Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi! - Cerita Ita                                                             Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi! Langkau ke kandungan utama

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi!

assalamualaikum semua, hari ni aku berpeluang untuk sama-sama merasakan kemeriahan program tahunan yang diadakan di AnCasa Royale Pekan Pahang.. sudah menjadi tradisi bila menjelang je cuti sekolah, Ancasa Hotels dan Resorts akan merangka satu program khas sempena cuti persekolahan.. Program yang dikenali sebagai AnCasa Junior Chef ni sebenarnya dah masuk tahun yang ke 8 penganjurannya.. lama kan? dan aku baru berkesempatan hadir untuk tahun ni.. terasa rugi jugak..

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi!


mesti korang nak tau apa yang menarik dalam program ni kan? macam aku la memula tau pasal pogram ni..macam tertanya-tanya jugak apa je pengisian program tahunan AnCasa Junior Chef ni sebenarnya.. mulanya ingat pertandingan memasak atau apa.. rupanya dalam program tahunan ni kita boleh saksikan chef- chef cilik beraksi menunjukkan bakat dalam bidang masakan atau kulinari dan jugak ada tambahan aktiviti menarik untuk penduduk setempat..

Antara peserta yang ambik bahagian

jadinya jangkaan aku waktu tau pasal program ni salah la rupanya.. sebenarnya program AnCasa Junior Chef ni bertujuan untuk memupuk budaya minat memasak dalam diri anak-anak yang berumur 6 hingga 12 tahun.. sesuai sangat dengan perumpamaan Melayu 'Melentur Buluh Biar Dari Rebung' sebab waktu umur macam ni la kanak-kanak lebih mudah untuk menerima tunjuk ajar dan pada masa yang sama dapat membantu untuk bina sahsiah dan jati diri positif dalam diri mereka.. ini yang selalu kita terlepas pandang biasanya.. dan usaha Ancasa Hotels dan Resorts ni pada aku memang sangat bagus kesannya..

pada hari ni aku dapat tengok chef-chef cilik ni memasak dan menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menyediakan menu ringkas iaitu 'Chicken Spaghetti Cabonara' serta membuat dekorasi kek menggunakan cupcake atau kek cawan.. tapi serius la aku rasa kagum dengan kemahiran masing-masing walau ada antaranya baru berumur 6 dan 7 tahun.. ada yang dah cekap mengendalikan dapur dan memasak.. terus rasa insaf lepas ni nak latih anak-anak memasak yang senang-senang je pulak di rumah.. hehehe..

Rilek je adik ni main dengan dapur kan?


walaupun ni merupakan tahun yang kelapan tapi tahun ni AnCasa Royale Pekan Pahang buat sedikit kelainan dari tahun-tahun sebelumnya.. tahun ni siap ada program Zumba bersama Coach Zana, Karnival Makanan serta 'Inflatable Bouncer' untuk kanak-kanak.. yang paling best ada program derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk masyarakat setempat serta pengunjung dengan kerjasama dari Hospital Daerah Pekan dan Jabatan Kesihatan Daerah Pekan.. mujurlah aku baru je derma darah baru ni.. kalau tak teringin jugak nak derma darah.. tapi sempat la jugak aku dengan shah buat pemeriksaan untuk kami tadi.. alhamdulillah semuanya masih di tahap baik kecuali berat badan la yang tak boleh nak buat apa.. hahaha..

Kaunter Adabi

Antara kaunter yang mengambil bahagian

Pemeriksaan kesihatan


tapi apapun aku sangat bersetuju dengan Encik Baharin Baharudin, Pengurus Besar AnCasa Royale Pekan Pahang yang sangat sempoi orangnya.. menurut beliau AnCasa Junior Chef adalah merupakan wadah terbaik buat anak-anak memanfaatkan cuti penggal persekolahan dengan mengikuti aktiviti memasak dalam suasana santai dan menyeronokkan.. tapi memang ya tau.. siap ada acara menyanyi dan menari tadi.. memang santai!



Antara bahan yang disediakan

Antara hasil yang dibuat peserta

Hamper sumbangan Adabi

Program ni jugak menyediakan lampiran resepi, apron, topi chef serta hamper sumbangan dari pihak ADABI.. siap ada sijil.. sesuai jugak kalau ada yang berminat nak kumpul sijil bagi aktiviti anak-anak selain di sekolah.. pada aku, secara tak langsung, melalui program macam ni dapat mewujudkan 'family bonding' bila ibu bapa sama-sama memberi galakan kepada anak-anak masing-masing.. aku sekeluarga pun sama seronok jugak tadi.. anak-anak ada jugak bisik-bisik nak join kalau ada di tempat lain lagi nanti.. kita tengoklah nanti kalau ada rezeki ya nak.. 

Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi!


Untuk sesiapa yang berminat pasal program AnCasa Junior Chef ni atau nak tempah penginapan boleh berhubung dengan pihak hotel ya.. korang boleh hubungi ikut laman web dan nombor telefon seperti kat bawah ni ya..

Talian telefon : 09-4246600

Ceritaita

Ulasan

  1. Cuti sekolah ni memang bagus ada aktiviti untuk anak- anak...at least terisi masa terluang kan

    BalasPadam
  2. Wow bestnya chef2 cilik no kecil2 dh pandai masak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat