Catatan terkini

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan

Imej
5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery. Assalamualaikum all, with Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasameals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. Withdiscounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour.  Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order fromShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’tknow where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your mealsfrom: 1. Tiga Budak Gemok:  This restaurant serves generous portions of Malaysian comfortfood that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include NasiAyam Kicap Biasa + Tel

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

keropok lekor sedap
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya


Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap.

Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je.




Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia


Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lekor yang kami makan tu keras bila dah sejuk. Nak gigit pun mengalahkan makan gula getah dah gayanya. Ada pulak yang dah sedap lembut rasa keropoknya tapi kurang pulak rasa ikan.

Kiranya nak jumpa yang serba cukup pakej sedap dan menepati citarasa sampai berkali-kali beli tu agak susah la jugak. Masa kami duduk Kuantan dulu ada jugak kedai yang keropok dia sangat menepati citarasa. Aku lupa cerita kot. Nantilah bebila aku balik sana aku singgah kedai Keropok sedap tu. Yang tu bukan keropok lekor je sedap, keropok keping dia pun sedap jugak.

Tapi kali ni aku nak cerita pasal keropok sedap di Mersing dulu. Kedai jual keropok sedap di Mersing ni dinamakan sebagai Perusahaan Keropok Nita. Simple je nama dia kan? Tapi percayalah keropok lekor dia tak simple ok. Keropok lekor dia sangat sedap!

Gambar dari depan kedai dia. Dalam tong tu keropok lekor sedap la tu


Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Marilah kita cerita macamana boleh terjadinya jatuh selera pandang pertama kat kedai Keropok Nita ni. Asalnya kan kerja aku ni kena ke merata tempat dalam Johor ni kan. Sekali masa pergi pejabat cawangan kami di Mersing ni, kami tanya la mana kedai keropok lekor yang sedap yang kawan-kawan boleh rekemenkan ke.. sekali kawan tu tunjukkan kedai Perusahaan Keropok Nita di Mersing ni.

Itu cerita tahun lepas, jadi akhirnya sekarang ni kedai ni jadi port kunjungan wajib kami sekeluarga kalau ke Mersing. Keropok dia pada aku memang sangat sedap rasa ikan dia tu best la, lepas tu rasa dia lembut je.. kalau goreng lama bila sejuk pun masih lagi lembut isi keropok tu. Kadnag-kadang ada jenis keropok lekor yang bila dah sejuk jadi liat kan? Tapi yang keropok lekor di Keropok Nita ni tak liat tau. 

Ini keropok yang jenis kecil. Aku dah goreng dan bawak bekal.

Sedap tau.. dah sejuk pun masih lembut

Sos percuma yang dibekalkan sekali dengan keropok

Harga keropok lekor di Mersing

Dia ada jual 3 jenis keropok lekor kat sini. Ada keropok lekor kecil-kecil yang sedang elok je untuk makan. Macam rupa keropok losong jugak la rupa dia tu. Aku suka beli yang ni kalau singgah dalam perjalanan balik ke Kuantan selalunya. Kalau jalan waktu siang la. Yang ni dia jual ikut timbang kilo. Sekilo harganya RM12. 

Sos yang dia bagi pun sedap jugak pada aku, adik aku kata manis sikit berbanding sos keropok jenama Ummi. Sos Ummi tu lagi sedap. Tapi sos dia lagi sedap la dari jenama sos keropok cap ketam.. yang tu manis betul rasanya. Kuranglah kalau pada aku.

Ada keropok lekor yang jenis korang kena potong-potong sebelum goreng tu jugak.. yang ni ada 2 jenis. Ada saiz besar RM2.50 sebatang.. Saiz kecik aku lupa harganya haha. Korang pergi kedai dan tanyalah nanti. Tapi yang besar tu aku beli memang puashati jugaklah makan. 

Lokasi kedai keropok sedap Mersing

Lokasi kedai ni senang je kalau nak pergi, korang tau tak jalan besar, atau jalan utama dari Endau ke Mersing tu? Haa kedainya kat tepi jalan utama tu je. Kedai dia ni berdekatan dengan sekolah rendah. Kalau korang dari arah Endau, akan jumpa Sekolah Kebangsaan Sawah Dato' dulu baru jumpa kedai keropok nita ni. Sekolah dan kedai keropok ni sebelah kiri korang.

Kalau korang dari arah Mersing pulak, lokasi kedainya akan berada di sebelah kanan. Yang paling mudah nak tau kalau korang dari arah Mersing, bila sampai di Jalan Endau Utama ni korang perhatikan signboard warna kuning besar di sebelah kiri jalan. Signboard atau papan tanda jalan tu bertulis amaran kurangkan laju, sekolah di hadapan.

Haa.. kalau dah nampak papan tanda ni dari jauh, perlahankan kenderaan dan tengok sebelah kanan korang. Pasti nampak Kedai Keropok Nita tu nanti. Senang je la nak cari. Kalau ikutkan kedai ni dibuka dari jam 9.30 pagi sampai pukul 7 petang setiap hari kecuali hari Selasa.


Perusahaan Keropok Nita
Alamat : No 28, KM 4, Jalan Endau Utama, Kampung Sawah Dato', 86800 Mersing, Johor
No. Tel : 011-6976 7348
Waktu operasi : Setiap hari 9.30 pagi - 7 petang (kecuali hari Selasa)

Ceritaita


Ulasan

  1. Alaaa.. buat hati meronta2 nak ke Mersing. Kita suka sgt makan keropok lekor tapi yg Mersing punya tak tahu mana yg betul2 sedap. Ada tak org JB jual keropok lekor Nita ni ek?

    BalasPadam
  2. sedapnya kepok. lama dah tak makan T_T

    BalasPadam
  3. Nampak sedap betul tu...terus akak rasa teringin plak...

    BalasPadam
  4. Cuya tak pernah sampai Mersing.... Selalu beli keropok lekor dari Terengganu je. Klau dari sana memang banyak ikan

    BalasPadam
  5. tgk keropok dia pun dh tau byk ikan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus