Resepi Roti Puri Mudah - Cerita Ita                                                             Resepi Roti Puri Mudah Langkau ke kandungan utama

Resepi Roti Puri Mudah

Resepi Roti Puri Mudah

assalamualaikum semua, jumaat lepas aku ada tengok adik aku kongsikan kat facebook resepi roti puri mudah katanya.. aku tengok je gambar terus rasa teringin nak buat.. terbayang sedapnya bila dapat makan dan cicah dengan kuah kari.. hish.. bila tulis je dah boleh bayang la..

Roti Puri


tapi aku tengok resepi yang adik aku kongsikan tu ada pulak tambahan letak yis.. setau aku resepi yang mak aku ajar tak pernah pulak letak yis.. setakat ni elok je mengelembung dengan cantik.. 

dah kelmarin aku berangan la konon nak buat untuk sarapan pagi tapi disebabkan aku sampai kat rumah mak pun dah hampir pukul 3 pagi dan nak bangun awal pagi untuk buat sarapan macam roti puri ni memerlukan keazaman yang agak tinggi.. (padahal tak larat nak bukak mata tu.. hahaha).. maka aku tangguhkan niat.. dan aku tukar menu ke mee goreng basah je untuk sarapan pagi tu.. lepas tu kami bergegas nak ambik abah di hospital..

dan disebabkan balik dari hospital kami sempat singgah rumah mak sedara kat Kulai yang buat kenduri untuk kahwinkan sepupu aku maka dapatlah kami dibekalkan dengan kuah dalca daging.. maka misi roti puri diteruskan jugak pagi semalam.. meh aku kongsikan resepi roti puri mudah mak aku tanpa guna yis..

Resepi Roti Puri Mudah Tanpa Yis

Roti Puri


Bahan - bahan


Tepung gandum
Minyak masak
Garam
Air secukupnya

Cara - cara


1. Panaskan minyak masak atas kuali.
2. Sediakan tepung gandum dalam mangkuk uli dengan keadaan berlubang di tengah macam kawah.
3. Letak minyak masak yang dah dipanaskan dalam kawah tepung tadi.
4. Tambah garam.
5. Gaul sebati minyak dan tepung.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan boleh dikepal dan dibentukkan.
7. Bulat-bulatkan adunan sebesar telur ayam.
8. Lenyek tepung menggunakan penggelek sehingga rata. (jangan terlalu nipis atau terlalu tebal)

Cara Menggoreng Roti Puri Dengan Betul 





9. Goreng tepung yang dilenyek dalam minyak yang dipanaskan.
10. Goreng sebelah bahagian sehingga mengelembung kemudian dipalingkan sebelah lagi. Bila agak dah kekuningan dan boleh diangkat.
11. Hidang dengan kuah kari atau sambal tumis atau sambal hiris bawang mengikut kegemaran korang.

Selamat mencuba ok..


Ceritaita


Maklumat lain :

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Ulasan

  1. Eh...senang pulak..boleh cuba nanti ni kan..SA suka roti puri ni...

    BalasPadam
  2. senang je, saya buat yang isi yis tu

    BalasPadam
  3. Alahai tergoda Iman tengok. Kalau bulan puasa lagi laaa. Ita, aku nak buat comeback. Sci tak. Hihii tetiba mood dh kembali

    BalasPadam
  4. amboi.. senang jek rupanya nak buat roti puri nih ye.. hee~ nanti boleh try..

    BalasPadam
  5. kenapa sy buat xmenjadi ye...time nak goreng lebur dlm minyak panas..ke kene tggu adunan sejuk baru boleh adun n goreng

    BalasPadam
  6. @Zuriati Agus Salim

    kenapa nak tunggu adunan sejuk ye? agak pelik saya dgr.. sebab sepatutnya semasa minyak panas diadun dalam tepung tu memang lama2 akan jadi sejuk dan lebih sejuk bila diadun dengan air sejuk lagi selepas tu.. adun sampai boleh dikepal dan jadi doh.. baru la dibulat2kan untuk dileperkan sekeping2 sebelum digoreng.

    BalasPadam
  7. @Zuriati Agus Salim

    mungkin sukatan minyak masak tu berlebihan agaknya.. sukatan saya biasanya hanya guna dalam sesenduk minyak masak untuk 1 kg tepung gandum

    BalasPadam
  8. nampak cm mudah.. tp tataw la jd ke idok kalau lea buat.. hehe

    BalasPadam
  9. memang sedap makan roti puri dengan kuah kari. lagi kalau karinya sedap, tak cukup 2 keping.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...