Selamat Kembali Ke Sekolah - Cerita Ita                                                             Selamat Kembali Ke Sekolah Langkau ke kandungan utama

Selamat Kembali Ke Sekolah

Mencari Kelengkapan Sekolah




Malam ni kami keluar lagi cari kelengkapan sekolah anak. Selagi belum naik sekolah beginilah rutinnya. Ada je belum cukup. Cari kasut sekolah abg ngah dan baju putih untuk Adam.

Sebulan ni Adam tak payah pakai baju uniform dulu, kena pakai t-shirt putih je, jadi satu helai belum tentu cukup. Kena la tambah lagi sepasang t-shirt putih dan seluar track.

PasarayaKu Jual Baju Murah


Masa aku sampai PasarayaKu antara pasaraya yang paling kami suka untuk cari kelengkapan sekolah. Sebab apa tau. Sebab kat sini baju dan barang-barangnya agak murah dari kedai lain.

Sebagai contohlah, baju t-shirt putih lengan panjang cuma RM7.80 je kat PasarayaKu untuk saiz badan Adam. Kalau di kedai lain dah cecah lebih RM10 sehelai.

Ingatkan nak beli la kasut Abg Ngah sekali, sekali tengok tak banyak pilihan. Orang jangan cakap la punyalah ramai. Sampaikan nak masuk kedai pun tak boleh. Sudahnya kami ke kedai lain pulak.

Suami Pemalas


Tengah kekalutan masa Shah nak cari tempat letak kereta. Ternampaklah satu petak kosong. Sekali bila nak masuk ada motor kat situ. Ada seorang lelaki ada atas motor tu tengah tunggu isteri dia bawak anak beli barang sekolah jugak.

Aku pun bukan main lagi la bercakap dengan Shah. "Hish.. pemalas betul lelaki ni.. inilah selalu suami serah kat isteri je buat semua. Beli barang sekolah anak pun isteri je yang susah-susah dengan anak.. dia tunggu luar je".

Shah diam je.. sekali dia dah parking. Boleh dia cakap.. "Haa.. Abg Ngah pergi la dengan ummi.. ayah taknak masuklah.. ramai tu.. buat penuh je dalam tu kang". Laaa.. aku terus tengok muka dia. Pasal apa tau? Pasal aku baru je kutuk suami orang lain tadi.. eh.. rupanya suami aku sama jugak perangai ya.. Sabar je la..

Akhirnya Kami ke Pasaraya Hari Hari




Tapi akhirnya kami dapat semua barang-barangnya di Pasaraya Hari Hari. Sebab utama pasal takde pilihan kasut dan kedua pasal aku malas beratur panjang pasal nak bayar sehelai baju je tadi.




Esok masih ada sehari lagi untuk persediaan persekolahan sesi tahun 2026 untuk anak-anak. Sempat lagi la tulis nama kat buku dan tampal nama yang ada tu. Selamat kembali ke sekolah semua!

Cerita Ita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...