Travel ke Korea : Kasut IJMAL - Cerita Ita                                                             Travel ke Korea : Kasut IJMAL Langkau ke kandungan utama

Travel ke Korea : Kasut IJMAL

assalamualaikum semua, korang sihat tak hari ni? aku berangan tadi nak siapkan entri pasal Korea ni.. konon nak sambung untuk hari ketiga dan seterusnya tapi banyak pulak halangan.. baru perasan gambar dari kamera tak pindah lagi.. jadi hari ni aku kongsikan je la yang mana memang aku patut kongsi dari awal aritu.. pasal kasut IJMAL yang best!

Travel ke Korea : Kasut IJMAL


travel ke Korea
Kasut Ijmal


pada awalnya aku tau pasal kasut IJMAL ni ialah daripada kawan-kawan dari whatsapp group la.. kami bercerita pasal kasut yang selesa.. dan tetiba kawan-kawan ada pulak tersebut pasal kasut IJMAL ni.. aku terkejut jugak pasal tak pernah dengar.. tapi percayalah lepas tu aku agak menyesal ok sebab tak kenal dari awal.. tu la orang cakap tak kenal maka tak cinta.. dah kenal jadi bercinta-cintun pulak dah..

dan aku pakai kasut IJMAL ni dari hari pertama aku nak ke Korea sampai la aku balik.. padahal aku ada je bawak kasut lain dan satu lagi boot tapi sebab kasut ni sangat selesa jadi memang aku tak sarung sangat la kasut lain.. Boot aku tu lagi la.. tersadai je.. membazir je bawak.. kalau aku tau baik tinggalkan je aritu.. memberatkan beg je.. kalau tak mesti boleh beli souvenir Korea bebanyak.. rugi betul la.. hahaha

Review IJMAL WEDGES


masa aku pilih kasut IJMAL ni aritu aku rasa macam tak best tau.. nak tau kenapa? pasal banyak sangat pilihan warna dan design.. pasal aku cuma boleh pilih satu je.. dan hati rasa macam nak semua.. hahaha.. macamana tu..  sudahnya aku pilih jugak warna pilihan hati iaitu Wedges Navy Blue.. dan bila sampai tu.. ya Allah.. cantiknya.. saya suka! saya suka! 


selesa sangat disarung di kaki~walau masa ni tengah menunggu flight yang delay


dan aku cuba la sarung sekali sebelum nak hari nak pergi tu.. memang lembut di luar lembut jugak di dalam.. best je kaki duduk dalam kasut tu.. aku cuba jugak sarung dengan tak pakai stokin.. tak rasa geli-geli dan masih rasa best.. jadinya kalau sesiapa yang teringin nak beli dan sarung tanpa stokin pun ok tau.. 

lepas tu bila dah bawak pulak ke Korea Selatan aritu.. wah.. memang aku tak sarung yang lain dah la.. sebab sangat selesa dan terasa elegan ok.. pendek kata, aku ke sana ke sini memang sarung IJMAL je la.. naik subway, turun subway.. jalan kaki naik tangga turun tangga.. ok ni aku nak bagi tau satu rahsia.. dalam baju Hanbok Korea kat bawah ni aku pakai IJMAL ok..  lupa nak singkap je wei.. malu la orang tengok mak orang ni singkap-singkap kain pulak nak tunjuk kasut.. hahaha..


pssstt.. ada kasut Ijmal di sebalik Hanbok tu..


Design Kasut IJMAL yang ada


eh lupa nak tunjuk design apa yang ada dan warna pilihan..


Ijmal Emboss

Ijmal Plain

Ijmal Wedges



ok tak yah cerita panjanglah.. sesiapa yang berminat nak beli korang tengok pilihan yang ada samaada kat web atau kat facebook IJMAL ni sendiri.. eh lupa tips pasal kasut pun banyak sangat Kasut IJMAL kongsikan dalam facebook diorang tau.. 
 
Facebook : IJMAL


yang lagi menarik lagi ialah sekarang ni IJMAL tengah buat pertandingan #OOTD untuk semua pembeli dan pengguna kasut IJMAL.. caranya mudah je korang ikut je step yang diberikan dalam facebook IJMAL ikut link kat atas tu.. senang je syaratnya.. buat cepat tau! tarikh tutup 20 Ogos 2017 ni! aku pun dah cuba.. ada gambar aku kat instagram.. aku letak kat sini la.. nanti korang tolong like ok.. hehe sayang korang..

A post shared by Rozita Abdul Rahman (@ceritaita) on

sangat rindukan masa-masa di sana.. Korea, aku merinduimu.. 

Ulasan

  1. Nampak selesa sangat kasutnya. Nak grab la sebab tengah mood nak beli kasut ni. Thanks kak Ita share

    BalasPadam
  2. terpikat yg kaler merah...huhu..

    BalasPadam
  3. Tengok ko pakai pun nampak sgt selesa ita.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum