Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Berbaloi makan di IndoBowl Cafe!

Berbaloi makan di IndoBowl Cafe!

Assalamualaikum semua, aritu aku ada tunjuk yang kami gi makan-makan sedap kat Indobowl Cafe kan.. meh la kita kasi cerita habis pasal tu.. masa tu sebenarnya dah tengahari.. kebetulan pulak kami teringin nak bawak anak- anak makan kat luar.. dan entah macamana tetiba je kami dah ada kat depan Restoran IndoBowl Café tu kan.. haha.. tetiba la sangat..

Berbaloi makan di IndoBowl Cafe! 


Selama ni dapat tengok je kawan-kawan tunjuk makanan sedap kat IndoBowl Cafe ni dan bila ada peluang macam ni nak merasa jugak kesedapan makanan dekat sini terasa macam mimpi.. hehe.. dapat pulak makan sambil luangkan masa dengan keluarga.. lebih bermakna rasanya.. ada banyak tau pilihan yang disediakan kat sini..

Sesekali makan kat luar memang sangat bermakna untuk kami.. 

Kalau korang jenis letak kuali ke periuk ke atas dapur lalu bertukar jadi benda lain tu elok sangat la berkunjung ke sini.. insyaAllah tak mengecewakanlah.. lelagi kalau korang cuba menu meletop dia Mambo Jumbo Seafood Soto yang memang besar gila hidangan dia.. kiranya kalau macam aku sekeluarga dengan anak-anak empat orang ni sedang elok la hadap satu hidangan ni je.. harga pulak RM39.90..

Harga Mambo Jumbo Seafood Soto

Memang meriah la seafood dia


Tapi dah nama suka makan kan.. haruslah tak cukup.. eh jangan risau kalau rasa tak cukup ada je hidangan lain macam … ni.. yang ni pun anak-anak aku laju je menghabiskan.. siap mintak tambah lagi.. ada macam-macam menu unik yang ditawarkan kat sini jugak tau.. macam Mee Iga ni.. korang pernah dengar tak Iga tu apa? Haa.. aku yakin mesti ada yang tak pernah dengar..

Menu pilihan di IndoBowl Cafe
Mee Iga


Aku memang mengakulah pertama kali dengar menu ni.. bila dengar je nama menu ni macam terpegun jugak.. rupanya bila diterangkan baru tau Iga tu maksudnya nama daging di bahagian tulang rusuk.. perkataan ni berasal dari Indonesia.. menarik kan? Bukan setakat makan tapi dapat jugak pelajari bahasa.. 

Tapi serius la korang patut cuba memana menu yang ada tulis Iga ni.. samaada Nasi Iga atau Mee Iga.. sebab rasa dia sedap tau.. lelagi la kalau korang makan dengan sambal penyet yang disertakan sekali.. cap jempol la.. ada jugak menu pilihan lain yang sedap jugak.. nasi pun ada ya.. bukan mee je ada.. 





Kalau sesiapa yang rasa perut kenyang dan taknak makan yang berat-berat.. boleh je lepas ni sambil minum-minum air dia yang unik.. aku dah rasa Air Soda Gembira dan jagung… ni.. memang lain dari lain dan takkan dapat kat tempat lain tau..


Berbaloi sangat air dia.. gelas besar ni.. aku suka Giant Es Cendol tu






Sambil lepak minum air boleh la makan Ropang (Roti panggang) special sekali ni tau... ada yang plain cheese dan coklat.. ini pun unik dan sedap.. order untuk minum petang pun best la.. lepas je keluar dari sini kami terus ke MAHA dalam keadaan kekenyangan..  alhamdulillah berbaloi singgah ke IndoBowl Cafe ni… kalau sesiapa berminat boleh terus ke :

Website : https://indobowlcafe.com

Atau datang je serang terus kat alamat bawah ni :

72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
11.00 pagi hingga jam 10.00 malam

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus