Luangkan Masa Bersama Anak Sulung - Cerita Ita                                                             Luangkan Masa Bersama Anak Sulung Langkau ke kandungan utama

Luangkan Masa Bersama Anak Sulung

Luangkan Masa Bersama Anak Sulung

Ujian Pentaksiran kemasukan sekolah khusus
Luangkan Masa Bersama Anak Sulung


Assalamualaikum semua, hari ni aku luangkan masa bersama anak sulung kami,  abang long. Aku akui jugak la sejak abang long semakin besar dan masuk alam remaja ni sangat kurang luangkan masa dengan dia. 

Bukanlah rasa dia jauh,  cuma tak rasa macam dulu je la. Kalau dulu dia berkepit je mana ummi ayah dia pergi, tapi sekarang ni dia pilih-pilih keadaan. Banyak masa nak tinggal kat rumah je takmau ikut. 

Slip ujian Pentaksiran kemasukan sekolah khusus Abg long 


Kebetulan hari ni dia ada ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi kemasukan ke Tingkatan Empat (4) Tahun 2023. Jadi aku yang hantar dan ambik dia tadi. Kebetulan pulak dia habis ujian awal jadi aku bawa terus dia balik rumah tukar baju dan ikut aku semula ke tempat kerja. 


Luangkan Masa Bersama Anak Sulung

Susah betul nak ambik gambar anak-anak sekarang


Sampai tempat kerja tadi dia kata dia lapar,  sedang elok la kita singgah je kedai Nasi Beriani Haji Dollah kat sebelah pejabat je tu. Abang long order nasi beriani ayam masak merah dan aku order soto macam biasa. Abg long ambik air milo ais dan aku ambik limau ais. Semua bil kami tadi RM21.50 je untuk 2 orang makan. Bukan tinggi pun kos nak luangkan masa bersama anak sulung kami ni. 

Nasi Beriani Ayam Masak merah dan Soto




Saja je sambil makan tu nak ambik masa berbual-bual dengan dia. Tanya apa dia jawab waktu ujian tadi. Abang long ni sejenis anak yang kau janganlah bagi tekanan kat dia. Sebab dia jenis yang cepat lupakan benda tu kalau dia rasa dia tak boleh bagi komitmen sempurna. Tadi pun ada soalan yang dia lupa.. Haha.. aku dah agak dah. 


Waktu ni jugak aku ambik peluang tanya apa cita-cita dia semua. Dia ni sebenarnya masih berbelah bagi taktau nak jadi apa. Dulu-dulu memang dia nak sangat jadi angkasawan. Tapi dia pun tau yang kelayakan dia mungkin tak cukup untuk dia capai cita-cita dia tu. 

Aku pun cadangkan dia buat je apa yang dia rasa dia minat. Sebagai ibubapa kita patut sokong dan bagi nasihat yang sepatutnya untuk anak. 

Kalau tetiba kang dia sebut bidang yang pelik-pelik dan nampak jauh dari kemampuan dia. Kita bagilah pendapat dan pandangan kita untuk dia nilaikan sendiri pilihan dan kemampuan dia. Jangan terus kata tidak dengan semua pilihan anak-anak.

Aku ni pun masih dalam belajar lagi nak berinteraksi dengan anak yang semakin melangkah remaja ni. Risau kalau tersalah cakap dan tersalah langkah menegur. Zaman mereka dan zaman aku dulu jauh benar bezanya. Dulu tak ada pengaruh internet dan gadjet semua macam sekarang ni. Cabarannya lebih besar. 

Ada yang mungkin tertanya-tanya kenapa abg long asyik la ambik ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) berkali-kali. Tapi rezeki masuk tak dapat-dapat. Biarlah aku jawab,  tujuan utama aku bukanlah semata-mata nak ada layak masuk sekolah berasrama saja. 

Tujuan aku juga nak anak-anak terdedah dengan cabaran hidup. Biar mereka tahu,  hidup ni bukan apa yang mereka hadapi hari-hari tu je. Hidup boleh berliku-liku dengan cabaran macam-macam. Antaranya ujian PKSK ni la. Bila menjalani proses menjawab ujian macam ni. Tentu ada saja pengalaman yang mereka dapat.

Besar atau kecil, berjaya atau tidak ianya tetap memberikan pengalaman. Jadi jangan sesekali risau nak dedahkan anak untuk mencari peluang menimba pengalaman. InsyaAllah lama-kelamaan kita akan asuh mereka berdikari dengan sendiri. 

Apa pun, sebagai ibu,  ummi akan sentiasa mendoakan kejayaan abang long dan adik-adik. Semoga abang long sentiasa akan jadi contoh terbaik buat adik-adik yang lain juga. 


Ceritaita





Ulasan

  1. Tahniah dapat masuk Vakasional belajar Rajin-rajin Haziq

    BalasPadam
  2. semoga abg long tercapai cita2.. sedapnya Nasi Beriani Ayam Masak merah dan Soto
    tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum