Festival Layang-layang di Pasir Gudang
Assalamualaikum semua, kalau sebut pasal festival layang-layang ni. Terus terbayang pelbagai jenis corak dan bentuk layang-layang gergasi yang diterbangkan tinggi di langit.
Kami pernah jugaklah pergi ke festival layang-layang ni sekali je dulu. Kena gigih ya nak ke festival ni. Satu sebab kena datang awal untuk dapatkan tempat letak kereta yang dekat. Kedua kena sedia modal banyak sebab jualan dia semua best kat situ.
Muzium Layang-Layang
Yang jadikan dianya unik dan best ialah pelbagai layang-layang yang diterbangkan tu bukan saja dari Malaysia tapi dari seluruh dunia. Aku pernah jugak pergi Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang ni selain dari musim festival dunia macam ni dulu.
Kat situ ada satu muzium layang-layang yang mempamerkan semua jenis layang-layang terutama layang-layang dan wau di Malaysia. Cantik-cantik semuanya. Muziumnya agak luas jugak. Baguslah untuk pengetahuan am anak-anak pasal layang-layang.
Promosi Festival Layang-layang 2026
Sebenarnya aku cerita pasal Festival ni sebab semalam kami pergi makan kat Ngepot Kabin kat bandar Kluang lepas habis urusan di SAJ. Secara kebetulan pulak ada kumpulan motorsikal yang sedang promosikan pasal Festival Layang-Layang 2026 ni kat situ.
Dapat Cenderahati
Masa dia promosi tu, kami diberi risalah dan cenderahati sikit. Risalah tu kawan aku pegang. Lupa nak mintak dia ambik gambar dulu untuk tulis kat blog. Dalam risalah ada ditulis aktiviti sepanjang acara. Itu yang aku tau tarikh Festival Layang-Layang Sedunia ke 28 ni akan diadakan pada 4 hingga 8 Februari 2026 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.
Sempat la bertegur sapa dengan geng motorsikal yang agihkan risalah dan cenderahati tu sekali. Rupanya pasukan ni dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Memula dia bagi 1 set je cenderahati tu ke meja kami. Tapi bila aku cakap kami ni rumah asing-asing. Terus dia bagi lagi 2 set untuk cukupkan untuk kami bertiga masa tu.. haha.. dasar muka tak tau malu.. Jumpa esok korang. Jangan lupa pergi ke Festival Layang-Layang Sedunia ke 28 nanti di Pasir Gudang.
Cerita Ita




Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.