Free Games Online : aktiviti bersama anak-anak di musim PKP

11:46:00 PG

assalamualaikum semua, dah ada yang rasa nak pengsan sebab PKP dilanjutkan? atau mak bapak yang dah tak larat nak bahagikan masa lepas pening hadap musim PDPR dengan anak-anak kat rumah? jangan risau la kalau korang pun dah mula rasa tepu hadap kerja sekolah anak-anak.. sebab bukan korang sorang je yang mengalami saat macam tu? aku di sini pun mengalaminya.. hahaha.. jadi cuma tarik nafas dan enjoy the moments ya.. tapi kalau rasa tak boleh jugak meh la aku kongsikan apa aktiviti bersama anak-anak di musim PKP yang boleh korang buat untuk melegakan sikit otak korang tu dari memikirkan bila PKP dan PDPR ni nak habis.. 



Free Games Online : aktiviti bersama anak-anak di musim PKP

apa yang aku buat tu? aku habiskan masa sikit buat aktiviti bersama anak-anak di musim PKP ni dengan buat apa yang mereka suka.. jadi apa yang anak-anak suka? aku tak tau la kalau anak-anak korang tapi anak-anak aku semuanya suka kalau aku sebut bermain permainan komputer.. eh kita belum ajak pun dia dah laju bukak dulu la.. memang pantas semuanya.. tapi kali aku yang ajak diorang main game online kat Plays.org.. diorang pelik la jugak..

plays.org


padahal mak dia ni sama je kaki main game online.. tapi biasalah bila main game online ni biasanya memang seronok dan kadang-kadang melalaikan.. yang tu memang tak dinafikan la cuma pada aku apa pun dibuat oleh anak-anak mestilah kena ada pemantauan dari ibubapa.. tak boleh nak lepaskan mereka buat sesuatu tanpa pemantauan. kebijaksanaan ibubapa perlu dalam mendidik anak-anak.. dan disebabkan aku kena bijak jadi aku kena la bagi diorang main game di game yang boleh menguji minda dan skill mereka untuk berfikir macam game yang ada di plays.org/games/ ...


seronok tengok anak-anak ceria bermain sambil belajar

macam aku la ni.. walaupun aku bagi mereka main game online tapi kena pastikan mereka main permainan yang dapat mengasah pemikiran anak-anak di samping keseronokan yang mereka dapat sewaktu bermain.. dekat web ni pun korang boleh pilih pelbagai games yang boleh disesuaikan mengikut peringkat umur anak-anak.. macam aku kan ada si kecik Adam ni.. dia pun sama seronok bila kita bagi peluang dia tekan-tekan tu.. macam gambar bawah ni haa.. best bila tengok dia seronok main permainan piano tu.. dapat melatih jari dia jugak pada masa yang sama..


Free Games Online : aktiviti bersama anak-anak di musim PKP




yang paling aku suka permainan ni boleh dimainkan di telefon bimbit juga.. jadi taklah hanya permainan di komputer je.. dan ianya boleh dimainkan secara PERCUMA.. haha.. tulis huruf besar lagi tu.. suka betul kalau sebut benda percuma.. golongan mak-mak macam ni la sebenarnya.. jadinya akan dapat 2 kepuasan pada satu masa.. anak seronok dan anak-anak pun ikut seronok.. ada permainan yang berasaskan kemahiran kepantasan dan ada juga permainan yang melibatkan uji minda.. jadi anak-anak tak sedar sebenarnya mereka akan belajar sambil bermain.. budak-budak suka la macam ni kan..

contoh pilihan free online games yang ada


aku memang cadangkan la kalau korang ada anak yang sukakan permainan komputer dan korang bagi masa untuk anak bermain sambil mereka belajar.. ianya juga merupakan free games online yang tak memerlukan korang download apa-apa pun.. cuma tekan link dan boleh pilih game online yang digemari dan boleh terus bermain sambil belajar.. korang cubalah pulak lepas tu komen kalau ada pandangan yang berbeza atau yang sama macam aku ya nanti.. 

Ceritaita


You Might Also Like

1 Luahan Ikhlas

  1. singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini