Assalamualaikum semua, alhamdulillah semalam selesai la misi aku menghantar laporan ke JPA dan jugak HQ DVS.. lega dah beban dah selesai.. akhirnya.. dan hari ni aku dah mula bercuti dah pun.. Laporan EDP 2017 meh aku ceritakan kisah perjalanan kami semalam.. awalnya kami bergerak dari Kuantan jam 7 pagi.. kami singgah bersarapan di Restoran Zaman.. sempat la aku makan nasi lemak yang sangat popular di restoran ni.. tapi penuh ranjau tau nak makan sebungkus nasi lemak je pun.. hahaha.. nanti la aku ceritakan kisahnya.. lepas makan sarapan kami teruskan perjalanan dan kami singgah berhenti rehat untuk buang air, rehatkan badan pemandu sekejap dan jugak rehatkan kenderaan yang kami naik tu di R&R Genting Sempah.. maklum la kami naik kereta yang berusia lebih 20 tahun.. uzur sangat dah kereta Pajero tu nak mendaki Lebuhraya Karak selepas tu.. ubi keledek jepun kukus sempat la aku singgah beli ubi keledek jepun yang manis kat tepi Hentian Rehat...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.