Selamat Hari Lahir Abg Ngah - Cerita Ita                                                             Selamat Hari Lahir Abg Ngah Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Lahir Abg Ngah

assalamualaikum semua, dah malam baru ada kelapangan nak menulis.. pulak tu baru teringat hari lahir abg ngah rupanya hari ni.. Allah.. maafkan ummi ye nak.. lupa-lupa betul.. ni pun budaknya dah tidur pun.. tadi sebelum tidur sempat la cakap selamat hari lahir abg ngah kat dia.. 

selamat hari lahir abg ngah...


tapi mukanya macam tak puas hati pulak bila takde kek.. alahai nak.. ummi ingat pun dah pukul 9 malam.. mana la nak cari kek lagi waktu tu.. tapi pujuk jugak dia tadi cakap esok la ummi belikan kek.. dan laju-laju jugak aku mesej ke kawan setaman yang buat kek masa hari lahir abg long aritu.. tempah terus sebiji kek untuk ambik petang esok..

dan tetiba pulak abg ngah cakap tadi boleh tak nak bawak kek ke Pasti? (maksud dia tu ke transit dia la tu).. aku cakap insyaAllah nanti ummi cuba tanya orang yang buat kek tu.. kalau tak boleh, tak boleh nak buat apa la.. dan elok je aku tanya tadi akak tu sanggup.. alhamdulillah dipermudahkan urusan lagi sekali.. jadinya boleh la bawakkan untuk hari Jumaat nanti.. budaknya tak tau lagi ni.. saja aku tak mau bagitau lagi.. karang tak berenti soalan.. haha..

untuk abg ngah.. semoga abg ngah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, menyejukkan hati ummi dan ayah serta berjaya di dunia dan akhirat, dan dilindungi Allah di mana jua abg ngah berada kelak.. ummi dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abg ngah.. Selamat Hari Lahir  yang ke 7 ye nak.. 



Ulasan

  1. Sanah helwah abg ngah.semoga menjadi anak soleh yg berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.

    BalasPadam
  2. Sanah Helwah Abang Ngah.. semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia,akhirat.. aamiin ya rabb..

    BalasPadam
  3. happy birthdayyyy abg ngahhh... :)

    BalasPadam
  4. Selamah Hari Lahir abg ngah, semoga jadi anak soleh, cemerlang dunia & akhirat ya.

    BalasPadam
  5. Happy birthday abd Ngah semoga jadi anak soleh kebanggan ibu ayah ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum