Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 17 Mei 2017

Sambutan Hari Guru Sekolah Kakak Husna

Sambutan Hari Guru Sekolah Kakak Husna

assalamualaikum semua, semalam dan kelmarin aku ambik cuti.. antara plan ialah nak kemas rumah secara besar-besaran sebelum masuk bulan puasa.. dan jugak hadiri program sambutan hari guru sekolah kakak.. sebenarnya ni sambutan berganda, hari guru dan sambutan hari lahir anak-anak yang bersekolah di sini..

meriah kan?


sebenarnya masa mesyuarat dengan ibu bapa dan pelantikan AJK awal tahun aritu yang mana aku akhirnya dilantik menjadi juruaudit dalaman.. walau aku bukan la calon yang sesuai.. tapi mungkin terpilih sebab antara yang bersuara.. hahaha.. eh balik semula.. keputusan mesyuarat masa tu memutuskan yang untuk setiap majlis yang memerlukan kedatangan ibubapa atau penyertaan ibubapa dan memerlukan sumbangan, maka sumbangan akan dikutip sebelum majlis.. jika ada keperluan makanan pula ibubapa perlu menyumbang melalui potluck..

nampak nama husna 3 dari bawah tu?


dan pada 2 minggu lepas lagi cikgu dah mintak anak-anak kami di sekolah untuk cabut undi untuk menentukan makanan apa yang perlu dibawak.. dan nak tau kakak dapat apa? Kakak kena menu nasi minyak! Menu yang mana ummi tak reti nak buat.. huhuhu.. makanya aku buat keputusan nak tukar menu kakak.. ada jugak nak tanya cikgu tapi cikgu tak respon pulak.. rasanya cikgu takut nanti semua ibubapa lain ikut pulak kot.. hahaha.. 

barisan cikgu sekolah Kakak


ni la hidangan yang ada


dan tibalah harinya semalam aku tak cuba pun masak nasi minyak yang aku tak berapa pandai tapi aku masak nasi arab maghlubah yang resepinya dah diajar pada kami masa gotong royong surau taman kami bulan lepas.. malam sebelum tu kami  dah mula mencari bahan yang diperlukan macam rempah maghlubah Chef Ammar, beras basmathi extra long, ayam dan sayur-sayur yang diperlukan.. alhamdulillah menjadi lagi kali ni.. dah kali ketiga dah aku buat masuk ni.. dan kebetulan pulak adik ayu, adik shah yang di PLKN aritu dah boleh balik.. jadinya mak shah dan adik dia lagi sorang, aya datang ambik.. sebelum tu kami bawak adik ayu ke rumah kami dulu dari tempat bas PLKN tiba dan berkumpul di Padang Kemunting 4.. jadinya mak shah akan ambik kat rumah kami la.. alhamdulillah dapat la jamu tetamu jugak dengan hidangan istimewa.. ada la jugak aku sempat buatkan kek marble untuk majlis kakak dan sambutan hari guru abg long di Kafa jugak.. syukur.. eh lupa sambutan abg long dibuat di Pantai Kempadang.. meriah betul siap bacaan yassin dan solat hajat.. alhamdulillah.. aku lupa aku ada janji nak bagi resepi kek marble kan.. alamak lupa dah.. nanti petang kalau rehat aku free aku tuliskan ye..

anak-anak Kafa berkumpul di tepi pantai


dan di saat ni aku masih lagi mengemas kain baju dan menyusun pinggan mangkuk.. letihnya badan jangan cakap la.. 2 hari dah mengemas tak siap-siap.. dah gaya orang baru pindah pun ada dah ni.. tapi kami selang selikan dengan berangan ni.. berangan nak ceriakan lagi rumah kami kali ni.. dah ada beberapa plan.. antaranya..

Plan Keceriaan Rumah 


1. Ubah susun atur perabot (ubah je la nak ganti baru takde bajet pulak.. ni pun pakai perabut yang dah 7 tahun usianya.. huhuhu)

2. Kemaskini bilik anak-anak (nak pisahkan kakak tidur bilik sendiri jauh dari abang-abang dia)

3. Nak hias dan cantikkan ruang family dan ruang belajar anak-anak di tingkat atas.

4. Nak ceriakan dapur dan jugak semua bilik air.. (ada 3 bilik air dan 2 tandas rumah ni.. huhuhu)

5. Nak kemas dan ubahsuai bilik kakak, bilik tetamu aka bilik solat, bilik anak bujang, dan ubahsuai dapur sikit.. (bukan major renovation pun, cuma tambah hiasan dan ubah susunatur je)

6. Sediakan tempat bermain dan belajar anak-anak yang lebih sempurna. (yang sekarang ada ni tangkap muat je)

7. Akhir sekali, tambahkan kerajinan mengemas.. hahaha

harap semua plan kami berjaya menjelang bulan puasa hujung bulan ni.. doakan kami ye.. 









Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Yatie Owner berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nasi minyak? waaa. sedapnya. da terdengar pun da nak telan ayaq liur :)

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sambutan hari guru best sbb masa ni la nak tgok semua guru sporting buat persembahan..kan?

Eeca Shyaa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Meriahnyaaaa.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah meriahnya.. nasib baik sekolah Syafi tak Ada potluck.

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Meriahnya kak Hari Guru

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amboi !! meriah dengan makanan.. hee~ suke plak kite nengok list nye..