Catatan terkini

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan

Imej
5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery. Assalamualaikum all, with Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasameals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. Withdiscounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour.  Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order fromShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’tknow where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your mealsfrom: 1. Tiga Budak Gemok:  This restaurant serves generous portions of Malaysian comfortfood that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include NasiAyam Kicap Biasa + Tel

Abg Ngah Hadir Ujian PKSK

Abg Ngah Hadir Ujian PKSK

Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1
Abg Ngah Hadir Ujian PKSK


Assalamualaikum semua,  kali ni giliran Abg Ngah hadir ujian PKSK pulak. Minggu lepas giliran Abg Long. Abg Ngah kali ni ni untuk ujian Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 pulak. 

Dewan peperiksaan Abg Ngah semalam


Tentunya lebih mudah sikit la tajuk soalan esei dia. Ini aku bandingkan dengan soalan yang Abg Long dapat untuk Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 4 ya. Adalah aku bincang-bincang sikit dengan Abg Ngah semalam. 

Abg Ngah Hadir Ujian PKSK

Sebelum ni adalah aku buat catatan contoh soalan PKSK yang bakal ditanya. Nanti aku tambah apa yang Abg Ngah kongsikan ni pulak kat entri sana.

Kali ni skema peperiksaannya lebih kurang sama. Ada sesi soalan perlu dijawab menggunakan komputer. Dan juga ada sesi menjawab esei atau karangan cuma setakat tahap sekolah rendah iaitu 100 patah perkataan. Itu bezanya dengan kelayakan untuk tingkatan 4. Mereka perlu tulis sekurang-kurangnya 250 patah perkataan. 

Ok balik ke contoh soalan. Abg Ngah dapat soalan seperti di bawah ni. 

1. Nyatakan apa yang membuatkan orang suka tinggal di Malaysia. 

2. Terangkan bagaimana kita perlu menjaga kesihatan. 

3. Bagaimana hendak menjadi sahabat atau kawan yang baik. 

Maaflah jika soalan tu tak berapa tepat ya. Maklumlah aku dengan anak-anak ni macam main telefon rosak. Kalau mereka ingat dengan betul, bermakna betul la apa yang aku tulis ni. Kalau salah ingat,  salahlah aku. Haha. 

dia ni memang pandai ambik gambar

berselera abg ngah makan


Lepas habis peperiksaan, macam biasa ummi dia bawak la belanja makan nasi beriani kat kedai sebelah pejabat je ni. Restoran Nasi Bariani Hj Dollah. Alhamdulillah suka Abg Ngah. Lepas tu aku hantar dia ke transit sebelum ke sekolah agama. Dapat luangkan masa sekali sekala macam ni dengan anak-anak seronok jugak kan.

Kadang-kadang perlu rasanya kita luangkan masa untuk seorang anak pada satu masa,  bagi tumpuan penuh pada dia sorang je. Ini yang payah nak buat bila ada anak ramai. Harapnya takde anak-anak yang terlepas dari perhatian kami sebagai ibubapa mereka. Doa sentiasa buat anak-anak ummi dan ayah. 

Ceritaita


Ulasan

  1. thanks kak ita sbb kongsi soalan esei... anak ammi PKSKnya 15/2 nanti..bolehlah suruh dia cari point.

    semoga Abg Ngah ada rezeki belajar di SBP

    BalasPadam
  2. kann... bila ada anak ramai ni kita kadang tu takut aje ada anak yg rasa terpinggir

    BalasPadam
  3. goodluck abg ngah utk Ujian PKSK

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus