teringin nak singgah dan nak rasa Aiskrim Durian McDonald's yang masih viral tu kan?  jadi apa rasa Aiskrim Durian McDonald's tu agaknya?  Sejujurnya aku pernah rasa aiskrim ni dulu.. dulu tau.. waktu awal Aiskrim Durian McDonald's ni diperkenalkan.. waktu tu asyiklah sold out di mana-mana cawangan McDonald's.. jadi teringin jugaklah nak rasa.. entah apa rezeki aku hari tu, elok je tanya kat kaunter McDonald's benteng kat Kuantan masa tu ada pulak rupanya.. apa lagi lajulah aku order satu cawan.. masa tu aku makan dengan penuh nikmat sebab orang lain tak terliur dan taknak pun merasa sikit pun.. rezeki la kan.. kakak hu

Mee Ikan Sedap

Imej
Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. sebelum cerita pasal mee ikan sedap, kita borak-borak dulu la.. banyak sangat jadual yang masih belum dapat diselaraskan terutama rutin di waktu pagi.. anak-anak masih terbiasa lagi dengan rutin sewaktu di Kuantan dulu.. yang mana tak kisah kalau keluar lambat sikit tapi masih mampu sampai awal ke sekolah.. sekolah tinggal lagi seminggu je.. selepas dari tu dah mula cuti sekolah seminggu.. harapnya anak-anak dah ok waktu tu nanti..  Mee Ikan Sedap cerita pasal mee ikan sedap ni pulak.. mee ikan sedap ni aku jumpa masa kami berjalan ke NSK Selayang hari tu.. niatnya nak tinjau kawasan membeli belah barang keperluan biasa bagi penduduk sekitar sini.. alhamdulillah nampak senang jugak untuk kami cari barang keperluan kat sini,  NSK Selayang dekat je.. Tesco Extra Selayang pun dekat jugak.. pasar basah pun tak berapa jauh dari NSK.. kiranya kalau nak cari keperluan harian tu tak susah la..  Mee Ikan Sedap yang dah rebus eh

Tilapia masak gulai tempoyak

Imej
Tilapia masak gulai tempoyak assalamualaikum semua, hari ni nak cerita pasal menu yang beberapa hari lepas.. dah seminggu dah pun.. tapi masih terasa lagi kesedapannya.. teringin pulak nak beli ikan tilapia buat tilapia masak gulai tempoyak lagi sekali.. alahai menyebutnya je pun dah boleh bayang kesedapan isi tilapia yang lembut tu.. Tilapia masak gulai tempoyak sebenarnya selalu aku akan masak dengan ikan patin untuk masak tempoyak macam ni.. tapi disebabkan Sungai Pahang tu jauh.. jadinya nak beli ikan patin yang ada dijual di sekitar ni shah tak berapa berkenan la pulak.. lebih-lebih lagi dulu kami pernah terbeli ikan patin yang dibela di kolam.. alamak terbayang lagi rasanya tak berapa enak tu.. lepas kena pengalaman macam tu lagilah kami jadi lebih pemilih jadinya.. masa aku pindah baru ni aku sempat la menjamu kawan-kawan yang datang tu dengan ayam masak gulai tempoyak.. ye la masa tu cuma terfikir ayam je tau.. dahlah pasar pun tak tau dekat mana lagi.. nak membeli

Hadiah perpisahan yang aku terima

Imej
Assalamualaikum semua, dah masuk bulan Ogos dah pun.. marilah kita menulis setelah sekian lama menyepi..kali ni nak tulis pasal hadiah perpisahan yang aku terima waktu perpisahan yang berlaku sebulan yang lepas.. tak pernah akan lupa nak tulis pun.. cuma masa je yang tak mengizinkan.. semenjak berpindah ni, banyak perkara yang kami buat untuk kena sesuaikan diri..  Hadiah perpisahan yang aku terima  banyak la perkara.. terutama hal sekolah anak-anak.. alhamdulillah dah selesai juga satu dua perkara tu.. jadual harian kami pun masih lagi kelam kabut.. ada hari yang dah jejak maghrib baru sampai rumah.. maklumlah masih tak biasa lagi dengan jalanraya di Kuala Lumpur yang agak sibuk ni.. kami baru nak kenal laluan mana yang boleh kami lalu untuk elakkan kesesakan.. nantilah aku ceritakan yang tu.. kali ni nak cerita pasal hadiah yang aku dapat aritu..  Jam Tangan Jam Tangan Ada beberapa hadiah yang aku terima.. macam gambar kat atas tu la.. aku suka san

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus