Resepi Roti Puri Mudah

2:25:00 PG

Resepi Roti Puri Mudah

assalamualaikum semua, jumaat lepas aku ada tengok adik aku kongsikan kat facebook resepi roti puri mudah katanya.. aku tengok je gambar terus rasa teringin nak buat.. terbayang sedapnya bila dapat makan dan cicah dengan kuah kari.. hish.. bila tulis je dah boleh bayang la..

Roti Puri


tapi aku tengok resepi yang adik aku kongsikan tu ada pulak tambahan letak yis.. setau aku resepi yang mak aku ajar tak pernah pulak letak yis.. setakat ni elok je mengelembung dengan cantik.. 

dah kelmarin aku berangan la konon nak buat untuk sarapan pagi tapi disebabkan aku sampai kat rumah mak pun dah hampir pukul 3 pagi dan nak bangun awal pagi untuk buat sarapan macam roti puri ni memerlukan keazaman yang agak tinggi.. (padahal tak larat nak bukak mata tu.. hahaha).. maka aku tangguhkan niat.. dan aku tukar menu ke mee goreng basah je untuk sarapan pagi tu.. lepas tu kami bergegas nak ambik abah di hospital..

dan disebabkan balik dari hospital kami sempat singgah rumah mak sedara kat Kulai yang buat kenduri untuk kahwinkan sepupu aku maka dapatlah kami dibekalkan dengan kuah dalca daging.. maka misi roti puri diteruskan jugak pagi semalam.. meh aku kongsikan resepi roti puri mudah mak aku tanpa guna yis..

Resepi Roti Puri Mudah Tanpa Yis

Roti Puri


Bahan - bahan

Tepung gandum
Minyak masak
Garam
Air secukupnya

Cara - cara

1. Panaskan minyak masak atas kuali.
2. Sediakan tepung gandum dalam mangkuk uli dengan keadaan berlubang di tengah macam kawah.
3. Letak minyak masak yang dah dipanaskan dalam kawah tepung tadi.
4. Tambah garam.
5. Gaul sebati minyak dan tepung.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan boleh dikepal dan dibentukkan.
7. Bulat-bulatkan adunan sebesar telur ayam.
8. Lenyek tepung menggunakan penggelek sehingga rata. (jangan terlalu nipis atau terlalu tebal)
9. Goreng tepung yang dilenyek dalam minyak yang dipanaskan.
10. Goreng sebelah bahagian sehingga mengelembung kemudian dipalingkan sebelah lagi. Bila agak dah kekuningan dan boleh diangkat.
11. Hidang dengan kuah kari atau sambal tumis atau sambal hiris bawang mengikut kegemaran korang.

Selamat mencuba ok..




You Might Also Like

10 Luahan Ikhlas

  1. Eh...senang pulak..boleh cuba nanti ni kan..SA suka roti puri ni...

    BalasPadam
  2. senang je, saya buat yang isi yis tu

    BalasPadam
  3. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  4. Alahai tergoda Iman tengok. Kalau bulan puasa lagi laaa. Ita, aku nak buat comeback. Sci tak. Hihii tetiba mood dh kembali

    BalasPadam
  5. amboi.. senang jek rupanya nak buat roti puri nih ye.. hee~ nanti boleh try..

    BalasPadam
  6. kenapa sy buat xmenjadi ye...time nak goreng lebur dlm minyak panas..ke kene tggu adunan sejuk baru boleh adun n goreng

    BalasPadam
  7. @Zuriati Agus Salim

    kenapa nak tunggu adunan sejuk ye? agak pelik saya dgr.. sebab sepatutnya semasa minyak panas diadun dalam tepung tu memang lama2 akan jadi sejuk dan lebih sejuk bila diadun dengan air sejuk lagi selepas tu.. adun sampai boleh dikepal dan jadi doh.. baru la dibulat2kan untuk dileperkan sekeping2 sebelum digoreng.

    BalasPadam
  8. @Zuriati Agus Salim

    mungkin sukatan minyak masak tu berlebihan agaknya.. sukatan saya biasanya hanya guna dalam sesenduk minyak masak untuk 1 kg tepung gandum

    BalasPadam
  9. nampak cm mudah.. tp tataw la jd ke idok kalau lea buat.. hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini