Tahun Baru 2026 Happy New Year - Cerita Ita                                                             Tahun Baru 2026 Happy New Year Langkau ke kandungan utama

Tahun Baru 2026 Happy New Year

Salam Tahun Baru 2026!




Assalamualaikum semua, selamat tahun baru 2026 buat semua. Semoga kehadiran tahun baru ni membawa kebaikan untuk semua orang. Amin. Doakan buatku juga ya. 2025 adalah tahun yang sangat berat untuk kami. Nanti jika diberikan kekuatan aku akan cuba menulis.

Azam Baru Berulang




Aku pulak nak balikkan semula azam baru yang muncul setiap tahun pada tahun 2026 ni insyaAllah bermula hari ni. Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya satu post di blog setiap hari. Aku sebenarnya dah lupa yang dulu aku jadikan blog ni sebagai terapi. Jadi mari kita mulakan balik.

Azam Yang Tak Kesampaian


Ada juga azam baru yang tak pernah kesampaian iaitu azam mengurangkan berat badan. Tahun lepas berat aku bukan makin turun malahan makin naik dari 69kg ke 80kg.. Terkejut beruk bila tengok penimbang.

Ini masa proses pemasangan



Jadinya aku kena kuatkan semangat. Hujung tahun aritu aku ada beli treadmill. Beli masa sale 11.11 kat shopee. Alhamdulillah dapat harga murah. Jadinya semangat la sikit nak bersenam di rumah sambil tengok-tengok tv.

Kurangkan Makan Nasi


Aku pun dah mula kurangkan air manis dan nasi dalam setiap hidangan. Air manis tu agak susah jugak tapi aku cubalah. Nasi ok sikit sebab aku lebihkan lauk terutama sayur setiap kali ambik makanan.

Alhamdulillah nampak jugak la pengurangan KG lepas apa yang aku buat. Taknak tunjuk dulu la kat korang. Tunggu berjaya betul-betul ya. Aku target kalau dapat kurangkan ke 60 kg pun dah syukur sangat dah.

Umur aku dah makin meningkat dah. Kadang-kadang bila masa datang tekak teringin nakkan sesuatu yang manis tu agak merisaukan aku. Jadi kita ambik je la langkah berjaga-jaga. Lagi pulak kita memang ada keturunan yang ada sakit 3 serangkai tu kan. Korang tolong doakan aku untuk istiqamah ya. Terima kasih korang!

Cerita Ita 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...