Rabu, 12 Disember 2018

MAKEOVER APP : aplikasi yang dinanti oleh semua wanita!

MAKEOVER APP : aplikasi yang dinanti oleh semua wanita! 

assalamualaikum semua,  pernah tak korang rasa satu hari tu nak facial atau rasa nak gi potong rambut tapi malas nak keluar? atau tetiba korang dah siap make up dan bersiap berjam-jam untuk pergi gunting atau buat rambut je kemudian tetiba rasa macam bengang sebab kena tunggu lama pasal korang lupa nak buat temujanji? eh.. aku tanya orang perempuan je eh.. lelaki payah sikit la nak faham masalah jiwa orang perempuan kalau terperangkap dalam keadaan macam ni.. 

MAKEOVER APP : aplikasi yang dinanti oleh semua wanita! 


masa tu mesti korang pernah terfikir kalau la ada perkhidmatan yang korang cuma boleh tempah melalui hp je tanpa keluar rumah dan tanpa buat call pun kan.. eh tipulah kalau takde rasa gitu.. pasal kebanyakkan perempuan memang ginilah.. kecuali la yang memang saje je nak keluar rumah pasal ada agenda lain disebalik tu.. tet! anda dikecualikan dari perbincangan ini ok.. sila pandang lain sambil terus baca.. eh.. 

MAKEOVER APP : aplikasi yang dinanti oleh semua wanita! 


baru ni aku berpeluang la hadir sidang media memperkenalkan satu aplikasi yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh orang perempuan! tak lain tak bukan ialah aplikasi yang didalamnya mengandungi semua perkara yang berkaitan dengan kecantikan tau.. Makeover nama yang diberi.. ada perkhidmatan make up,  perkhidmatan dandanan rambut,  manicure dan facial tau.. eh.. ada lagi.. chef,  pet grooming dan perkhidmatan urutan pun ada tau!  semuanya boleh ditempah melalui hujung jari je.. sesuai sangat la dengan hashtag dia 'Beauty at your fingertips'...


Barisan Co-founder 



cara dia mudah je.. korang boleh dapatkan MAKEOVER APP ni dari playstore untuk Android dan Apple playstore bermula hujung Disember 2018 ni..  lepas je download korang boleh tempah perkhidmatan mana yang korang nak.. tentunya dengan cara ni korang akan dapat banyak kebaikan terutamanya jimatkan masa,  sangat mudah dan cepat sebab boleh tempah di mana saja, diberi perkhidmatan dari profesional yang telah dikenalpasti, tiada penetapan kawasan tertentu dan boleh menempah dan membayar dengan cara selain dari pembayaran tunai! mesti ramai yang suka cara macam ni kan... 

bukan tu je tau.. buat sesiapa yang berjaya menjadi 'Top Spenders' yang akan dipilih pada kempen Tahun Baru dan berpeluang untuk menang barangan kemas Edisi Terhad iaitu Barang Kemas Swaroski yang bernilai RM500! Berbaloi ek.. sambil menempah sambil boleh memang barangan kemas.. korang jugak boleh dapat RM10 rebat serta merta untuk perkhidmatan kecantikan korang yang akan boleh digunakan untuk tempahan yang akan datang.. 

Mana tau ada rezeki nanti menang barang kemas bernilai RM500 ni.. hehe


MAKEOVER App jugak ada menyediakan peluang 'Dream Entrepreneur Fund' untuk pelajar dari perkhidmatan kecantikan,  pereka rambut,  manicure dan make up artists.. jadi jika ada sesiapa berkenaan boleh la simpan soalan untuk ditanya kemudian nanti ya.. 



Jadi apa tunggu lagi.. gi cari aplikasi tu nanti dan download.. sebarang pertanyaan boleh rujuk di dalam gambar kat bawah ni ya.. 



Ceritaita

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: