Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar dan rumah. Nak parking pun

Kasut sekolah punya pasal

assalamualaikum semua, pagi ni sejuk je rasa sebab hujan di kawasan rumah kami ni.. walaupun tak lebat tapi cukup untuk menyejukkan bumi dan hati-hati kami.. alhamdulillah.. semalam hampir nak hangin jugak satu badan pasal gara-gara kasut sekolah..

ni kasut baru dia yang beli semalam


mesti korang pun pelik kan.. apasal la isu kasut sekolah pun nak marah.. hihihi.. anggap je la yang ini adalah entri luahan rasa gitu.. ceritanya macam ni, macam selalu abg long akan gi ke transit bila balik dari sekolah dan terus bersiap untuk makan dan ke sekolah kafa pulak petangnya.. gitulah rutin dia setiap hari..

dan kami pulak macam biasa akan ke transit pada sebelah petang untuk ambik abg long, beg serta barang-barang abg long dan abg ngah di transit.. termasuklah kasut sekolah abg long.. tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak semalam masa nak ambik kasut abg long boleh takde kat atas rak tu.. panik la sekejap shah masa tu.. lepas tu dia masuk kereta cakap kasut abg long dah takde, mungkin orang tersalah ambik agaknya.. adehhh.. letih betul..





dahlah kasut tu kami baru je belikan tak sampai sebulan.. asal beli tu sebab dia dah ngadu kasut dia ketat dah tak muat.. jadi beli la sepasang je nak cukupkan sampai hujung tahun je kiranya la.. tup-tup hilang pulak semalam.. mau tak panik.. kelam kabut la pulak kami gi kedai cari kasut baru pulak semalam.. Allah.. memang ujian betul la..

kalau dah tulis nama macam ni hilang jugak tak tau la.. haha


dan paling best sebenarnya bukan nak cerita pasal kasut yang baru beli tu.. tapi nak cerita pasal kasut yang hilang ni.. semalam lepas hilang tu aku suarakan la dalam group whatsapp transit, mintak ibubapa dalam tu tolong tengokkan kasut anak masing-masing kalau-kalau tersalah ambik.. sebab kat kasut tu memang ada tulis nama.. ada la sorang dua yang menyahut.. alhamdulillah ada yang sudi.. dan pagi ni elok je kasut abg long ada kat rak kasut transit masa kami hantar barang-barang anak.. bayanglah apa kami rasa..

ini kasut lama dia yang hilang tu


kot ye pun dah tersalah ambik, cubalah bagitau.. bukan susah pun.. sekarang hp memasing pun dah canggih dah aku rasa.. bagitau la supaya tak susahkan orang lain.. tapi akhir sekali aku anggap beli kasut baru semalam tu cuma rezeki abg long je la.. nak sedapkan hati kan.. hahaha.. jadi kasut dah jumpa, jom kita kerja dengan hati gembira!



Ulasan

  1. dpt baygkan perasaan mak2 bila kejadian macm ni..
    anak zie kisah di tempat mengaji..main sorok2 selipar..smpi rumah berkaki ayam..lagi sebelah hilang.. leps tu uztazah ngaji pesan..sape yg main sorok kasut.. budak tu tak boleh tido malam... terus esoknya tiba2 kasut yg disorok ada depan pintu mah uztazah tu..hahahaaa

    alahai anak2..

    BalasPadam
  2. itulah kan bila mak2 xprihatin..huhu

    BalasPadam
  3. Hihi....masing masing bz sangat sampai tak sempat tengok kasut oraang yg anak depa ambil....huhu...

    BalasPadam
  4. aah..penah jadi sekali orang lain amik kasut..anak terpksa laa pakai kasut yg tggl 1 atas rak tuu..kwn pun ramai komplen bukn stkt kasut..baju pun de tertukar,,dpt balik kain pun lusuh,,kesan pakai byk kli..xkn xkenal..xperasan pakaian anak sendiri kan

    BalasPadam
  5. kalau dulu,zaman nieyl sekolah..
    mak nieyl tulis nama dekat tapak kasut,dekat bawah tapak,dekat kain kasut tu kadang²..

    BalasPadam
  6. Takpelah rezeki Along tu...boleh digunakan utk tahun depan juga.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus