Khamis, 13 Disember 2018

Naik Kelas Pertama!

Naik kelas pertama! 


Assalamualaikum semua, minggu lepas semua orang sibuk dengan kisah kejayaan anak-anak.. minggu ni pulak dah mula cuti sekolah.. suka aku baca.. dan kadang-kadang senyum sendiri.. alhamdulillah bangga sangat dengan kejayaan anak-anak sahabat facebook semuanya.. juga suka dengar kebahagiaan kawan-kawan.. 

Bila kita di atas bukan bermakna kita yang terbaik


Anak-anak aku sendiri ada 3 yang sedang bersekolah tahun ni.. Abg Long di Tahun 5, Abg Ngah di Tahun 2, dan Kakak Husna di Tahun 1.. Masing-masing ada azam berbeza bila sebut pasal sekolah.. aku suka nak tuliskan dalam blog ni sebab tahun depan agak istimewa aku rasa.. kerana akan ada 4 anak yang semuanya akan bersekolah tahun depan termasuk Adik Hadi.. 

Abg Long


Abg Long.. sentiasa mahu jadi yang pertama 


Kalau tanya abg long,  sejak dari kecil dia suka bersaing untuk jadi lebih baik.. pantang sangat kalau dia kalah.. dia memang tak pernah suka kalah.. dengan adik beradik pun sama.. sesuai sangat la dengan kedudukan anak pertama.. tapi sejak besar sikit ni, dia nampak macam dah berkurang sikit perasaan suka nak menang tu.. 

Sejak dari awal masuk sekolah dulu dia selalu berazam nak duduk kelas pertama.. sebab dia tak pandai nembaca masa awal sekolah,  jadi agak ketinggalan dan duduk di kelas terakhir.. tapi kemudiannya dengan semangat dia yang tak suka kalah tu dia bangkit terus duduk di kelas pertama setelah masuk darjah 3 dan ke atas.. 

Cuma dia agak kemurungan jugak bila kami sekeluarga kena berpindah ke Kuala Lumpur hari tu.. pertama sebab cikgu masukkan je ke mana-mana kelas yang kurang muridnya sebab dah tengah tahun.. dan dia dihantar ke kelas ketiga.. berminggu jugaklah nampak dia tak seronok nak ke sekolah.. 

Tapi alhamdulillah lepas habis peperiksaan akhir tahun baru ni dan ada penyusunan kelas semula.. abg long berjaya duduk dalam senarai kelas pertama.. syukur bila dengar dia sampaikan berita pasal ni.. nampak keceriaan semula di wajah abg long.. tak sabar-sabar dia nak bagitau berita ni.. semoga tahun depan lebih baik buat abg long hendaknya.. 


Abg Ngah

Abg Ngah - Sentiasa ada untuk mengembirakan orang lain 


Abg Ngah pulak agak unik.. dia jenis yang kadang-kadang suka sangat nak pergi sekolah walau kebanyakkan masa tak suka pergi sekolah.. akan naik darjah 3 tahun depan.. banyak yang aku kena pantau.. membaca pun masih belum lancar.. aku tengah cuba nak perbaiki dalam cuti sekolah ni.. cuba mana yang mampu.. 

untuk tahun depan, abg ngah turun lagi satu kelas ke belakang ke kelas keempat dalam darjah.. tapi aku lebih selesa dia duduk di kelas baru ni.. supaya akan ada lebih tumpuan buatnya.. bukan kerana aku harapkan guru membimbing dia seratus peratus.. cuma kadang-kadang bila dia merasakan dia ada kemajuan lebih dari kawan-kawan yang lain,  dia akan lebih bersemangat.. 

jiwa abg ngah masih lagi ada sifat nak belajar tapi tak bersungguh dalam sesuatu perkara.. lebih minat kepada benda yang lebih berseni daripada perkara yang memerlukan lebih pemikiran.. kalau bagi melukis mewarna dia suka sangatlah.. kadang-kadang tu siap tolong lukiskan untuk kerja sekolah adiknya.. 

walaupun dalam belajar abg ngah agak terkebelakang sikit tapi aku puji dia dalam sifat keabangan dia.. tak reti pulak aku nak guna ayat sesuai.. dia sejenis yang sentiasa ada untuk kawal adik-adik,  untuk pujuk adik kalau adik menangis.. sehinggakan pimpin adik ketika berjalan.. dan sentiasa mengembirakan orang lain.. bagi aku unik,  sebab sebagai anak nombor dua biasanya cuma akan suka buat hal sendiri.. pendek kata aku takkan risau kalau ada abg ngah untuk jaga adik-adik.. sangat menyenangkan.. 

Kakak Syafiah 


Kakak Husna - tak kenal erti putus asa


Kalau dulu namanya kakak Husna.. tapi sejak pindah ke Kuala Lumpur ni berubah angin pulak dia.. mintak dipanggil Kakak Syafiah pulak.. kami ok je sebab nama dia pun memang Nur Syafiah Husna.. kebanyakkan masa dia lebih dipanggil kakak je.. 

Dalam hal sekolah, untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun sebayanya, kakak adalah orang yang paling kesian.. tahun depan kakak akan masuk kelas paling akhir dalam darjah.. masih tak lancar membaca.. aku masih terpaksa ajar dia dengan susah payah.. sebab dia ada masalah pelat dari kecik dulu.. sampai sekarang pun masih ada perkataan yang aku kena betulkan setiap masa.. asyik salah je bunyinya.. 

Tapi dalam hal lain, kakak sangat bagus.. dia akan kemas sendiri buku sekolah dia setiap hari walau masih merangkak-rangkak ketika membaca jadual.. sentiasa perihatin dengan apa saja pesanan cikgu.. sangat perihatin jugak dengan kerja sekolah dia.. mungkin sifat anak perempuan memang macam tu agaknya.. cuma bila dia hadapi kesukaran nak membaca dan menulis, moodnya jadi merundum nak siapkan kerja sekolah.. 

Kakak jugak sangat rajin.. akan kemana-mana dengan buku.. dalam kereta pun sibuk nak membaca walau dalam gelap.. kadang-kadang banyak membaca dari imaginasi lebih dari yang nyata dari buku tu.. hehehe.. 

Untuk kakak dan abg ngah,  aku masih cuba ajar mereka berdua ni secara interaktif.. yang menarik minat anak.. dengan banyak menyalin dari membaca yang mana mereka tak minat nampaknya.. tapi dalam keadaan masa aku yang sangat terhad.. kadang-kadang tak nafikan ianya sangat sukar.. kena pulak dengan mak yang extra garang ni kan.. jadi singa lebih lagi dari jadi cikgu biasanya.. 

Adik Hadi

Adik Hadi - yang masih dimanja-manja


Adik hadi pulak akan masuk tadika tahun depan.. kami cadang nak hantar adik hadi ke Tadika Kemas yang dekat dengan sekolah abg dan kakak dia.. harapnya adik hadi sesuai dengan sekolah nanti.. dia memang agak bersemangat nak sekolah.. dari umur dia 4 tahun sekarang ni sampai nak masuk 5 tahun, tahun depan.. sekarang pun dah sibuk tanya bila adik nak naik sekolah.. 

kalau kenal huruf masih banyak kena ajar.. masih kelam kabut lagi.. kurang perhatian dari aku mungkin.. tapi aku berazam la cuba nak pertingkatkan masa dan perhatian untuk adik hadi pulak lepas ni.. 

Keseluruhannya anak-anak tetap membanggakan walau tak berjaya menangi anugerah apa-apa pun.. aku suka sangat dengan semangat memasing bila nak gi sekolah waktu pagi.. tak pernah luntur walaupun ada kekurangan pada diri masing-masing.. ini yang buat aku rasa tak pernah putus asa.. sentiasa jugak kami doakan yang terbaik buat anak-anak..

Ceritaita

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Illya LeYa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Anak-anak anugerah terindah. Tak kiralah punya kekurangan, tetapi mereka dah cukup membahagiakan kita. Bestnye Kak Ita ramai anak.. Hehe.. Doakan LeYa dan Otomen Taro dikurniakan cahaya mata ye

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seronok baca kisah anak-anak akk. Tahniah buat Abg Long dan lelain juga.