Menikmati sandwich sedap dari Garsa Kitchen - Cerita Ita                                                             Menikmati sandwich sedap dari Garsa Kitchen Langkau ke kandungan utama

Menikmati sandwich sedap dari Garsa Kitchen

assalamualaikum semua, eh aku belum ceritakan pasal sandwich sedap dari Garsa Kitchen yang aku makan aritu eh? alahai apasal la dah jadi pelupa benar ko ita.. 

Garsa Kitchen
menu baru - Salted egg chicken


ok-ok meh kita cerita ok.. aku cuma nak bagitau yang aku berkesempatan rasa sandwich dari Garsa Kitchen jugak walaupun aku duduk di Kuantan tau.. ecece.. meh eksen sikit kat korang ehh.. hahaha..

menu baru - Salted egg chicken


maklumlah nak merasa sandwich sedap dan moden gini haruslah aku kena cari kat area-area lembah kelang je biasanya.. maksud aku pembuatan yang masih terpelihara menggunakan bahan dan cara homemade tu tau! itu yang best tu.. dan disebabkan Garsa Kitchen dah buka cawangan baru yang terdapat di Putrajaya, jadinya aku sempat la merasa waktu aku ke Putrajaya baru-baru ni.. dengan geng-geng seangkatan merasa la jugak.. alhamdulillah..

garsa kitchen
menu baru - Salted egg chicken


Kebetulan pulak tu Garsa Kitchen yang memang dah terkenal dengan pembuatannya sandwichnya dari bahan yang segar ni sedang memperkenalkan menu baru.. Salted Egg Chicken katanya.. pada aku yang baru pertama kali dapat peluang menjamah sandwich dari Garsa Kitchen ni merasakan yang sandwich ni agak unik dari segi rasa dan menunya sendiri.. rasa ayam yang disaluti rasa telur manis tu betul-betul buat rasa rugi kalau tak rasa.. dan aku percaya ianya akan sama meletop macam sandwich Garsa Kitchen yang lain! 

berita baik buat semua dia Putrajaya, Cyberjaya, Bangi

Garsa Kitchen kini di Putrajaya!
menu baru - Salted egg chicken


tahniah buat Garsa Kitchen yang berani mencuba kelainan ni.. eh itu belum lagi digabung dengan servis penghantaran dia yang sangat mantap ok! Sangat cepat servicenya.. seawal 9 pagi sandwich dah sampai ke tangan aku dalam keadaan masih panas tu.. sangat fresh tu.. menarik kan?  Rider pulak berusaha cari sampai jumpa tu! salute la dengan kesungguhan tu! dan dia tetap senyum waktu aku ajak selfie tu.. terima kasih dik! 

inilah rider yang gigih menghantar sandwich di pagi hari


eh kalau korang saya kesian nak suruh rider ni hantar sampai rumah korang, boleh je ambik di tempat-tempat pick up yang disediakan tau.. macam kat bawah ni tempat pick up bagi mereka yang berada di Putrajaya, Kajang dan Bangi.. Areanya ialah di Desa Camelia, Sg. Merab..

pick up point 


Ada pelbagai lagi menu sandwich yang ditawarkan oleh Garsa Kitchen ni.. kalau nak cuba korang boleh hubungi Garsa Kitchen melalui website, facebook dan instagram jugak tau.. 


Facebook : www.facebook.com/garsakitchenkl


No tel. : 013-2424808

waktu beroperasi : 8.30 pagi hingga 10 malam


selamat mencuba!


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...