Durian murah di JB

11:18:00 PTG

assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan pasal info penjual durian murah di JB.. selama ni memang sibuk mencari orang jual durian murah yang berbaloi untuk dibeli.. alhamdulillah hari ni rezeki pulak dapat jumpa..

Durian murah di JB


masa balik kerja luar tadi aku nampak ada orang jual durian kat Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.. bila ternampak tadi terdetik juga dalam hati.. nak ajak shah singgah la balik kerja nanti..

 durian murah jb


balik kerja dalam pukul 6 petang tadi aku ajaklah shah singgah.. syukur gerai tu masih bukak dan ada jual durian longgok yang macam kami cari.. kalau boleh taknak la yang mahal-mahal sangat sampai tak mampu nak beli.. 

ni la si Jefry di hadapan durian longgok


sedang elok kami sampai ada la durian yang disusun ikut longgok.. selonggok ada 3 biji semuanya.. RM20 je selonggok.. ni yang dah pecah-pecah dan merekah la kulitnya.. siapa nak beli 3 longgok penjual tu.. namanya Jefry akan bagi harga RM50 je untuk 3 longgok.. murah kan?

durian murah jb


syukur pulak tu.. buah aku beli tadi.. 9 biji kesemuanya dengan harga RM50 tu elok-elok isinya.. ada la satu dua ulas je yang dimakan ulat tapi masih puashati dengan harga yang dibayar.. puas anak-anak makan 6 biji tadi.. 3 biji lagi kami bukak dan letak di peti beku..

sedap oii.. isi dia


macam tu la selalu pun.. jadi sebab tu tak kisah jugak beli yang jenis longgok dan merekah ni.. balik rumah boleh terus bukak dan simpan kalau tak habis makan.. Jefry dan kawan-kawan yang jual ni pun bagus budaknya.. dia bagitau sesiap kalau ada jumpa yang keras isinya atau tak masak boleh bagitau..


janji budak berdua + kakak gembira la makan..


aku ada minta nombor telefon dia jugak tadi.. jadi kalau ada sesiapa berminat nak beli boleh call ke dia ya.. mana tau rezeki korang pulak nak belanja anak-anak kan.. Jefry niaga kat gerai dia dari jam 10 pagi sampai 8 malam.. kalau berminat contact dia terus ya.. nombor aku sertakan kat bawah ni.. alamat pun ada sekali.. korang boleh terus cari ok..


Jefry Durian Murah di JB 

Alamat : Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor

No. tel. : 01112734702


Ceritaita



You Might Also Like

3 Luahan Ikhlas

  1. sedapnyaa durian
    lama dah tak makan durian

    BalasPadam
  2. Memang musimdurian sekarang ni kan...mana- mana banyak lambakan durian

    BalasPadam
  3. anak2 ko semua suka durian ye. seronok tgk diorg makan

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini