Sambutan sempena Hari Lahir Abg Ngah yang ke 11

6:08:00 PG

Assalamualaikum semua,  aku ni kan dari hari sehari nak menulis.. tapi disebabkan arahan PKP dan Lockdown yang tiba-tiba dikeluarkan ni.. macam jadi tak tentu hala sekejap la dunia.. haha.. alasan.. ok la aku nak ceritakan pasal kenangan sambutan sempena hari lahir abg ngah yang ke 11 yang baru je lepas pada 21 Mei 2021 baru ni.. 

Sambutan sempena Hari Lahir Abg Ngah yang ke 11


Mulanya nak buat blogpost sehari selepas.. tapi banyak betul tuntutan kerja yang lain memerlukan perhatian dan masa.. jadi kita tulis je la beberapa minggu yang selepas tu.. walau apa pun.. insyaAllah aku tetap tak lupa hari lahir anak-anak saban tahun.. kali ni walaupun dalam PKP3.0 dan tak boleh nak bawa anak-anak meraikan di luar rumah, kami tetap sambut di dalam rumah dengan meriah.. 

Mee Tarik Warisan


kali ni ada beberapa jenis makanan yang terhidang.. sebab ada beberapa kesukaan berbeza dalam rumah ni.. siap ada drama la jugak.. haha.. layankan je la selagi mampu bersabar.. untuk sambutan kali ni abg ngah minta dibelikan mee tarik warisan.. kami pergilah beli.. memang kegemaran dia pun ni.. sekejap dia servisnya dalam musim PKP3.0 ni.. laju betul dah siap.. order 2 mangkuk mee daging dan 1 mee ayam.. 

Ada KFC bucket dan set McDonald's 

lepas tu kami beli jugak set McDonald's.. tapi bukanlah set istimewa terhad McDonald's BTS kesukaan ramai tu.. cuma 2 set happy meal biasa je.. ni permintaan abg chik.. padahal lebih pada nakkan mainan je tu sebenarnya.. bukan nak sangat makan.. eh tapi makan la jugak.. kentang goreng.. burgernya ummi ayah jugak yang bedal.. mana tak gemuk? huhuhu.. 


Eh belum habis lagi penjelajahan cari makan.. pegi KFC pulak lepas tu.. memang tapau habis la ni.. huhu.. beli la set ayam bucket pulak.. ini request dari kakak pulak.. abg long macam biasa la.. tak kisah la ummi.. apapun saya makan je.. alhamdulillah senang isteri awak esok nak.. hahaha.. 


Kek Blueberry ni sedap sangat


Kami beli jugak kek blackforest untuk abg ngah potong buat kenangan.. 1kg pun rasa macam besar sangat.. tapi berbaloi la beli kat kek ni.. sedap dan kategori murah harganya.. pada aku la.. sebab kualiti dia ok sangat.. nanti la aku tulis pasal kedai kek tu ya.. review tak berbayar ikhlas dari hati.. 

Abg Ngah bersama kek yang dikerjakan adik dulu sebelum upacara potong ke..  🤣


Untuk abg ngah,  sempena Sambutan harijadi abg ngah yang 11 tahun ni,  ummi doakan abg ngah sentiasa jadi anak yang baik,  mendengar kata,  anak yang soleh,  akan dapat isteri solehah juga.. dan terus dirahmati Allah hidupmu serta dipanjangkan umur untuk berbakti di jalan Allah untuk semua umat di dunia ni nanti.. amin.. 


Ceritaita






You Might Also Like

8 Luahan Ikhlas

  1. Heppy bday abg.. Semoga dilapangkan segala urusan.. Sentiasa mnjadi anak yang menyenangkab hati ibu dan ayah ya

    BalasPadam
  2. Marina beli BTS tu sebab sos dia sedap

    BalasPadam
  3. Happy Birthdah Abang Ngah.Semoga jadi anak yg soleh dan sukses dunia akhirat.

    BalasPadam
  4. wow mee tarikk... tak pernah makan tapi terliur tengok... anyway..hepi besday abang ngah,, semoga jadi anak yang sejuk hati ibu bapa...

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir,..meriahnya hehe

    BalasPadam
  6. happy birthday abg ngah semoga menjadi anak soleh

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini